Bio of Taha Jabir al Alwani
link : http://www.islam-democracy.org/alalwani_bio.asp
Dr. Taha Jabir al Alwani (alalwani@islam-democracy.org) was born in Iraq in 1935. He received his primary and secondary education in his native land and then graduated with an Honors Degree from the College of Shariah and Law at Al Azhar University in Cairo in 1959. From the same university he was awarded his Master's Degree in 1968, and a Doctorate in Usul al Fiqh in 1973.
For ten years (from 1975 to 1985) Dr al 'Alwani was a Professor of Fiqh and Usul al Fiqh at Imam Muhammad b. Sa'ud University in Riyadh.
Dr. al 'Alwani participated in the founding of the International Institute of Islamic Thought (IIIT) in the USA in 1981, and is now the Institute's President and a member of its Board of Trustees.
He is a founder-member of the Council of the Muslim World League in Makkah, a member of the OIC Islamic Fiqh Academy in Jeddah since 1987, and President of the Fiqh Council of North America since 1988.
Among his works on Islamic Jurisprudence are:
- His edition of Al Mahsul fi `Ilm Usul al Fiqh ("The Sum and Substance of Usul
al Fiqh"), by al Imam Fakhr al Din al Razi, in six volumes. - Al Ijtihad wa al Taqlid fi al Islam ("Legal Reasoning and Imitation in Islam")
- Huquq al Muttaham fi al Islam ("Rights of The Accused in Islam.")
- Adab al Ikhtilaf fi al Islam ("The Ethics of Disagreement in Islam.")
2. Adakah kredibiliti Dr Taha Jabir ini sah untuk disandarkan tanpa prejudis oleh kita ?
baca petikan dari - blog klik sini - di bawah :
Layakkah "Nasihat" Taha Jabir Al 'Ulwani Dikatakan Fatwa?
Thursday, July 10, 2008
Pertama sekali, penulis membaca di Harakahdaily tentang "fatwa" yang dikeluarkan oleh seseorang yang bernama Dr. Taha Jabir Al 'Ulwani.
Penulis agak kehairanan kerana siapakah sebenarnya Dr Taha ini. Selalunya, kita jarang mengambil sesuatu "fatwa" melainkan daripada seorang mufti.
Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah Presiden Cordoba University yang dahulunya adalah Graduate School of Islamic and Social Sciences di Washington.
Oleh itu, beliau bukanlah mufti mana-mana negara ataupun negeri.
Maka, boleh dikatakan ia adalah nasihat tetapi bukannya fatwa. Jikalau begitu, barangkali nasihat daripada Prof. Dr. Ahmad Hidayat Buang, Pengarah Akademi Pengajian Islam UM pun boleh dikatakan fatwa. Mungkin ada yang membandingkan dirinya dengan Syeikh Qaradhawi ataupun Syeikh Al Albani, tetapi dalam keadaan isu yang tengah hangat sekarang ini lebih baik "fatwa" ini dikatakan nasihat dari ulama' luar negara bukannya dilabel sebagai fatwa.
Lantas, penulis pun membaca apa yang dinamakan "fatwa" tersebut. Penulis bersetuju dengan kebanyakan perenggan awal "fatwa" tersebut sehinggalah tiba-tiba terdapat tuduhan daripada terjemahan Dr Taha Jabir Al Ulwani tersebut yang bermaksud:
"Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang"
"Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka. "
Adakah patut bgi seorang yang bergelar ulama' menjatuhkan hukum terhadap kerajaan Malaysia walaupun tiada bukti? Walaupun inilah yang hendak didengar oleh pihak pembangkang terutamanya PKR dan PAS, tetapi ini adalah tuduhan yang tiada bukti.
Dikatakan kerajaan Malaysia sama seperti Kerajaan Atheis Ba'ath Iraq.Oleh itu, tidak patut bagi sesuatu fatwa yang mengandungi fitnah dan pembohongan pada hal sepatutnya perkara ini perlu dikaji dan diperiksa.
Tidak patut bagi seorang intelek yang mengetuai sebuah institusi Islam di Amerika berlaku begitu an "fatwanya"mempunyai unsur malafide dan fitnah.
Oleh itu penulis sukalah mengingatkan agar umat benar-benar menghayati ayat 6 surah Al Hujurat yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. "
Oleh itu mari kita selidik latar belakang Dr Taha Jabir Al 'Ulwani dan kenapakah Dr Taha Jabir Al 'Ulwani sanggup mengeluarkan "fatwa" berkenaan?
Dr A. Hamid Abu Sulaiman, Dr Jamal Barzinji, Almarhum Prof Ismail al Faruqi, dan Dr Taha Jabir Al 'Ulwani adalah pengasas IIIT (The International Institute of Islamic Thought ).Di dalam laman Cordoba University juga mengesahkan perkara ini bahawa Dr Al Ulwani adalah Pengarah International Institute of Islamic Thought.
Mentor mereka adalah Almarhum Prof Ismail al Faruqi, bekas Professor of Religion di Universiti Temple Amerika Syarikat. IIIT ditubuhkan pada tahun 1981 dan berpusat di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat .
Dikatakan Anwar juga salah seorang daripada pengasas IIIT dan Dr Taha pernah memimpin Anwar selepas kematian Prof. Ismail Faruqi dalam MSA Canada, USA. Oleh itu, tidak hairanlah Dr Taha Al Ulwani terus mengeluarkan fatwanya untuk menyokong Anwar.
Selain itu mari kita lihat apakah yang cuba dibawa oleh Dr Taha Al Ulwani. Perkara ini terdapat dalam objektif dan misi Cordoba University iaitu:
"The curriculum develops an "ijtihad orientation" that is capable of overcoming the drawbacks of the classical Islamic legacy, while benefiting from the depth and richness of its contributions."INTRODUCTION TO THE GRADUATE SCHOOL OF ISLAMIC AND SOCIAL SCIENCES
Bermaksud, kurikulum yang dibentuk untuk pengajian Islam di Cordoba Universiti adalah berdasarkan panduan ijtihad yang berupaya menyelesaikan kemunduran warisan Islam klasik di masa yang sama mendapat faedah dari kedalaman dan kekayaan sumbangannya.
Jadi apakah maksudnya? Ia disimpulkan oleh Prof. Charles Kurzman sebagai Islam Liberal dan Islam liberal inilah yang ditentang oleh PAS.
Selain itu, Dr Taha giat mempromosikan dialog antara agama terutamanya dengan agama Kristian. Dr Taha Al Ulwani terlibat dalam Washington Theological Consortium (WTC)sebagai ahli bersekutu dalam lembaga pemegang amanahnya yang dianggotai oleh ramai pemuka-pemuka Kristian Amerika.
Malahan, salah seorang public trustees (pemegang amanah awam) adalah Mary Hennes Brown, pegawai belanjawan dan politik karier untuk CIA.
Oleh itu, hubungan WTC dan CIA tidak dapat dinafikan.
Dengan itu, penulis berharap Harakah agar perlu berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu "fatwa". Bagi penulis, Harakahdaily perlu memeriksa dahulu latar belakang pemberi fatwa kerana dibimbangi boleh menyesatkan fikrah ahli jamaah.
Posted at 02:50 pm by maharaja_zhou
baca artikel asal di maharajazhou.blogdrive.com
Baca lanjut artikel berkaitan bertajuk "Meraikan Dr. A Hamid dan Dr. Jamal..tersingkap episod Anwar IIIT "
3. Apakah pandangan beliau ?
Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim ( dari blog mujahidin 88 )
Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.
Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?
Jawapan Dr Taha Jabir al-’Ulwani:
Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai ‘Qazaf’ dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:
4. “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;
Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:
“11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -
Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: “Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan”.
Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).
Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.
Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.
Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.
Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.
Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.
Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.
Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.
Isu Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.
Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).
Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.
Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.
4. Adakah Saiful ( mangsa liwat ) yang menuduh Anwar liwat atau Mat Sabu ( sbg contoh pihak ketiga ) yang menuduh ? kenapa digunakan qazaf dan dihalakan muncungnya ke arah Saiful ?
Bahkan tidak lama lagi Saiful akan bersumpah selesai siasatan polis selesai ! klik sini
5. Apakah hukuman jika sabit kes liwat di Mahkamah Syariah ? klik sini atau bawah
Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah |
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN
Seksyen 25. Liwat.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
6. Apakah peruntukan Qazaf dak Enakmennya ? klik sini
Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah |
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI
Seksyen 41. Qazaf.
Kecuali dalam kes li'an, mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syarak, empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
komen : di mana peruntukan menuduh kes liwat ? di mana peruntukan untuk mangsa liwat yang tidak ada saksi ? bukankah kes rogol pun tidak ada 4 saksi tapi dikenakan penjara oleh Mahkamah ?
7. Apa hukuman jika memberi keterangan palsu samada Saiful atau Anwar ?
Enakmen/Ordinan/Akta Mahkamah Syariah |
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
BAHAGIAN V - KESALAHAN PELBAGAI
Seksyen 30. Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.
(1) Mana-mana orang yang memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu prosiding kehakiman di Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
8. Adakah Qazaf sesuai di dalam kes ini ? artikel asal di sini
Peruntukan qazaf tidak sesuai untuk dakwaan kes liwat Anwar
11-07-2008 06:04:02 PM
Oleh Ab Jalil Backer
SAYA tertanya-tanya apakah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lebih mengelirukan mengapa laporan ini khabarnya direstui oleh ulama-ulama di dalam Parti Islam Se-Malaysia (Pas)? Ia turut digembar-gemburkan oleh laman web harakahdaily, organ rasmi Pas.
Tindakan ini bukan sahaja mengelirukan malah jelas memburukkan imej agama Islam. Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman?
Adilkah agama Islam jika orang bukan Islam melihatnya bersandarkan reaksi dan tindak-tanduk Anwar dan ulama-ulama dalam Pas ini?
Jika kita teliti, qazaf sebenarnya khusus kepada tuduhan zina, yakni persetubuhan suka sama suka diluar ikatan perkahwinan.
Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nur (ayat 4) yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.
Peruntukan Qazaf sepatutnya hanya terpakai kepada penuduh yang berupa orang ketiga, yakni bukan di kalangan mereka yang terbabit sendiri dengan perbuatan tersebut. Ia bertujuan mengelakkan fitnah dan adu domba dalam masyarakat.
Sebaliknya dalam kes Datuk Seri Anwar, orang yang membuat tuduhan ialah mangsa sendiri. Saudara Saiful bukan pihak ketiga yang membuat tuduhan melulu. Sebaliknya beliau merupakan mangsa dalam isu ini (jika benar tuduhan tersebut).
Apa yang beliau lakukan ialah mengadu kepada pihak berkuasa. Jika beliau perlu membawa empat saksi untuk mengadu nescaya tiada satu pun kes liwat dan rogol dapat dibicarakan di Malaysia lagi.
Apa akan jadi kepada mangsa liwat dan rogol jika setiap mereka mahu membuat aduan maka harus membawa empat saksi? Perlu diingat liwat bukanlah persetubuhan suka sama suka. Perbuatan liwat sama dengan rogol, iaitu berlaku hubungan seks tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.
Jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau dinasihati oleh para ulama, maka kita mahu tahu siapakah ulama-ulama memalukan Islam ini.
Para ulama harus menjadi pemikir, cendekiawan dan pakar. Malang bagi kita jika ulama yang ada dalam Pas dan PKR tidak pun mampu memahami makna dan perbezaan antara penuduh dengan pengadu.
Apa pula akan terjadi jika setiap perogol dan peliwat membuat aduan qazaf di pejabat agama bersandarkan pandangan ulama yang menasihati Anwar?
Pada hemat saya aduan ini bukanlah dinasihati oleh ulama sebenar tetapi hanya oleh orang-orang politik yang bertopengkan agama. Bagi menjaga nama baik Anwar maka satu penyelesaian politik perlu dilakukan.
Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan menggunakan undang-undang Islam dan istilah-istilah Islam bagi memulihkan imej Anwar yang kian tercemar. Ini adalah kebiasaan politik Anwar dan Pas yang kerap kali mempergunakan Islam bagi melepaskan diri atau memulihkan imej politik mereka.
Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia, maruah agama bukan lagi sedang dicabar oleh kumpulan bukan Islam tertentu tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak meraih sokongan.
Kesimpulan
Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dan beberapa tokoh ulama lain.
Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,
"Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
"Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."
Sungguhpun ayat ini memberi panduan kepada tuduhan zina oleh suami ke atas isteri tetapi kaedah ini pastinya lebih tepat dalam menyelesaikan masalah antara Anwar dan Saiful.
Saiful telah pun membuat aduan ia menjadi mangsa liwat Anwar. Anwar pula menafikan.
Benar ada undang-undang negara yang boleh menyelesaikan isu ini. Namun oleh kerana Anwar sudah menggunakan Islam sebagai alat untuk menyelamatkan diri, maka sewajarnya masalah ini turut diselesaikan secara Islam, tanpa mengenepikan prosedur jenayah sedia ada.
Saiful telah pun bersedia melakukan. Soalnya bersediakah Anwar?
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Seorang yang dituduh tidak boleh terus bersumpah kerana ia tidak bertepatan dengan prosedur undang-undang.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainur Rijal Abu Bakar berkata, keadaan membolehkannya dilaksanakan setelah pihak yang mendakwa dan tertuduh memberikan keterangan.
"Pihak yang mendakwa perlu mengemukakan tuduhan terlebih dahulu, diikuti keterangan tertuduh, namun sekiranya ketika itu pihak yang dituduh mahu menafikannya beliau boleh mengemukakan sumpah itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Hal ini katanya, pihak yang membuat dakwaan tidak boleh terus bersumpah seperti mana dalam kes tuduhan liwat pembantu peribadi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan.
"Mengikut prosedurnya, beliau perlu mengemukakan keterangan terlebih dahulu," ujarnya.
Menyentuh mengenai sumpah pula, Zainur berkata ia mempunyai banyak kategori termasuk sumpah mubahalah.
"Dalam kes Saiful dan Anwar, ia bukan sumpah mubahalah tetapi al-yamin istizhar kerana mubahalah itu digunakan dalam kes lian yakni sumpah menuduh isteri melakukan zina," katanya lagi.
Jelasnya, berbeza dengan sumpah mubahalah kes lian yang perlu diulang sebanyak empat kali, sumpah atau yamin istizhar dilakukan hanya sekali sahaja.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan sesetengah pihak yang menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya bersumpah dalam menghadapi tuduhan liwat oleh bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan. - mns
Kesimpulannya : Apa lagi jawapan dan dalih Anwar ? biarkan sahaja bicara bermula ! atau anda bersumpah menafikan sekeras kerasnya atau MENGAKUI SAHAJA jika benar benar ia berlaku.
Apa komen anda ?
3 ulasan:
Saya dengan segala sukacitanya ingin mengajak semua rakan siber dan blogger dalam kategori berikut:-
1. Semua Warganegara & Marhaen
2. Anti Anwar
3. Pro BN/UMNO
4. Anti Pakatan Rakyat
5. Anti DAP
6. Anti PKR
Kita tinggalkan perbedaan kecil antara kita buat sementara. Untuk sama-sama merapatkan barisan dan jurang. Dan bersatu hati dan tenaga. Kita wujudkan satu kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Kita ada tugas besar untuk menumpaskan Anwar Ibrahim.
Demi negara yang tercinta. Petualang bangsa seperti Anwar Ibrahim mesti dibunuh karier politiknya. Biar dia menjadi nisan politik Malaysia dan rakyat biasa yang tiada lagi menganggu ketenteraman politik tanahair.
Kita akan mulakan perjalanan ini satu demi satu dan Insha Allah kita akan menjadi satu pasukan yang kuat. kami di Perak Bangkit amat yakin usaha murni kita ini akn pasti mendapat keredhaan Illahi.
Kami nantikan maklum balas daripada kalian sekalian selaku para pejuang yang budiman. Anwar adalah Musuh No.1 kepada Negara Malaysia, Agama Islam & Bangsa Melayu. Beliau mesti dihapuskan. Allahu Akbar!
E-Mail : perakbangkit@yahoo.com
Good article it' s really clear, i will try it! Very good article and blog, poker is good to !
Kami sekeluarga sentiasa menyokong PM dan pemerintahan yang sedia ada. Terima Kasih.
Catat Ulasan