Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Mei 2012

Tiga Warna 'Baja Racun Sabun' Ditemui Di Langkawi !


Jalan-jalan di Langkawi sejak semalam kebetulan ada sedikit urusan 'sulit untuk negara' di sini, ternampak signboard di atas.

Nampak sekali tidak ada apa-apa yang menarik namun selepas diperhati jelaslah ada sesuatu persamaan warna dengan bendera parti politik penyokong LGBT dalam Pakatan Rosak.

'Baja' warna hijau untuk PAS, 'racun' warna merah untuk DAP dan biru muda untuk 'sabun' PKR.

Sekali ditafsirkan warna hijau 'baja' seolah merujuk kepada peranan Pas menjadi baja bagi Pakatan. Hari ini tanpa 'baja' mustahil agenda LGBT akan disokong Melayu Islam yang menjadi majoriti rakyat terbanyak. Ia juga mencetuskan persepsi bibit keganasan bertopengkan warna hijau yang merujuk kepada keindahan alam semulajadi. Sepatutnya ia menenangkan pandangan namun 'hijau' di sini bertukar menjadi lambang kekeliruan dan penyelewengan.


Warna merah sama kaler parti rasis DAP yang kini menjadi racun kepada agama Islam Melayu bahkan Malaysia itu sendiri.Tindakan mereka rapat dengan pemimpin Singapura selain meniup racun perkauman dan fitnah, membuktikan tepat sekali warna merah 'racun' kepada parti rasis tersebut. 'Racun' ini juga berjaya mematikan 'pokok' perpaduan umat Islam yang masih belum tumbuh dari dulu hingga sekarang.

Biru muda mewakili sabun tidak lari sedikitpun dari istilah seks seperti mandi buih yang tentunya dihasilkan dari sabun di rumah urut. Semua maklum bahawa rumah urut semakin bertambah selepas Pakatan memerintah. Ini membuktikan warna hijau baja yang menjadi racun perjuangan pihak yang benar telah menatijahkan kegiatan maksiat akibat sabun.Bukan sahaja 'sabun' menyuburkan maksiat menimpa Penasihatnya Anwar Ibrahim,kini muncul skandal lelaki mirip Timbalan Presiden PKR dengan aksi 'blowjob' dalam tandas yang menjadi perhatian semua pihak.

Adakah ' baja sabun racun ' warna 'hijau merah biru' akan menggantikan Biru Dacing Barisan Nasional ?

Pilihlah mereka jika seks bebas LGBT pilihan anda dan generasi seterusnya selepas kita meninggalkan dunia. Tugas kami ialah menerangkan dan hidayah di tangan Tuhan.Bukan memaksa anda menerima tetapi cukuplah jika ia difikirkan dengan hati yang terbuka.

Gambar : jalan Hulu Melaka, Langkawi Kedah.

Artikel ditulis pada : Sabtu 5 Mei 2012


Tambahan : jika anda rasa lain pada badan seperti sakit buatan orang bacalah ayat kursi 50 kali atau Basmalah (bismillahirrohmanirrohim) 100 x.

Atau bacalah Fatihah niatkan dihadiah kepada Nabi saw sebanyak 11 x dan diikuti surah Qulhuwallah yakni Al Ikhlas 33 x . 

Kerana penyakit seperti buatan orang angkara syaitan kena dilawan dengan ayat quran. 

Penulis sendiri mengalami simtomnya hari ini seperti sukar bernafas, berdebar-debar tanpa sebab, lemah badan, sakit urat tanpa sebab, mimpi pelik... Ketika membaca ayat yang disebutkan rasa sedikit gatal badan selain menyucuk tempat tertentu di tubuh badan dll.

Pada awalnya penulis menyangka ini simptom angin kerana makanan sejuk atau kesilapan lewat makanan.Namun selepas diurut dan disapu minyak panas dan bertungku dengan batu di tapak kaki, ia tidak juga lega seperti biasa.

Adakah ini bermakna serangan halus ditujukan kepada blogger oleh musuh mereka kerana artikel yang pedas membogelkan penipuan yang dilakukan ? 

Adakah kemarahan diluahkan melalui cara mengguna khidmat jin dan syaitan ? 

Tidak mustahil jalan bomoh dukun pilihan Pakatan Rosak untuk memusnahkan musuh politik yang gigih berjuang melawan kebatilan mereka.

Alhamdulillah dengan berkat serba sedikit ilmu dari Tuan Guru penulis, sekarang penulis beransur pulih berkat ayat quran kalamullah yang Maha Suci dan Maha Hebat ini.

Meskipun sedikit terjejas hari ini namun asam garam ini adalah rutin hidup seorang pejuang!

Lawan tetap lawan hingga menang..Kami yakin bantuan Allah bersama pejuang agamaNya !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate