Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2012

Entri Berapi @SyedAzidi aka Kickdefella Vs Husam Projek 'Lebuhraya Rakyat' Dirasmi @NikAbdulAziz Semalam cc @NajibRazak


Lebuhraya Rakyat: Husam Hilang Akal

YB Dato’ Haji Husam bersama penulis di rumah penulis di Kubang Kerian pada tahun 2007.

Pada tahun lepas YB Dato’ Haji Husam Musa menyaman saya kerana didakwa memalukan beliau dan menfitnah beliau kerana secara terbuka memanggilnya sebagai seorang penipu. Saya gembira dengan saman itu kerana saya akhirnya diberi forum yang sah dan bukan politikal, untuk berdepan dengan Husam.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan (dimana kes itu menumpang sekarang) menetapkan pada 4 Julai 2012 untuk membuat keputusan permohonan injunksi oleh Husam Musa bagi menghalang saya dan agen saya daripada menulis tentang beliau dan menghalang sesiapa sahaja daripada mengulangi apa yang ditulis oleh saya.
Husam Musa bukan seorang ahli pembangkang, dia adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang sah yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir Negeri Kelantan. Saya pula selain blogger cabut, juga adalah pengundi di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
Saya menulis antara lainnya tentang tindakan Husam yang mewakili sebuah Kerajaan Negeri cuba berjanji dan kemudian tidak menunai janji. Apabila Husam memberitahu media beberapa tahun yang lalu tentang keputusan Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah badan audit bebas menyiasat berkaitan Bazar Tok Guru setelah isu itu menjadi hangat akibat tulisan saya, kita semua menyambutnya dengan baik.
Apabila isu Bazar Tok Guru terus tidak selesai lebih setahun kemudian, saya menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka dengan mendesak Husam supaya mendedahkan laporan audit bebas itu.
Apabila melihat Husam yang mewakili Kerajaan Negeri terus berdolak dalik, saya melihat itu adalah rentak biasa Husam yang sering saya lihat sepanjang tempoh bekerja dengannya. Husam menyaman saya kerana mendedahkan rentak tersebut.
Adakah rakyat tidak boleh mempertikaikan tindakan Kerajaan Negeri dengan mempertikaikan apa yang dijanjikan oleh jurucakap kerajaan itu? Sudah tentu bagi pihak Husam pula, ia tidak dipanggil sebagai penipuan tetapi dipanggil matlamat menghalalkan cara.
Keputusan Mahkamah terhadap permohonan injunksi Husam itu kelak penting untuk pemahaman rakyat dalam mengkritik janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri yang dilantik oleh rakyat sendiri.
Husam mengikrarkan didalam segala dokumen mahkamah bahawa kedudukannya adalah penting kerana mewakili sebuah Kerajaan Negeri yang dilantik secara demokrasi. Husam harus sedar, hak demokratik rakyat tidak terjejas sedikitpun walau mereka telah menyerahkan secara demokrasi hak mentadbir negeri kepada mana-mana pertubuhan politik.
Oleh itu adakah rasional memohon mahkamah menyekat hak demokratik rakyat membicarakan janji yang tidak tertunai pada waktu tersebut?
Husam kini berjanji membina Lebuh Raya Rakyat yang dicita-citakan menyambung Kota Bharu ke Kuala Krai. Bila disebut Husam berjanji, maka Husam itu adalah Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Husam adalah jurucakap kepada Kerajaan Negeri dalam isu tersebut.
Mungkin ada diantara kita tidak dapat hidup sepanjang Lebuh Raya Husam untuk menikmatinya, jadi nasihat saya sangat mudah.
Nilailah hari ini Lebuh Raya Husam dengan apa yang kita lihat telah terjadi kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru.
Jika program-program itu kita jadi kadar bandingnya, maka tidak lah perlu kita panggil Husam sebagai penipu bila kita bercakap soal lebuh raya ini pada tahun hadapan.
kickdefella.net



Sebagai tanda kenangan jom dengar lagu kosong Najwa Latif di bawah meraikan 'kekosongan' janji Pakatan termasuklah janji PAS di Kelantan yang seiras dengan logo 'kosong' di bendera partinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro' anda sememangnya pejuang rakyat. tulisan anda akan tetap menyedarkan rakyat kelantan khususnya. pemimpin saperti husam memang dah lama patut diketepikan. selamat berjuang demi menyelamatkan rakyat kelantan.

Cari Blog Ini

Translate