tukang kasut yang ditemui
Semalam penulis bersama keluarga berkesempatan mengunjungi Kuala Lumpur untuk membeli buku kerja anak di Jalan Tunku Abd Rahman atau lebih dikenali jalan TAR.
Setiba di sana kami mendapatkan buku yang dimaksudkan sebelum singgah KFC untuk menjamu selera makan tengah hari.
Sementara menunggu selesai anak isteri makan, penulis mencari beberapa sudut sesuai untuk merakam gambar lokasi yang bakal dihadiri ribuan peserta Bersih 3.0 minggu hadapan.
Terbayang majoriti Melayu yang akan dikudakan oleh ahli politik hingga mereka tidak sabar lagi mahu menebus kembali dosa politik mereka yang belum selesai. Dalam pada itu penulis berborak dengan tukang kasut yang kebetulan membuka ruang jualannya di hadapan Toko Buku Minerva.
Dalam perbualan beliau menceritakan semasa Bersih pertama dahulu rezekinya hilang angkara huru-hara yang timbul akibat dari Bersih.
Pendapatan harian ketika itu boleh cecah RM100
Apa yang penting beliau tidak mahu ia berulang kembali.Beliau juga tidak mahu rakyat jelata diganggu hidup mereka dengan Bersih 3.0. Bayangkan bapa kepada empat anak ini kehilangan rezekinya akibat gangguan dari pendemo sehingga tidak ada rakyat yang keluar ke bandar ketika itu. Jangan menzalimi golongan bawahan seperti tukang kasut ini.
Lihat gambar2 yang sempat dirakam panglima semalam..Yang pasti tidak akan aman lagi jika sudah dikuasai emosi gila pembangkang yang mahu tegakkan persepsi rekaan mereka bahawa senarai pengundi Malaysia dicampur pengundi hantu.
Wassalam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan