Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Jun 2012

Kenyataan PTPTN dan @KhaledNordin Pembekuan PTPTN Pelajar UNISEL Selangor - Angkara Silap Kenyataan @Anwaribrahim & @RafiziRamli ? cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin




KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7     JUN 2012.



1.   Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2.   PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3.   PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.   Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.   Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.




Sementera itu dalam satu kenyataan disiarkan dalam Sinar Harian di blog SarfaMS melaporkan :


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, pihak pembangkang yang sebelum ini bersuara mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kini seolah-olah "mendesak" mahukan kemudahan itu dikekal dan diteruskan.

"Sekarang mereka bising mahukan PTPTN, dalam sekelip mata mereka tukar belang," kata beliau menerusi mesej Twitter lewat malam tadi.

Sehubungan itu kata Khaled, kini kelihatan semua pihak mahu PTPTN diteruskan dan mengambil pinjaman daripada perbadaan tersebut.

"Nampaknya boleh dikatakan semua nak PTPTN dan mahu pinjam dari PTPTN.

"Mengapa mereka berubah? Sebab mereka populis," kata beliau lagi.

Khaled menjawab menerusi Twitter beberapa jam selepas pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).


Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pagi tadi, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.

"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.

Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.

Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik. SINAR

3 ulasan:

Akmal berkata...

"PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan."

Keh keh keh...baik punya ayat dari PTPTN...apa lagi, buktikan le janji anda di negeri bawah pentadbiran anda dulu. tak gitu ? :-)

Tanpa Nama berkata...

KEPALA BANA BETUL LAA DIA ORANG NI... TU HARI MACAM BERUK SURUH PELAJAR2 BUAT KHEMAH MEMBANTAH PTPTN KAT DATARAN MERDEKA...SEKARANG BERUK2 NI PULAK TUKAR TOPIK PULAK...MARAH PTPTN TAK BAGI PINJAMAN DAN HERET PELAJAR DALAM POLITIK??.... MEMANG MACAM BERUK LAAA PAKATAN HARAM JADAH NI..

Tanpa Nama berkata...

SAYA NAK TANYA SATU SOALAN SAHAJA KEPADA MB SELANGOR, ANUAR, DAN RAFIZI UNTUK DIJAWAB SALAH SAORANG SAHAJA DARIPADA MEREKA BERTIGA.

KALAULAH PEMBERI PINJAMAN SAPERTI BANK KA, MARA KA, PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KA, SYARIKAT KEWANGAN BERLESEN KA WAIMA ALONG JUGA, TAHU TERLEBIH AWAL YANG BAKAL PEMINJAM TIDAK AKAN BAYAR HUTANG YANG DIPINJAM ITU,AKAN MEMBERI PINJAMAN KEPADA MEREKA ?

TERANG-TERANG ANUAR BERAHIM MENGARAHKAN SEMUA PEMINJAM PTPTN JANGAN MEMBYAR HUTANG MEREKA KEPADA BADAN TERSEBUT.(PTPTN )

KALAU SAYA TAHU ORANG YANG NAK BERHUTANG TAK NAK BAYAR HUTANG, SATU SEN PUN SAYA TAK AKAN BERI PINJAM. HARAP MESEJ INI SAMPAI KEPADA PELAJAR-PELAJAR UNISEL.

Cari Blog Ini

Translate