Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Mei 2012

Rukun Negara Bakal Dihancurkan Melalui #Bersih Ambiga



Lima prinsip Rukun Negara yang dibina bakal runtuh
Oleh Hassan Mohd. Noor

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetus huru-hara dan kekacauan dalam negara. Adakah orang politik beragama Islam yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan seumpama itu seperti Bersih 3.0 peduli dengan kenyataan itu?

Dalam politik, perangai manusia tidak boleh dijangka. Ada yang sanggup menjilat ludah sendiri, bertindak meludah ke langit atau menepuk air di dulang. Tidak kurang juga yang membuka pekung di dada di khalayak. Begitulah sikap sesetengah pemain politik hari ini disebabkan kuasa. Pastinya orang seperti Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu @ Mat Sabu tidak dapat menerima keputusan jawatankuasa itu. Mereka dan rakan-rakan lain yang sependapat akan mencari jalan untuk ‘menghalalkan’ perhimpunan itu walaupun sudah jelas ia melampaui batasan agama seperti menyusahkan sesama umat, memusnahkan harta awam, mencederakan manusia dan memberi gelaran tidak baik terhadap insan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.



Semuanya ini memperlihatkan bagaimana tindakan ‘ganas’ orang Islam dan mengesahkan pandangan sesetengah pihak di barat selepas kejadian 11 September. Maka tidak mustahil musuh Islam akan mengambil kesempatan memperkudakan orang Islam untuk mencapai matlamat mereka. Lebih mudah jika ada yang bersedia menjadi kuda tunggangan.

Pada masa yang sama, ada juga suara yang mahu menukar perlembagaan negara. Semuanya ini tidak mustahil kerana Pas yang dulunya tegas mempertahankan negara Islam secara perlahan-lahan sudah mengubah haluan. Tentunya langkah ini bagi memudahkan Pas berkongsi kuasa dengan DAP yang suatu masa dulu pemimpinnya pernah mencabar supaya langkah mayatnya dahulu sebelum melaksanakan negara Islam. Jika dulu Pas bersendirian di atas ‘kapal’nya tetapi kini sudah ada tiga kapten - Pas, DAP dan PKR. Maka haluan kapal akan sentiasa berubah asalkan ia sampai ke matlamat yang dituju. Sebagai anggota di dalam kapal yang sedang dalam pelayaran, ketiga-tiga parti ini pastinya tidak mahu ‘karam’ di tengah lautan sebelum sampai ke destinasi. Maka apa juga tindakan yang boleh ‘menyelamatkan’ kapal itu akan dituruti walaupun langkah itu bertentangan dengan adat, budaya dan agama.

Dalam hubungan ini juga, soal agama diletak sebelah kerana pada fikiran mereka, tindakan seperti menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu satu perjuangan menentang kemungkaran. Hakikatnya merekalah yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran itu tidak akan berlaku jika ia tidak didorong oleh manusia yang mengingkari peraturan dan undang-undang negara. Apa yang berlaku pada hari tersebut disebabkan kegagalan manusia yang berakal bertindak secara berhemah dengan mematuhi undang-undang negara. Kemungkinan kemungkaran di jalanan tidak berlaku jika perhimpunan berlangsung di stadium.

Justeru dalam hal ini seorang sahabat bertanya, apakah tindak tanduk di sekitar Dataran Merdeka baru-baru ini dan jika diselak kembali beberapa isu lain sebelum ini akhirnya akan meruntuhkan Rukun Negara? Adakah Rukun Negara tidak lagi relevan? Penulis hanya menjawab jika ajaran dan nasihat agama pun mereka sanggup ketepikan, diri sendiri diperkudakan, inikan pula Rukun Negara ciptaan manusia.

Apa pun pertanyaan sahabat ini perlu direnungi bersama. Adakah Rukun Negara sekadar ikrar? Masihkah ia relevan.

Eloklah diselak kembali lima prinsip Rukun Negara yang dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara, setahun selepas tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan negara.

Secara ringkas lima prinsip itu ialah:

1. Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama ini menjadikan bangsa dan negara ini satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. Seri Paduka, raja-raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan rakyat. Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga di peringkat negeri.

3. Keluhuran Perlembagaan

Rakyat perlu menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan adalah sumber perundangan tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada rakyat akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara dikehendaki menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan ini digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.

4. Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan masyarakat bergerak dengan licin dan teratur tanpa kekacauan. Hak rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang. Hak dari kebebasan yang dijamin Perlembagaan tidak termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau cara yang tidak menurut Perlembagaan.

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang. Tujuannya untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Sifat ini paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan persendirian dan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia masih berpegang kepada lima prinsip ini?

1 ulasan:

Osama berkata...

1. Kepercayaan Kpd Tuhan:
Tuhan Umat Melayu Naif Otak bersumberkan kitab islam AdaHari, Menghalalkan rasuah & melindungi perasuah. Halalkan hina Hukum Hudud, Qisas & Takzir serta memperlekehkn Sunah RasulAllah.
Tak wajib tutop aurat kerna hak individu, halalkan bercampur lelaki pompuan dlm konsert2 & majlis2 lagha!

2.Kesetian Kpd Raja & Negara:
Siapa yg tarik imuniti raja2?
Siapa yg membakar semangat rakyat mengunakan mass media dgn memburok2kn raja & mendedahkan kebobrokan sistem raja2 serta meenelanjangkan kejelekkan perangai raja2 sebelum pindaan perlembagaan 1992~1993?
Siapa yg buat road show seantero Malaya utk mendapatkan sokongan rkyat dgn tanpa silu memaki hamun raja2?
Sape yg mengelarkan Sultan Trengganu "NATANG' smasa perlantikan MB Mohd Said pd 2009?
Ini semua kerja UMNO = Umat Melayu Naif Otak yg dikepalai oleh Mahadey!
Sape lepaskan Spore dri Mysia?
Anwar?
Sape serah Pulau Bt Putih pd Spore?
Hj Hadi?
Sape bagikan 271 hektar tanah KTM pd Spore?
Lim Kit Siang?
Sape serah medan minyak blok L&M pd Brunei?
Tn Guru Nik Aziz?

3.Keluhuran Perlembagaan:
Sape yg menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak pd 2009 dgn cara memerangkap & membeli wakil2 rakyat PR utk melompat parti & menyokong BN?
Sape yg ingkar keputusan Speaker Dewan utk bubarkan DUN Perak utk adakan plihanraya kecil ngri bgi memberi mandat rakyat memilih kerajaan semula smasa konflik Ng Perak?
Sape yg guna cara kekerasan & mengupah polis2 utk merampas kerusi Speaker Perak, Sivakumar?
Sape yg menasihati Baginda Sultan Perak utk memperkenan perlantikan Zamri sbgi MB baru sedangkan Ir Nizar masih MB yg sah?
Inilah neraca Keluhuran Perlembagaan UMNO BN!

4.Kedaulatan Undang2:
Sape sokong kehadiran pemain kriket israel ke Mysia?
Sape di parlimen sokong pindaan utk menarik sekatan perdagangan antara Mysia dgn Israel pd 1994?
Sape mentri yg menyeludup masuk peninju mua thai israel ke Mysia pd 2011?
Sape PM Mysia mengunakan perunding yahudi Sachi & Sachi pd 1992?
Sape PM Mysia guna perunding yahudi APCO Pt Ltd hinga skarang?
Sape PM yg berjumpa scara sulit dgn Yirzak Rabin PM israel pd 1994?
Sape Mentri Pertahanan Mysia yg jumpa Ehud Barack pd 2009?
Banyak & banyak lagi Umat Melayu Naif Otak yg tak mempercayai pelangaran2 undang2 Mysia yg di buat ole pemimpin mereka.

5.Kesopanan & Kesusilaan:
Sape MB yg larikan anak sultan utk bernikah di thailand pd 1993?
Sape PM yg mendera isterinya hingga disangka mereng otaknya hnya smata2 utk diceraikan nya bgi menikahi isteri org dgn menebus talak dri suami pompuan tersebut?
jenguk2 CELAHPAKIT.NET
Sape menteri yg bersekandal dgn artis?
Sape mentri luar yg ada kes ramas buah dad...tapi man under cover?
Sape mentri yg kononya merogol maid nya?
Terlalu banyak mentri2 UMNO dh buat yg melangari norma2 adab kesopanan & kesusilaan serta 5 prinsip Rukun Negara kalau nak di senaraikan.

Cari Blog Ini

Translate