Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 April 2012

Gambar @UstazAzharIdrus LIKE PAS - Bukti Pegangan Politik Beliau ?


Sebelum ini Ust Azhar Idrus menerima pertanyaan berhubung status politik beliau dan menafikan beliau adalah ahli PAS. Begitu juga beliau turut menafikan mempunyai minat menjadi calon PAS seperti keratan berita di bawah.

ustaz azhar idrus calon pas ladang

Dalam gambar terbaru dari blog MPP http://mediapermatangpauh.blogspot.com/  jelas kecenderungan beliau ke arah PAS.





Dalam hal ini kita sedar bahawa kita tidak boleh memaksa sesiapa mengikut pegangan politik seperti kita. 

Namun kesahihahan gambar di atas belum dapat dipastikan kecuali selepas kenyataan pihak Ustaz Azhar Idrus  mengesah atau menafikannya. 

Jika benar ia super impose maka jelas pihak PAS sudah terdesak untuk mencari sokongan rakyat umat Islam menjelang PRU13 selepas isu agama gagal ditangani oleh mereka kerana faktor puak Erdogan yang semakin menguasai PAS.

Jika benar gambar di atas maka kita yakin beliau akan mengikut jejak langkah penceramah terkenal di TV yang mengambil langkah undur ke belakang apabila menceburkan diri dalam arena politik yang meloyakan tekak umat Islam untuk menelan ilmu mereka kerana hilang aura barokah yang terkandung di dalamnya. 

Ini akibat dari tujuang asal mengajar sudah berubah dari niat kerana ALLAH kepada undi agar tidak KALAH.

Panglima berharap pihak UAI dapat membuat seringkas mungkin penafian samada di twitter atau FB tentang perkara ini.

Harapan kita ialah sebarang perkara yang boleh merosakkan semangat pengikut setia beliau yang tekun belajar meningkatkan ilmu namun mempunyai pendirian politik menolak PAS - akan selesai dengan segera tanpa syak wasangka.

Jika mahu belajar tidak kira sokong siapa boleh sahaja asal tidak mengikut langkah politik parti Pakatan Rosak  yang jelas ditolak oleh tokoh ulama terkemuka Malaysia iaitu Prof Dr Uthman El Muhammady berdasarkan artikel ini.


Menyokong PAS adalah menyokong Anwar....

Jangan lupa 18 surat Anwar Ibrahim kepada pemimpin Yahudi Amerika  yang jelas menunjukkan siapa diri beliau sebenar.


Tulisan Panglima berhubung pendirian politik UAI sebelum ini ada di sini :

http://www.penembak-tepat.com/2012/02/berita-gembira-ustaz-azhar-idrus-tidak.html


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate