Panglima sempat berjumpa MJ Atam facebooker dari Kelantan dua hari lepas di Hotel KLIH Kuala Lumpur.
Rasanya anda kenal kerana dia menggunakan wajahnya yang sebenar di Facebook. Pertama kali jumpa semasa program ILMU Janda Baik.
Seorang yang pandai bergaya dan mungkin MJ dari perkataan Michael Jackson dan terbukti ia benar bila ditanya. Sangat ceria dan mudah berkawan.
Kebetulan pula sticker TUKAR dibawa bersama maka Panglima minta sticker tersebut sebagai sokongan kepada gerakan TUKAR untuk jatuhkan PAS pada PRU akan datang.
Kawan-kawan blogger lain juga turut meminta sticker tersebut walaupun bukan orang Kelantan.Tanda ukhwah sesama pejuang walau berbeza negeri, kumpulan dan pendekatan.
Jatuh PAS nescaya sejahtera dan bahagialah Kelantan tanpa meninggalkan penekanan agama dalam pentadbiran.
Tok Pa diharap dapat menerajui Kelantan selepas puluhan tahun menabur bakti di Kabinet sebagai Menteri.
Kelantan akan maju seperti negeri lain selepas 21 tahun ketinggalan jika menang kali ini.Insya Allah!
Allah akan selamatkan rakyat Kelantan jika kita bersatu hati berjuang, berdoa dan berusaha.
Usaha tanpa doa salah, dan lagi salah doa tanpa usaha.
Selepas doa,usaha selepas itu ialah bertawakkal menerima hasilnya.
Kepada YAB Perdana Menteri dicadangkan kaedah peruntukan kepada Ketua Bahagian selama ini dikekalkan walau BN menang di Kelantan.
Ia boleh memudahkan pemimpin Bahagian menabur jasa membuat program kepada rakyat di sana.
Terima kasih dan mohon disebarluaskan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan