Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mac 2012

Wow : Ketua AMK PKR @ShamsulIskandar Tweet Arab Syarah Bab Keadilan

Petang tadi Panglima ternampak tweeter Shamsul Iskandar tweet bahasa arab tulisan rumi dalam tweetnya kepada bukan Islam.Tulis beliau yang bermaksud : keadilan - meletakkan sesuatu di tempatnya.

Saudara Shamsul Iskandar seperti tidak pula menyedari atau buat-buat tidak sedar bahawa perjuangan beliau sertai hari ini adalah perjuangan berdasarkan konsep yang bercanggah dengan Islam ?

Jika tidak sedar barangkali Ketua Pemuda UMNO yang heboh gambar beliau menjadi imam baru-baru ini, boleh memberi penjelasan sepatutnya kepada beliau.

Kerana konsep sama rata yang dibawa Pakatan adalah dengan menjadikan semua kaum mendapat sama rata.Contohnya wang RM100 diberi kepada Melayu Cina India dengan dibahagi tiga sehingga menjadikan setiap kaum mendapat RM33.33. . .Sangat bercanggah dengan tweet beliau.

Sedangkan peruntukan Kerajaan berikan pada hari ini ialah mengikut jumlah kaum yang ada. Di mana jika Melayu 70 peratus Cina 20 peratus dan India 10 peratus maka mereka akan mendapat mengikut peratusan kaum bukan dibahagi tiga bahagian atas dasar sama rata.

Walaupun tweet beliau bagus untuk mereka yang memahami bahasa Arab, namun kepada bukan Islam apa jua bahasa sekalipun mereka tidak akan memahami apatah lagi menerimanya.

Mereka bukan faham konsep keadilan Islam yang ditulis Shamsul Iskandar dalam tweet di atas. Mereka juga yang berada dalam Pakatan majoriti penentang utama keadilan Islam dengan membawa konsep samarata sebagai gantinya.

Adakah kini Pakatan mula terdesak mahu undi Melayu Islam selepas teruk dihentam sokong negara haram Israel?

Beberapa hari lepas gambar Shamsul Iskandar memakai kopiah telah disebarkan Malaysiakini.

Nampak seakan jelas perubahan ini bukan 'asli' kecuali untuk meraih undi.

Atau ia satu petanda bahawa PKR akan ganti PAS untuk ditelan DAP ? Suara untuk menyatukan DAP dengan PKR sudah berbunyi dan kini semua nampak geng Erdogan yang melemahkan PAS dari dalam dan merekalah yang melemahkan PAS dengan idea liberal mereka sehingga menggugurkan hukum hudud dari manifestonya.

Oh My Good !

PAS akan ditelan PKR dan PKR pula akan ditelan pula oleh DAP.

Bijak... Bijak ... Bijak ...

Fikirkanlah semoga peringatan ini ada makna untuk pencarian anda mencari cahaya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate