Untuk membolehkan kita memahami kandungan surat Tun Mahathir dipersilakan membacanya di bawah ini :
SURAT 1
PERDANA MENTERI MALAYSIA
21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.
Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.
Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.
Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
SURAT 2
KUALA LUMPUR – Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama
Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel
Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat
menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin
dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan
nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara
berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada
pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura
dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia
untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah
perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin
dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk
pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan
afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar
daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas
dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan
pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap
orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah
baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa
yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia
mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab
dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu
tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan
juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka
adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas
tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons
sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan
mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas
dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka
mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah
sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat
proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh
mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang
diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula
keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada
mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam
keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru
terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat
Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta
penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan
penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam
dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap
keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak
penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan
tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka
seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara
Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami
tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air
mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi
tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi
sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk
menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa
lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel
tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi
komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa
sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang
menjadi tetap.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
http://detikperubahan.com/2012/02/29/surat-tun-kepada-benjamin-netanyahu/
SURAT 3
KUALA LUMPUR – Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama
Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel
TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan
raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan
rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad
baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang
sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi
rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama
perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika
proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil
untuk memenuhi komitmen.
Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih
bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka
tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi
Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons
positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen
mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya
bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan
menjangkau ke Abad akan datang. Ini adalah prospek yang mesti dielakkan.
Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama
merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian
dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh
mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah
dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan
penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan
perdamaian.
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat
dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di
rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk
perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis
Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai
dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian
komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan
realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.
Yang Ikhlas
Dr Mahathir Bin Mohamad
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan