Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Februari 2009

Edisi Pagi : Gambar Najib dan Anwar Nik Aziz dipijak -Malaysiakini


gambar : blog skuad batu caves

Sebelum ni saya tak sempat mengulas mengenai perilaku 'mulia' geng sebelah sana yang suka perkara pijak memijak ni. Meskipun saya pernah terlihat gambar tersebut tetapi ia dibiarkan dulu menunggu waktu dan saat yang sesuai.

Setakat yang saya tahu Islam tidak mengajar kita memijak gambar orang Islam juga. Perbuatan memijak gambar sama seperti kita ingin menjatuhkan maruahnya. Kerana maruah seseorang itu terletak pada gambar yang menjadi simbolik kepada 'maruahnya'...

Saya tidak kisah jika gambar Bush atau Tony Blair dipijak sebagai membantah dan melahirkan kebencian kepada perbuatan mereka menyerang Iraq tetapi adakah ia wajar dibuat kepada seorang hamba ALLAh bernama Najib yang menjadi lawan politik de facto mereka iaitu Anwar Ibrahim ?

Saya sungguh tidak menjangka begitu sekali kebencian mereka sehingga sanggup memijak gambar lawan dan juga tidak mendengara adakah Anwar ada melarang perbuatan tersebut dari terus 'diamalkan' oleh pengikutnya yang terbukti jelas menzahirkan kebencian mereka dengan memaparkan gambar DS Najib dipijak di laman mereka.

Sampaikan nama Najib juga sudah ditukar menjadi Najisss !!!!

Jika gambar Anwar dipijak atau Nik Aziz barangkali mereka juga akan marah.. Tetapi apakan daya penyokong BN tidak pandai barangkali memijak seperti mereka lakukan ...

Apa kata kita anjurkan kempen pijak juga gambar Anwar Nik Aziz dan kita siarkan di blog blog kita, apa pendapat anda ??

Mungkin ia juga dikira sebagai Qisas ?? 


Cuba tanya Hj Hadi mesti dia angguk angguk geleng geleng hihihi.....



23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah dia nih. Kalau kepalanya dah sewel, yg ekor lagi la teruk. Sebab di ekorlah keluarnya tahi.

Kita penyokong BN, tunjukkan sikap yg baik dan sentiasa membantu. So pengundi atas pagar tahu, siapa sbenarnya lagi ikhlas.

PUTRAKENCANA berkata...

Mana nak ikut Speeker Hindu paria tu ke atau DYMM Paduka Sultan Perak ?

Fikir-fikirlah wahai Umat Melayu Perak.

Tanpa Nama berkata...

cerita zaman bila tu?
modal lama lagi

Tanpa Nama berkata...

Putrakencana nih dah ketinggalan zaman..
masih lagi politik perkauman..

bzzz,
Aku ni pengundi atas pagar..
Ahli UMNO tidak, PAS, PKR pun tidak
aku tahu BN nih memang lama tak ikhlas..

Tanpa Nama berkata...

salam,
Kumbang tak salahkan siapa yang memijak gambar itu..
tetapi Kumbang akan salahkan siapa yang menyemai kebencian maha hebat kepada tuan gambar itu.

Si penyemai kebencian itu bila berjumpa dengan tuan punya gambar itu ,mengangkat tangan dan menyapa mesra seolah-olah tiada apa berlaku.

Sedangkan pengikut mereka bermati-matian membenci tuan punya gambar itu.

Kesian pengikut mereka yang mempercayai si penyemai kebencian yang munafiq.

Perlu diingat, tuan punya gambar telah berani bersumpah 2 kali di Masjid.
Adakah si penyemai kebencian berani berbuat demikian?

Tanpa Nama berkata...

putrakencana..setau aku umat melayu xde..umat islam baru betoiii..masuk kubur pun xtye kau bgsa ape..xsekolah kot??? bahasa malaysia pun tunggang langgang...piiiraaahhhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa sumpah di masjid dijadikan modal..
Mengapa perlu bersumpah..
Sumpah sekarang nih boleh buat..

main-main jer tahu..
kalau tak mengapa orang yang bersumpah tu masih lagi dituduh..
kesnya pun tak tamat lagi di mahkamah tuh..

Siapa dia saksi utama sumpah nih..
Kat Malaysia nih dah tak der ulama sebenar ulama Hatta nik aziz dan hj hadi awang sendiri kerana terlibat politik kotor..

Sumpah sekarang hanya dimulut.
Bukan dihati.. P. Ramlee si raja sesumpah dalam filemnya..tak der per-per pun.. sampai sekarang diingati sebagai seniman tersohor..

Kalau sumpah tuh boleh menjadi..
tak payah bersumpah dalam masjid kalau allah tu berkehendakkan sesuatu tuh jadilah dia..

Kita nih perlu sembahyang dalam masjid sahaja ker..

Tanpa Nama berkata...

Sumpah perlu dihormati...

jika seorang penipu sekalipun telah bersumpah maka kena terima sumpahnya..

saya akan cuba huraikan bab ni dalam blog saya..

sekarang masih sibuk..

salam tuan blog...

usaha anda membanteras gejala sifat mazmumah ini disokong..

hati hati kotor sahaja yang suka perkara kotor tidak kira dari BN PAS PKR ...

DAP tak masuk dalam list sebab mereka tak 'bersunat'...

bungaraya berkata...

Orang PAS sangat mudah diajak kearah kegilaan perangai. Jika mereka emosi/marah, mereka tidak lagi mengenal yang mana intan yang mana batu, semuanya sama.
Kepada mereka ini bukan sahaja gambarnya yang mesti dipijak, tapi hendaklah bila kita berak, kita berak diatas gambar DSAI atau Nik Aziz atau Pak Hadi. Padan muka. Kerana Perjuangan PAS, Islam Malaysia jadi AUTA.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz moden..
tahniah ler tahu mengaji, tapi tak tahu isi...
Semalam ko ader lampirkan keratan kononya sultan sekarang nih keterunan nabi..
Kepala hotak ko.. carta yang ko buat tuh pun aku boleh buat.. tak bersandarkan sumber ahli bait..

aku tahu kau ni pengikut..
kalau darurat boleh buat maksiat..

kalau perempuan tak der duit untuk susukan anak jadi perempuan tu boleh melacurkan.. baguslah..

Orang yahudi pun boleh mengaku ustaz juga pasal apa.. yahudi tahu baca kuran, tahu isi kuran.. tapi saja buat-buat tak paham..

Jadi ustaz moden.. tak yah ler membebel dalam blog ko tuh buang masa..

Tanpa Nama berkata...

Ustaz moden,Masa bersumpah tuh najib ader kemukakan empat orang saksi tak. Sekurang-kurangnya menyatakan dia tidak melibat langsung dalam hal yang dia buat.
Sumpah tak benar pun kena terima ker. Betullah patut sumpah sekarang ni boleh buat main.

ni tag ko :
jika seorang penipu sekalipun telah bersumpah maka kena terima sumpahnya...

jadi ko mengakuler yer yang ko nih memang suka ditipu.

Tanpa Nama berkata...

Boo ustaz moden..

Panglima Perang Cyber berkata...

Aku tak pelik fanatik sebelah sana nak boo ust moden ni..

sebab korang pun boleh maki caci kutuk mufti apa lagi taraf ustaz memang tak heran..

cuma aku heran kenapa Tuhan kasi lagi udara air nyawa kat korang ni.

tak sampai lagi ke ajal korang lepas hina mufti tu ?

semua ni tau tak keje sapa ?

Tiga Abdul : Abdul Hadi Abdul Anwar Abdul Karpal

Tanpa Nama berkata...

salam...
ape kejadahnyer lah anon nie...
sumpah dgn nama Allah pon dibuat main2...
bile kita bersumpah dgn nama Allah maka kita meminta Allah melaknat bukan sahaja di akhirat, tapi di dunia lagi...
apakah bersumpah di rumah Allah memerlukan saksi yg empat..??
apakah kamu ingin mengatakan bahawa saksi2 yg empat itu jauh lebih tinggi darjatnya dari Allah yg menjadi saksi kepada sumpah tersebut???
Masya Allah...

Jeepers Creepers berkata...

bahaya woo main main bab agama..korang suka sangat ek politikkan agama hanya untuk kepentingan dunia..

pelik betul aku ish ish..kalau Allah jatuhkan laknat keatas malaysia sebab korang semua, aku sepak sepak korang nanti.

Tanpa Nama berkata...

Aku adalah seorang ahli UMNO. Kami sekeluarga adalah penyokong UMNO yang kuat satu masa dulu. Tapi sejak dari 2004 aku dan keluarga tidak lagi memangkah BN dalam pilihraya........sebab....aku dan keluarga dah fikir masak-masak dan timbang masak-masak. Aku akui aku dan keluarga bukanlah berpelajaran tinggi dan tidak mendapat gaji ribu-ribu sebulan....hanya cukup untuk perbelanjaan dan dapatlah simpan RM50 - RM100 sebulan. Aku bersyukur kepada ALLAH kerana itu aje rezeki diberikan ALLAH walaupun aku dah berusaha tidak berserah kepada takdir.

Disebabkan aku ni tak berapa bijak jadi aku berfikir pun cara tak bijak juga:

1) Isu harga minyak naik......orang-orang UMNO ke, PAS ke....ADIL ke sama aje.....kena bayar juga dengan harga yang sama dan bukan dapat free. Aku ingatkan BN boleh lah tolong rakyat ......tapi tekan rakyat lagi ada. Naik mendadak sampai 70 sen. Bila nak turun, merangkak-rangkak 10 sen, 15 sen...walhal diSingapura dan Thailand dah turun lama. Inikah dinamakan kerajaan perihatin. Bila harga minyak naik Orang Barisan ke....atau orang PAS ke kena bayar juga dengan harga yang sama. Aku ingatkan aku ahli UMNO bolehlah dapat bayar kurang sikit....rupanya sama aje

2) Bila melibatkan kes-kes rasuah kaum-kaum UMNO ni aku lihat banyak yang senyap aje. Aku ada terbaca cerita rasuah tentang Bekas MB disatu negeri yang diperintahnya dulu tapi sekarang dah jadi ketua Pembangkang...lebih dari 10 kes melibatkan juta-juta. Kes diam aje. Perkembangan kes Atanthuya...macam perbicaraan main-main aje...tak nampak langsung ketelusan. Aku kata gitu sebab aku katakan aku ni bodoh tak belajar undang-undang. Dari mana dapat C4 tu, beli ke...jumpa ke...siapa yang beri arahan semua tak tanya.

Kalau nak cite satu persatu mungkin tak cukup ruang agaknya. Jadi aku dan keluarga dah ambil keputusan yang kami akan menyokong parti GERAK - AN - (Tak gerak, tak makan)

Bila tiba musim pilihanraya aku dan keluarga akan bincang calun parti mana yang akan dipangkah. Kami dah tak kisah...ada kalanya pangkah PAS, kekadang ADIL dan semasa aku dan keluarga menetap di Selangor aku pangkah DAP.

Dalam keadaan ekonomi dunia yang lembab ni patutnya semua parti politik fikirkan apakah cara nak tolong rakyat yang dah tak bekerja disebabkan kena berhenti kerja...banyak kilang-kilang yang tutup, kereta perlu dijual kalau tak boleh bayar nanti kena tarik. Orang politik tak perihatin pun tentang perkara ni.

Macam aku cakap tadi le.......
Aku dan keluarga dah fikir masak-masak bahawa masa kami susah tak de pun orang UMNO yang datang tolong. Itulah sebabnya aku dan keluarga dah beralih arah.

Aku berfikir cara akulah, cara orang bodoh kerana aku tak boleh fikir cara korang yang bijak pandai. Itu sebabnya aku dan keluarga masuk GERAK - AN (tak gerak tak makan)

Wasallam

Tanpa Nama berkata...

putrakencana awak anak tiri ke

Tanpa Nama berkata...

Tak semestinya yg menentang UMNO itu penyokong PAS/PKR...
dan tak semestinya juga yg menentang PAS/PKR tu penyokong UMNO...
Jangan mudah buat huraian... sbb selain dr ahli UMNO, ahli PAS, ahli PKR maupun mana2 ahli parti politik lain... masih ramai lagi rakyat yg tak jadi ahli mana2 parti.

Perlu diingat... mereka ni silent voter/observer yg ada ketikanya akan bertindak juga andai bila rasa negara mereka kian terancam.

Masalahnya dgn Malaysia ni.... kita diancam dr dalam bukan dr luar!

Tanpa Nama berkata...

Kepada ; Thursday, February 19, 2009

Quote;

Bila tiba musim pilihanraya aku dan keluarga akan bincang calun parti mana yang akan dipangkah. Kami dah tak kisah...ada kalanya pangkah PAS, kekadang ADIL dan semasa aku dan keluarga menetap di Selangor aku pangkah DAP.

Lawak tol anon ni tulis, kononnya asalnya sokong UMNO..

Katanya 2004 stat pilih Pembangkang
2008 mungkin ADIL, bila pula bahagian DAP?

Yang best ;
1. Perkataan 'Ada kalanya'..
2. Perkataan 'Kadang-kadang atau dia tulis kekadang'

dua perkataan di atas merumuskan kepada yang PRU atau pilihanraya seolah-olah dilakukan sebulan sekali.

Bila masa pula turn DAP? cepatnya ubah daftar pemilih ke Selangor.

Dik..satu DUN hanya menetap 1 Parti dari Pembangkang, 1 Kerajaan atau bebas (jika ada). Kecuali masa PRU 12 yang mana perlawanan 3 penjuru (BN lawan PKR lawan DAP) iaitu di Kedah (lupa plk dun mana).

Biar Anwar temberang sorang2 udah la dik..dia temberang pun dapat Gaji ribu2.. dapat elaun seperti Perdana Menteri ribu2 jugak sebab dia Ketua Pembangkang..

hikhikhik

Pembela Melayu berkata...

aku cukup pelikla naper la kalau puak2 pembangkang ni takut sangat nak guna nick ker nama blog ker...asyik2 cik Anonymous jugak....ini semua pengecut punya cara....ataupun lebih dikenali dengan nama PARIA....

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH ATAS KOMEN KEPADA KOMEN SAYA.

ADA SEDIKIT KHUTBAH BRUNEI KHAS UTK RAKYAT MALAYSIA BACA..

SILA LIHAT DI BLOG SAYA DI BAWAH

http://ustazmoden.wordpress.com/2009/02/19/khutbah-brunei-taat-pada-ulil-amri-malaysiakini/


TAAT PADA ULIL AMRI

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sebagaimana yang sama-sama kita maklum bahawa agama Islam telah mula bertapak di Negara Brunei Darussalam ini semenjak enam ratus tahun atau lebih. Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana mengurniakan agama Islam sebagai agama rasmi kita yang menjadi anutan raja-raja dan pembesar-pembesar negara serta rakyat negara ini sejak zaman berzaman, bahkan ia telah menpengaruhi cara dan corak kehidupan orang-orang Brunei dari dahulu hinggalah sekarang. Di antara pengaruh yang paling menonjol sekali ialah pemerintahan beraja. Sistem inilah yang diguna pakai dan kekal sehingga sekarang di negara kita sehingga rakyat terlatih dengan budaya taat beraja iaitu ketaatan yang berpegang kepada ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".

Di dalam tafsir Al-Munir dan tafsir Al-Raqi ada menyatakan tentang maksud lafaz Ulil Amri itu. Ulil Amri secara umumnya bolehlah diistilahkan sebagai sultan-sultan, pemerintah-pemerintah, cerdik pandai, ketua angkatan bersenjata dan semua pemimpin-pemimpin, penganjur-penganjur iaitu mereka ini dijadikan tempat orang ramai berurusan permasalahan mereka dan kepentingan-kepentingan umum. Maka jika mereka itu telah bersetuju di atas sesuatu perkara atau membuat sesuatu keputusan atau hukuman, maka pengikut-pengikutnya hendaklah mentaati dan setia kepada mereka.

Dalam sistem pemerintahan beraja yang berteraskan ajaran agama Islam, raja itu mempunyai kedudukan tertinggi dalam negara dan menjadikannya berkedaulatan dan berkedudukan. Dan kedaulatan inilah yang menjadikannya tonggak pemerintah dan pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam kehidupan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan, kekuatan dan kemantapan pemerintahan negara bergantung kepada sikap rakyat dan penduduk negara itu terhadap pemerintahnya. Dalam erti kata sejauh mana komitmen dan kesetiaan rakyat terhadap kata-kata taat dan setia itu diamalkannya. Begitu juga sejauh mana amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu ditanai dan dilaksanakan dengan penuh jujur, adil lagi bertanggungjawab. Bukankah menanai amanah itu perintah Allah yang amat penting dalam Islam, yang dengannya membezakan kita dari perbuatan golongan orang munafik dan khianat. Sedangkan khianat itu pula adalah sifat yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala, seperti mana firman-Nya dalam Surah Al-Anfaal ayat 58 tafsirnya :

"Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum yang mengikat perjanjian setia denganmu maka campaklah perjanjian itu kepada mereka dengan cara terus-terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat".

Begitulah halnya dalam pentadbiran negara, jentera pentadbiran dan keberkesanan pengurusannya telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas bahu ketua-ketua kerajaan dan ketua-ketua pejabat bagi melaksanakannya dengan penuh jujur, adil lagi amanah.

Oleh yang demikian kita selaku pegawai, kakitangan kerajaan mahupun orang awam hendaklah taat kepada segala perintah, peraturan, arahan atau disiplin yang telah ditetapkan oleh mereka. Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu�bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda maksudnya :

"Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat. Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.

Dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu : Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

"Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah". (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya dalam konteks taat ini, Islam bukanlah menghalang sesiapa dari bersuara atau memberikan pandangan atau pendapat kerana Sayyidina Ali Radiallahuanhu sendiri pernah berkata maksudnya : 'Aku ini hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf'.

Tetapi sebaliknya suara, pandangan dan pendapat yang hendak dikemukakan itu biarlah membina dan mendatangkan kebaikan yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Terserahlah kepada ketua tersebut untuk menimbangkannya, sesuai dengan anjuran bermesyuarat seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 159 tafsirnya :

"Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".

Oleh itu, marilah kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan Ulil Amri (raja atau pemimpin) dan marilah kita berdoa semoga raja kita yang dikasihi akan terus menerus memerintah negara ini dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Jadikanlah dan tanamkanlah pada diri kita sebenar-benar hamba yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Ulil Amri, semoga dengan ketaatan itu kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa' ayat 59 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya".



SYUKRAN JAZILAN...

Tanpa Nama berkata...

Ini Anon juga tp bukan Anon sebrg Anon..

Aku tak memihak mana2 parti, tetapi yg PRO PR ni ingat semua yg tak sokong depa adalah UMNO..kena igt, hidup kita ini ada agama, bukan PARTI maaa..

Ingat Allah bila berkata-kata tu..jgn setankan semua org yg tak menyokong PR..Pr tu sape?..Jemaah RSAW ke? Pr tu pakatan semua agama...kamu nak kami sokong bangsa non muslim sebagai PEMIMPIN?..Ayat mana kamu guna pakai utk MUNAFIKKAN org Islam ini?..Tuk guru kamu, Nik Aziz dan Hj Hadi itu dah terlalu banyak berbuat dosa memecahbelahkan org Islam di Msia ini dengan FATWA POLITIK mereka, begitu juga ketua ZIONIS Msia, Mr Anwar Al Yahudi...

Ko ingat aku tak marah dgn org yg makan rasuah, buat maksiat dan sebagainya...aku menentang pemimpin yang begini, tapi jangan cakaplah kalao ko kata pemimpin PAS< DAP atau PKR bebas dari semua itu..sekrg Allah dah tunjuk satu persatu..tapi ko masih buta hati wahai peyokong PR..

Bila kamu nak sedar diri dr ditipu oleh para munafikun ini? BErtaubatlah sebelum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

penghormatan bukan boleh dibeli dan diminta.penghormatan itu diberi jika mereka layak kerana keperibadian dan perbuatan.

Cari Blog Ini

Translate