Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 April 2012

Kesian Ambiga dan A.Samad Said Ditolak Blogger Pakatan Sendiri !!!



Belum mula Bersih 3.0 dah mula ada tentangan dari blogger Pakatan sendiri... Anda lihatlah bagaimana kuasa Allah puak mereka sendiri sudah mula berbalah dan melahirkan penentangan terhadapa pemilihan Ambiga dan A.Samad Said sebagai peneraju Bersih 3.o. Barangkali Mat Sabu kecewa tidak dipilih menerajui Bersih 3.0 kerana barangkali Anwar masih terasa gelaran 'Al Juburi' beliau satu ketika dulu...

Anda baca salinan tulisan blogger tersebut di bawah :



Tulis blogger Cenangau :

Apa pun, aku memang dari dulu tak berapa selesa Ambiga jadi pengerusi BERS✔H 2.0, bukan pasai dia didakwa ada kaitan dengan LGBT tapi pasai dia sebelum ni dia lebih ke arah nak guna kaedah "pendidikan awam" dan tak berapa nak setuju dengan kaedah demonstrasi.


Aku lebih selesa kalau orang macam Mat Sabu yang ketuai BERS✔H yang jiwa dia memang cukup dekat dengan kaedah demostrasi jalanan.


Kalau setakat nak berhimpun di Dataran Merdeka macam masa BERS✔H 2.0 dulu mana nak ada harapan nak rasa pancutan air kimia dan gas pemedih mata penyesak dada. Nasib baik la masa BERS✔H 2.0 dulu depa tak bagi guna Stadium Merdeka, merasa jugak la air kimia dan gas.


Sama la jugak macam BERS✔H 3.0 ni, harap-harap jawatankuasa pemandu Bersih tak tiba-tiba jadi BANGANG dan setuju dengan cadangan DBKL supaya diubah lokasi ke Stadium bolasepak Cheras,Stadium Hoki Cheras atau Stadium Titiwangsa.





Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate