Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Mei 2012

Perasmian Perhimpunan Hari Belia Negara 2012 #HBN2012 Peringkat Wilayah Persekutuan

Perasmian dilakukan di Wangsa Maju, KL oleh Menteri Raja Nong Chik.

Turut hadir Datuk Rizalman Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Gambar seterusnya akan dimuat naik selepas ini memandangkan penulis berada di kawasan kurang baik talian untuk dimuatnaik gambar-gambar perasmian.

Jangan lupa 23 - 27 Mei depan adalah hari besar untuk belia di Malaysia kerana lebih 500 acara disediakan untuk memenuhi kehendak anak muda.

Ia turut melibatkan aktiviti kerohanian termasuk khutbah khas sempena Hari Belia 2012 ini.

Jangkaan penganjur ialah dua juta belia menghadiri Hari Belia 2012 kali ini dengan masa dipanjangkan menjadi lima hari.

Perdana Menteri sememangnya menghargai anak muda, percayalah kata-kata saya.

Jangan anak muda melakukan sesuatu perkara yang tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan ada tatasusilanya.

Anak muda perlu mempertahankan negara walau dengan darah mereka dari dijajah proksi kuasa asing yang akan menurut titah perintah Raja 'asing' tersebut apabila berkuasa.

Bukan menjadi barua pihak yang mahu huru-harakan Malaysia dengan demo haram yang merugikan semua pihak termasuk rakyat marhaen seperti pemandu teksi,peniaga dan sebagainya.

Sila klik banner HBN di atas untuk butiran lengkap.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate