Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mei 2012

Menteri Pertahanan dan Pelajaran Tentu Gembira Baca Cadangan Pesara Tentera Untuk Bantu Negara Ini @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Saya kebetulan bersua komen bernas bekas pesara tentera seperti di bawah...

Harap dapat disampaikan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pertahanan jika sesuai dilaksanakan...


BEKAS PW I (KOD) April 26, 2012 at 1:32 pm

Maaf kepada semua pembaca saya terpanggil untuk membela nasib sahabat-sahabat VETEREN yang telah bersara.

PERTAMA (Mengenai Penerimaan Pencen Bulanan)
Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat memberi kadar pencen mengikut gaji semasa terkini ketika bersara contohnya jika pesara itu berpencen dalam pangkat PW I ketika itu berada di tangga P1T5 pada tahun tersebut maka menerima pencen seterusnya mengikut P1T5 gaji terkini. Ini dalah kerana untuk membantu pesara hidup bersama keluarga setaraf dengan keperluan semasa. Sebelum bulan oktober 2004 berpencen hanya menerima RM 1,000.00 tetapi pesara terkini menerima lebih kurang RM 1,900.00 sebelum SSM tahun 2012 jika SSM 2012 lebih kurang RM 2,150 penerima sebelum ini menerima lebih kurang RM 1,500.00
beza tara lebih kurang RM 650.00 ini suatu jumlah yang besar begitu juga kepada VETERAN lain-lain pangkat yang lain.

KEDUA (Selepas Persaraan)
Saya mencadangkan agar pihak kerajaan memberi pengitirafan kepada semua VETERAN mengikut pangkat semasa persaraan mereka. VETERAN diberi kepercayaan menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan selepas bersara mengikut kemahiran yang telah VETERAN perolehi semasa berkhidmat. Semua jawatan Penguatkuasa Persekutuan dan Tempatan, Pembantu Kesatria di universiti, Kolej dan institusi kerajaan, Bidang Keselamatan di permis-permis kerajaan seperti di Wisma Persekutuan, negeri, universiti, Kolej dan institusi kerajaan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Perkeranian, Pemandu dan yang seiring dengan penugasan dalam perkhidmatan diberi peluan kepada VETERAN untuk menabur khidmat semula demi untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta ini. Saya percaya VETERAN adalah insan yang sangat PEKA dan dapat memberi khidmat yang terbaik.

KETIGA (Pengitirafan Gred Dalam Jawatan Kerajaan)
Saya juga mencadangkan agar VETERAN diberi pengitirafan dalam jabatan kerajaan setandingan semasa penugasan dalam perkhidmatan tentera. Jika berpangkat Koperal kebawah di beri Gred 17, Sarjan dan Staf Sarjan Gred 22 dan Pegawai Waren 1 dan 2 Gred 27 agar pendapatan mereka setanding dengan pendapatan asal. Bagi Pegawai Waren dalam perkhidmatan mereka diiktiraf dengan diberi PENANUGARAHAN WAREN oleh Menteri Pertahanan yang mewakili Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong apa guna WAREN ini jika tiada pengitirafan apabila berkhidmat dalam Jabatan Kerajaan setelah bersara jika ini berlaku WAREN yang telah diterima seperti sekeping kertas yang tiada nilai sebenarnya. Saya juga mencadangkan agar gaji semasa yang diberikan kepada VETERAN hendaklah setaraf dan sama dengan PESARA BARU DAN LAMA mengikut P dan T semasa bersara.

KEEMPAT (Penempatan Warga VETERAN)
Saya mencadangkan agar VETERAN-VETERAN yang telah bersara dan tidak lagi hendak melibatkan pekerjaan di jabatan kerajaan hendaklah di buat Perkampungan VETERAN diberi tanah untuk membina rumah dengan bantuan kerajaan dan sedikit tanah kebun antara 1 hingga 2 ekar, yang mana Perkampungan ini hendaklah berjauhan daripada kem-kem tentera, jika boleh satu perkampungan 200 peserta VETERAN ini adalah bertujuan untuk meneruskan khidmat dan bakti VETERAN demi untuk menjaga keselamatan negara walaupun sudah bersara agar mereka akan menjadi penyokong kerajaan memerintah dan bersama-sama menjaga keamanan negara ini berterusan pada setiap detik, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun dan ketahun mendatang.

KELIMA (Memberi Peluang Kepada VETERAN untuk Berkhidmat Di Sekolah-Sekolah)
Saya mencadangkan agar pengawas atau pemerhati disiplin disekolah diberi peluang kepada VETERAN yang pernah menjawat jawatan KSM dan RSM untuk mengendalikan aspek disiplin disekolah disamping menjadi tenaga pengerak utama badan berniform sekolah membantu guru-guru yang ketika ini pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan dengan penyerapan VETERAN di sekolah-sekolah dapat meringankan penugasan guru-guru kerana VETERAN KSM dan RSM ini adalah mereka yang terlatih mengenai disiplin dalam perkhidmatan meraka adalah orang perantaraan antara anggota lain-lain pangkat dengan pegawai. Saya mencadangkan setiap sekolah ditempatkan 3 kali VETERAN KSM dan RSM (diketuai oleh seorang BEKAS RSM). Jika usul ini dianggap positif untuk melaksanakannya saya menawarkan diri untuk melaksanakannya dan percubaan dibawah pengawasan saya bermula dengan 3 buah sekolah yang agak serius disiplinnya. Cara dan tindakan dibincang dan diajar kepada pelaksana.

Kita jumpa lagi dengan idea-idea penambahbaikan demi untuk VETERAN yang masih muda dan memerlukan pekerjaan disamping untuk meneruskan sebuah perjuangan yang belum selesai dan yang pastinya perjuangan tidak akan selesai sehingga ketiadaan kita. Tapi sisa-sisa usia yang dipersia-siakan demi untu Agama, Bangsa dan Tanah Air. IZMA/3443/5545


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate