Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2008

Seruan untuk sertai Team Blogger Negara Malaysia !


Saya baru sahaja meletakkan komen di beberapa blog untuk mengajak dibuat team blogger barisan hadapan negara.

Ia satu inisiatif saya bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang tidak senang dengan blogger yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka.

Cara berhubung dimaksudkan dengan mengguna Yahoo Messenger.

Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam blog masing masing.

Nama team ini mungkin boleh diletak Blogger Malaysia atau apa shj yg sesuai nanti.

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.

Objektif utama :

1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara 
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini..


Di harap dapatlah kiranya add email saya untuk Yahoo Messenger bagi memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia ini.

Email : panglimaperangcyber@yahoo.com

Tekan gambar di bawah untuk download Yahoo Messenger..





Tentu kita akan semakin kuat apabila sudah sehati sepakat muafakat sesama kita.Insya Allah !


29 ulasan:

. berkata...

Saudara, satu usaha yang baik. Saya fikir elok kalau kita adakan satu pertemuan untuk membincangkan perkara ini. Biar kita bersemuka dan taaruf. Selepas itu kita susun agenda bersama.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya kami telah usahakan dahulu sebelum pilihanraya,jika saudara lihat ada beberapa blog yang mengggunakan logo ini - Go Malaysia. Namun cadangan anda baik untuk memmantapkan lagi usaha ini..... sila lihat logo ini,http://bp2.blogger.com/_87NuJL2cNfo/R14flhBIkCI/AAAAAAAAANo/DHZ1wuJ92m4/S300/gomalaysian.jpg.. tq

Che Moq™ berkata...

sokong sangat la gamaknye cadangan ni..nanti jangan lupa add che moq.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam.

satu cadangan yang baik dan terpuji...teruskan usaha murni anda!
satu team setiakawan yang berani berubah!!!

Panglima Perang Cyber berkata...

tq semua. kt bertemu di YM masa terpulang kepada kesesuaian semua.

Mungkin malam ok kot.

Saya cadangkan kt buat jam 9 mlm hari khamis mlm jumaat depan ?

macam mana pendapat kawan2 ?

Tai berkata...

Suatu usaha yang bagus. namun, tak dapat saya nak joint hampa semua sebab nanti screen reader boleh senyap kalau terlalu ramai. Namun, bolehlah add saya di puteri_kencana_dewi1@yahoo.com.my

Generasi Pejuang Bangsa berkata...

satu cadangan yg baik bro ..team setiakawan sentiasa menyokong usaha ini demi perpaduan melayu .

salam setiakawan

sejarahmelayu.blogspot.com

AbgTuah berkata...

Salam,

Saya sokong 100%. Saya berminat menyertainya.

abangtuah.blogspot.com

PasMuda berkata...

Saya blh join jugak ke?

Panglima Perang Cyber berkata...

semua boleh...add email saya utk kita YM

sapa2 add bgtahu blog nama apa...

nanti kita chat ramai2

tima kasih abag pejuang melayu yg dah chat dgn sy serta sedingin salju.

Blog pejuang melayu akan sy masukkan dlm senarai blog saya..

tq

Unknown berkata...

I was here. Tq for the invite :)

Panglima Perang Cyber berkata...

Tq Encik Mazidul Akmal sudi dtg ke sini..

Semakin ramai rakan Blogger semakin meriah lah alam siber kita..

Yang penting Agama kita Bangsa kita dan Negara kita..

Che Moq™ berkata...

Che Moq sokong. malam ni kita chatting ym la ye kul 9 malam. tapi che moq galakkan awak buat yahoogroup dan juga chat room untuk Team Blogger Negara Malaysia (TBNM)

Mohd Norizzuan berkata...

salam..

sebagai pelajar universiti sy terpanggil utk turut serta bg meningkatkan darjat agama dan bangsa.

hrp2 saudara dan shbt yg lain boleh bertukar dgn blog sy

wslm

Panglima Perang Cyber berkata...

Ok.esok mlm jam 9 kita jumpa lagi..

odieneology berkata...

ni sy punye add
apolosia_nd@yahoo.com
add sy k!

Tanpa Nama berkata...

Mesti ada perjanjian ceasefire and henti amalan hentam menghentam sesama penulis blog.

Baru boleh sesama blog bersatu untuk tujuan ini.

AMARAN: Jangan sekali ia digunakan untuk tujuan disebalik tabir untuk calun-calun tertentu.

Untuk tujuan ini, Dr Mahathir harus dibawa datang untuk perjumpaan pertama sebagai blogger paling top dalam dunia.

Ada komen anda censure. Ikhlas ke ini?

Tai berkata...

ha encik, apa kata, untuk team bloggers ni, siapa yang hantar posting yakni comment, kalau anonymous, kita jangan siar. mesti ada nama samaran. mejoriti anonymous ni, suka nak hentam orang encik.

Panglima Perang Cyber berkata...

Saya setuju ! dan sy akan pastikan tdk ada agenda kempen utk mana mana calon tertentu dlm hal ini.

Pelanggaran terma ini akan menyebabkan tindakan disiplin spt digantung persidangan dll

Jangan risau, sesiapa sahaja boleh sertai, lagi rmai lg bagus.

Cuma adakah Tun bersedia tidak berkempen kepda mana mana ?

Harap semua dpt fokus lawan Pakatan Rakyat especially Anwar.

tq komen saudara ....

Sedingin Salju >> sy suka baca komen anonymous sbb ia komen pengecut sebenarnya.

atau orang sangat tawaduk !

tq

Tanpa Nama berkata...

hidup blogger bersatu

salam from perakbangkit

Gelombang Rakyat berkata...

Berminat.

Mohd Norizzuan berkata...

salam perjuangan..

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih kpd PerakBangkit dtg..

En Zubli, sila add email saya.

Yahoo Messenger kena download dulu.
Baru dapat chat ramai2...

Aspirasi berkata...

demi agama bangsa dan negara

Tai berkata...

Hidup team blogger!

Razif AR Al-Marbawi berkata...

salam, panglima.

saya nak join!
hari ini nampaknya dapat guna internet.
internet tengah biol dua tiga hari lepas... huhu

Tanpa Nama berkata...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Tanpa Nama berkata...

emm.. good thread

Tanpa Nama berkata...

saya oun nak join jugak boleh tak?

Cari Blog Ini

Translate