Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2012

Kisah Bekas Panglima TUDM Kuda Terbaru Tunggangan PKR Dalang Kehilangan Enjin Pesawat ? cc @NajibRazak


Brigadier Jeneral Dato' Abdul Hadi bin Abdul Khatab (TUDM - Bersara) telah dilantik sebagai Presiden Majlis Rundingan Keselamatan (MRK) PKR. Sebagai sahabat karib beliau, saya ingin mengucapkan syabas kepada Dato' di atas perlantikan tersebut. Saya percaya bahawa rakan taulan yang lain pun turut gembira. Di dalam kegembiraan ini, saya rasa amat kecewa dengan beliau kerana sanggup 'menggigit tangan yang menyuap' beliau selama ini kerana kepentingan peribadi dan rakus untuk menjadi calon PKR pada PRU 13 kelak. Justeru, saya terpanggil untuk menceritakan kepada masyarakat umum mengenai pengalaman saya ketika bersama Dato' Abdul Hadi semasa dalam perkhidmatan TUDM. 

Kami mula masuk dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sekitar 1974 dan sama-sama menjalani latihan Kadet mulai Mei hingga Okt 1974 serta sama-sama megikuti kursus Asas Penerbangan di Pangkalan TUDM Alor Setar sekitar Nov hingga Dis 1974 serta mendapat Tauliah Tetap pada bulan Apr 1984. Dato' Abdul Hadi seorang yang mudah mesra dengan rakan-rakan dan petah berbicara. Namun, sejak awal lagi Dato' Abdul Hadi dianggap amat licik dan bijak mengambil kesempatan terbuka serta seorang yang pentingkan diri sendiri di kalangan rakan-rakannya. 

Beliau memiliki sifat 'panas baran' dan seringkali mempamerkan sikap anti-establishment. Sebagai contoh, seringkali menunjukkan sikap melawan dan menentang terhadap lawful command jurulatih Kadet. Walaupun menerima hukuman namun beliau masih tidak serik dan terus berdegil atau 'keras kepala'. Beliau bolehlah dianggap berjaya dalam perkhidmatan setelah dinaikkan pangkat Brigadier Jeneral dan menjawat jawatan Panglima Logistik di Markas Logistik Udara. Apa yang mengecewakan, Dato' Abdul Hadi telah banyak melakukan penyalahgunaan kuasa kelulusan ke atas ratusan jutaan ringgit semua peralatan dan penyelenggaraan TUDM di sepanjang tugasan beliau. 

Terdapat ramai juga di kalangan staf beliau menghubungi saya dengan memberitahu secara ikhlas bahawa beliau sentiasa mengambil kesempatan untuk mark-up harga asal bagi memperoleh komisen peribadi daripada kontraktor/pembekal berbentuk wang tunai secara sulit dan terancang. Beliau amat bijak dalam aspek 'penipuan' ini tanpa meninggalkan sebarang bukti kukuh untuk diambil tindakan oleh pihak ATM. Beralih kepada insiden kehilangan enjin pesawat pula, beliau dengan bangganya mendakwa bahawa orang yang terlibat telah ditangkap namun beliau terlupa bahawa beliau sebagai Pemerintah ketika itu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aspek keselamatan termasuk keselamatan enjin pesawat tersebut. 

Ini jelas membuktikan bahawa Dato' Abdul Hadi seorang yang tidak bertanggungjawab serta lalai dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pihak ATM. Sekali lagi, sahabat saya ini amat bijak untuk 'cuci tangan'. Persoalannya, bagaimana PKR boleh mempercayai dan yakin terhadap beliau sebagai Presiden MRK masih menjadi tanda tanya. Tapi, perkara sebegini tidaklah menghairankan kerana PKR itu sendiri Penipu Rakyat. Demi kepentingan peribadi, beliau juga disifatkan sebagai 'pengkhianat negara' kerana beliau pernah mendedahkan maklumat strategik TUDM dalam siri ceramah beliau walaupun faktanya tidak tepat dan merupakan pembohongan melampau. 

Dato' Abdul Hadi agak licik mengumpan PKR untuk memenuhi cita-cita peribadinya serta menjadikan PKR sebagai landasan untuk menjadi Wakil Rakyat bagi memusnahkan ATM, cita-cita beliau amat tinggi tapi keupayaan untuk mendukung tanggungjawab agak diragui. Sebagai seorang sahabat, saya menyeru agar Dato' Abdul Hadi kembali ke pangkal jalan dengan menginsafi di atas segala tohmahan dan pembohongan sebelum ini terhadap ATM dan Kerajaan. 

Renungilah muka isteri Dato' yang amat saya kenali, Datin Zabedah bt Baba serta anak-anak, Fariz Hirzi, Fadhli dan Farizi kerana mereka sudah semestinya tidak sanggup melihat suami/bapa menjadi tunggangan pihak berkepentingan terutamanya PKR. Sememangnya saya tersentuh dan sedih untuk menceritakan mengenai kawan namun kalau seorang kawan sanggup bersekongkol dengan pihak berkepentingan dan melemparkan pelbagai tohmahan dan fitnah melampau, saya sanggup 'berpatah arang' dan 'membakar jambatan' demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dipetik dari blog Merapu Sakan & Askar Setia.



Sent from my Samsung Galaxy Tab

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya juga sanggup berpatah arang sekira nya kamu tidak menulis secara benar. Kamu kata kamu kenal saya dan di tauliahkan dalam tahun yang sama tetapi anih nya kenapa saudara tak mahu menghubungi saya kan lebih elok mendapat kebenaran. Saya juga berpegang kepada kepentingan agama, negara dan bangsa.
ATM masih wujud. Mantan PAT yang salah guna kuasa semasa menjadi PTU masih ada dan bolih cari dia di LTAT bersama BOUSTEAD. PTU yang semasa kehilangan jet injin sebagai Panglima Operasi masih ada dan Panglima Logistik ketika berlaku kehilangan injin tersebut sekarang dah pun menjadi orang ketiga paling kanan dalam TUDM dan jangan buat cerita yang mengarut mengaitkan saya dalam cerita injin tersebut. Just get your fact right my friend and don't let idiot who tried to hide their weaknesses by blaming others and let me tell you that I am not finish with the idiot.
Kalau kamu dengar staff yang memfitnah maka lebih baik kamu semak sistem yang saya perkenalkan with all the cx and balance. even there is an exercise conducted to verify RMAF asset holding which may scare some people. I am telling you this since you claim to be my friend nanti tak sempat kita nak bermaafan as life is too short!
Whatever your political believe let it be and it is entirely your rights and I have no qualm about it but get the facts right and reveal yourself and let gets into politic openly brother.
Stay cool bro and I thought you are much more smarter than that.

Cari Blog Ini

Translate