Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Jun 2012

Menteri KDN @HishammuddinH2O di Himpunan Skuad Muda Serdang Pagi Ini cc @NajibRazak

Pagi ini skuad muda KDN akan dilancarkan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia atau MAEPS Serdang.

Panglima akan berada di sana Insya Allah.

Jemput semua datang.

Berita KOSMO tentang acara pagi ini.

Video promo skuad muda sila lihat di channel youtube KLXPRESS.

TERKINI

15,000 ahli Skuad Muda KDN berhimpun Ahad ini

08/06/2012 6:34pm

KUALA LUMPUR — Hampir 15,000 anggota Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berhimpun di Serdang Ahad ini bagi menggembleng gelombang kesukarelaan di kalangan generasi muda berbilang kaum, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, perhimpunan khas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia itu yang akan dirasmikannya adalah selaras dengan komitmen dan kesungguhan pihak KDN dalam usaha menggembleng semangat kesukarelaan golongan muda.

Perhimpunan itu akan disertai agensi di bawah KDN seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Sukarelawan Polis Institut Pengajian Tinggi Awam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, skuad itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya baru-baru ini.

"Skuad Muda KDN merupakan satu pasukan sukarelawan muda yang berusia di antara 18 hingga 25 tahun, sama ada di bawah atau bukan di bawah naungan agensi KDN," katanya.

Hishammuddin berkata, melalui skuad itu, satu pakej baru diwujudkan kepada golongan muda untuk bertindak sebagai "game changer" positif menerusi aktiviti kesukarelaan berasaskan idea, kehendak dan citarasa mereka. — BERNAMA





Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate