Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mei 2012

Penantian 22 Tahun Miliki Piala FA Berakhir - Begitu Kelantan oleh BN ? @NajibRazak

Perkara yang menarik di sebalik kejayaan Kelantan memenangi Piala FA ialah petanda penantian BN Kelantan seperti juga akan berakhir. Kebetulan ini wajar dianalisa oleh pemerhati kerana ia ada signifikannya yang tersendiri.

Di tangan Tan Sri Annuar Musa Piala FA berjaya dirampas dan di tangan Tok Pa juga kita yakin Piala Kelantan akan berjaya dirampas kembali selepas 22 tahun menanti PRU tidak lama lagi.

Kejayaan ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada rejim Nik Aziz namun kita sedar faktor bola juga mempengaruhi kemenangan BN di Galas. Ketika itu Kelantan menang Piala Malaysia dan ia turut diraikan seluruh rakyat Kelantan. Termasuk penyokong Pas.

Kerana itu di FB rasmi MB Kelantan gambar Tan Sri Annuar Musa telah disiarkan hari ini.

Syabas Kpd pasukan Kelantan bimbingan Anuar Musa dan semoga kejayaan juga menunggu pasukan TUKAR BN selepas menunggu 22 tahun untuk merampas 'trofi' Kelantan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate