Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mei 2012

PM @NajibRazak Turut Hadir Tahlil Dipimpin Jamil Khir Sambutan Ke-66 Tahun UMNO



KUALA LUMPUR, 10 Mei – Bersempena menyambut ulang tahun UMNO ke 66 pada 11 Mei ini, satu majlis tahlil diadakan di Surau Ar Rahman bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas solat Maghrib yang dipimpin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Jamil Khir Baharom.

Turut hadir dalam majlis tahlil tersebut ialah Presiden UMNO, Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO Dato Shafie Afdal, Dato Seri Dr. Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Kerja UMNO Dato Rauf Jusoh, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.

Majlis tahlil yang dihadiri lebih 2,000 orang ahli UMNO dan juga masyarakat setempat itu turut menyaksikan kehadiran bekas Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad dan juga bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam. -MediaUMNO



Penulis : semoga majlis ini diteruskan setiap minggu di setiap DUN dan Parlimen untuk menyatukan umat Melayu Islam setiap minggu dan membersihkan jiwa mereka termasuk pemimpin Umno Bahagian agar perjuangan ini tidak didasari kepentingan diri atau duniawi.

Jika pemimpin Bahagian dapat hadir maka sudah tentu penyokong dan penentang BN akan bersatu dan boleh menjernihkan hubungan baik dua belah pihak yang selama ini bergaduh kerana perkara yang tidak perlu.

Bayangkan sabotaj sesama sendiri juga dapat dielakkan jika mereka bersatu hati berkat penyucian rohani bukan kerana wang atau peruntukan. Jika tidak maka belum tentu kita akan bersua kembali selepas PRU 13 jika kalah dengan undi mereka perolehi hasil dusta dan fitnah semata-mata.

Ayuh kita kuatkan usaha demi alif ba ta...

Ucapan Presiden Umno sempena Hari Umno Ke - 66 :

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate