Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mac 2012

Dr Hassan Ali Cabar @AzminAli Nafi Lima Perkara Ini cc @NajibRazak

hasanali-baru1xxTimbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin rasa beliau boleh dabik dada setelah heboh pasal Datuk Dr Hasan Ali ubahsuai pejabatnya RM300,000.Isnin bekas Exco Selangor itu tembak balik beliau antara lain bertanya mana dapat duit beli saham berjuta ringgit (masa Setiausaha Sulit Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu).Beliau juga cabar Azmin jawab dakwaan isterinya Shamsidar Taharin ada skandal dengan Anwar.[VIDEO SIDANG AKHBAR DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY]

Serentak dengan itu beliau juga menjelaskan kos RM300,000 itu guna ubahsuai pejabatnya kerana untuk tampung 19 orang kakitangan semuanya.

Beliau mendakwa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabatnya.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kos pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali),"katanya.

Dr Hasan juga dakwa ada pegawai lain yang ' belanja besar' termasuk Pegawai Kewangan Negeri dapat peruntukkan RM250,000 setahun untuk bercuti ke luar negara dan elaun RM100,000 jadi pengarah beberapa syarikat.

Kali ini, nampaknya Azmin kena jawab cabaran Dr Hasan tentang pelbagai isu yang tidak pernah dijawab ADUN kawasan  Bukit Antarabangsa itu.

Jika sebelum ini, isu berkaitan hanya heboh dalam blog dan Azmin buat tak layan, namun kali ini malu sangat jika beliau berdiam diri.

azmin-hasan

Ini baru adil kerana Azmin sebelum ini dakwa Dr Hasan buat ubahsuai pejabat Exco babitkan belanja RM300 ribu selain belanja untuk program PADAT berkaitan agama dan adat lrbih RM500 ribu.

Dr Hasan tidak gusarpun kerana perbelanjaan itu sudah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri malah diakui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil menyifatkan ahli parlimen Gombak itu meragui kepimpinan Khalid apabila membangkitkan dakwaan mengenai kos itu, Dr Hasan melontar lima persoalan untuk Azmin jawab.

Dalam sidang media di rumahnya pada Isnin, beliau minta Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangan beliau dan isterinya Shamsidar Taharin membeli saham nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingg 1994.

"Sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan,"  kata Dr Hasan.

Azmin ketika itu adalah setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga meminta Azmin menafikan laporan menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A.Vickneswaran yang mendakwa beliau dan isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham nilainya mencecah RM8.5 juta pada awal 1990.

Azmin juga diminta menafikan tuduhan adik perempuan bongsu mengatakan beliau sudah lapan bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berusia 78 tahun dan dilaporkan uzur.

Bab itu mungkin Azmin boleh jawab tetapi yang beratnya apabila Dr Hasan meminta Azmin nafikan tuduhan buku syed Hussin Al Attas bertajuk "Tuhan,Politik dan Seks"  yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya dengan Anwar.

Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik Azmin, Umi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.

Terakhir, Dr Hasan mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.

Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai 'locus standi' untuk berbicara soal kredibeliti, integrity dan ketelusan.

"Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain," katanya.

Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.

Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Abdul Khalid dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.

"Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor," katanya.

Beliau akui Azmin cuba baling satu batu kena dua burung bila bangkitkan isu kos ubahsuai pejabat.

"Burung yang nak dibaling mungkin Menteri Besar dan burung yang kecil itu adalah Hasan Ali," katanya.

Dalam pada itu, Dr Hasan berkata beliau menyokong tindakan bekas rakan Anwar, Datuk Nallakarupan yang bersedia disaman Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

"Dakwaan ini bukan perkara baru. Tetapi hairan (Anwar) tak jawab-jawab sampai sekarang, tak tangkispun" .

"siapa suka Perdana Menteri biseksual? Hasan Ali tak sanggup. Sebab itu saya celahkan isu ini dalam roadshow saya," katanya merujuk Anwar yang bercita-cita jadi Perdana Menteri akan datang.

Beliau juga menyelar PAS termasuk parasit dalam parti itu yang senyap dalam isu tersebut, termasuk isu keselamatan Israel, biseksual malah terhadap masalah murtad.

Serentak itu Dr Hasan mencabar golongan parasit hadir pada sidang medianya Isnin depan untuk melihat video orang yang mengaku murtad. -26/3/2012 - OLEH ROSLAN BIAN


http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/serang-balas-isu-ubahsuai-pejabathasan-ali-cabar-azmin-ali-mana-dapat-duit-beli-saham-jutaan-ringgit.html


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate