Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Mei 2012

Terima Kasih DS @NohOmar Balas Tweet @Panglima_Cyber

Antara pemimpin yang makin aktif 'berkicau' di tweeter ialah Datuk Seri Noh Omar. Buktinya ucapan penulis semoga kemenangan PRU13 akan datang sebagai hadiah bermakna kepada UMNO, dijawab oleh beliau.

Penulis menyiarkan skrin imej di sini bukan untuk membodek beliau kerana bukan prinsip penulis untuk membodek sesiapa. Yang penting benda betul ditulis dengan harapan pemimpin lain juga mengikut jejak langkah yang sama.

Begitu juga jika ada kelemahan yang perlu dibaiki maka di sinilah juga tempatnya tanpa sebarang agenda untuk menjatuhkan sesiapa. Pemimpin sanggup dipuji tentu sanggup juga menerima pandangan membina untuk diri atau parti.

Masa berjuang habis-habisan sudah mula dan marilah kita utamakan negara dari kepentingan diri kita sendiri.

Selamat ulang tahun ke-66 UMNO ! Semoga Allah merahmati sekelian pemimpin dan ahli-ahlinya dalam berjuang demi agama bangsa dan negara.

Jangan dilupa mari selalu hadiahkan fatihah kepada pejuang pejuang yang telah menemui Allah sebagai tanda ingatan kita kepada mereka.

Al Fatihah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate