Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mei 2012

2,000 Unit Rumah Sempena Hari Belia Negara 2012 #HBN2012

Berikut sedikit berita yang mungkin belum diketahui orang muda yang ditemui di Utusan Malaysia menjelang sambutan Hari Belia Negara 2012 pada 23 Mei tidak lama lagi. Kira-kira 13 hari 14 jam lagi dari detik artikel ini ditulis seperti yang disiar di laman rasminya http://www.hbn.gov.my/.

Tujuan artikel ini ditulis untuk mengkhabarkan peluang memiliki rumah yang disediakan semasa program untuk belia Malaysia 2012.



Drumah Homely sasar lebih 40,000 belia sertai Pameran Hartanah dan Perhiasan sempena Hari Belia Negara 2012



KUALA LUMPUR 18 April - Sebuah syarikat pengurusan acara, Drumah Homely Publication Sdn. Bhd. (Drumah Homely) yang menjadi penaja rasmi Pameran Hartanah dan Perhiasan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan lebih 40,000 belia menghadiri pameran tersebut.

Pengurus Besar Drumah Homely, Nasruddin Ghani berkata, sebanyak 48 buah syarikat pemaju perumahan akan menyertai pameran itu yang menawarkan 2,000 unit rumah berharga antara RM200,000 sehingga RM550,000 kepada belia berusia 40 tahun ke bawah.

Pameran Hartanah dan Perhiasan 2012 akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012 dan dijadual akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - UTUSAN



Peluang mendapatkan rumah murah sempena Hari Belia 2012 jangan dilepaskan. Peluang untuk orang muda yang belum memiliki rumah seperti yang disiarkan dalam laporan berita di atas, adalah usaha Kerajaan menyediakan rumah yang baik dengan harga berpatutan. Projek ini sudah semestinya dengan kerjasama Pemaju yang perihatin untuk membantu anak muda membeli aset yang kekal untuk masa depan keluarga mereka. 

Rumah adalah keperluan asas setiap individu terutama golongan muda yang baru membina hidup dengan pasangan mereka. Tanpa rumah milik sendiri dan menyewa dengan orang sudah tentu ia akan merugikan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Yang sepatutnya boleh diguna untuk membayar harga rumah meskipun kadar bulanannya lebih tinggi dari kos menyewa.

Meskipun harga rumah semakin mahal namun usaha menyediakan 2,000 unit rumah dengan harga berpatutan ini patut direbut secepat mungkin oleh anak muda terutama golongan yang sudah memiliki pendapatan yang stabil. Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA yang kini berjalan hasil idea YAB Perdana Menteri bukti komitmen Kerajaan Malaysia untuk membantu generasi muda bukan membiarkan mereka tanpa sebarang bantuan. Ucapan PM semasa merasmikan PR1MA boleh diakses di sini http://1malaysia.com.my/speeches/majlis-pelancaran-program-perumahan-1malaysia-pr1ma/

Harapnya generasi muda kita akan merebut rumah yang ditawarkan di atas dan memilikinya sebelum terlambat. Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada gunanya.






Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate