Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 Jun 2012

PTPTN tarik balik pembekuan pinjaman siswa Unisel, KUIS - Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | 12:17PM Jun 8 2012

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengambil keputusan untuk menarik balik pembekuan pemberian pinjamannya kepada siswa Universiti Selangor dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Sebelum ini, PTPTN telah membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS - kedua-duanya di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor - sehingga mencetuskan pelbagai reaksi bantahan pelbagai pihak terhadap tindakan tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata tindakan pembekuan pinjaman PTPTN itu dibuat untuk memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang mahu pendidikan di negara ini, termasuk di peringkat tinggi, diberi secara percuma.

Tindakan itu juga diambil ekoran kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pelajar supaya jangan membayar balik pinjaman PTPTN dan berjanji ianya akan dimansukan jika Pakatan menawan Putrajaya dalan pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, seorang pegawai tinggi PTPTN ketika menjawab SMS daripada wartawan Malaysiakini, mengesahkan keputusan menarik balik pembekuan pinjaman kepada Unisel dan KUIS.
"Pejabat menteri pagi ini telah mengeluarkan surat (supaya) pinjaman PTPTN diteruskan kepada Unisel dan KUIS," katanya yang tidak mahu namanya disebut.

"Eloknya hubungi pejabat YB menteri," katanya dalam SMS tersebut.

Sementara itu, seorang pegawai kanan kerajaan Selangor turut mengesahkan PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman kepada Unisel.
Pegawai yang enggan namanya didedahkan itu berkata siswa berkenaan boleh membuat permohonan pinjaman tersebut bermula malam ini.

Malaysiakini


Penulis : Sepatutnya Pakatan tidak mengkritik tindakan membekukan PTPTN tetapi memberi dana mereka sendiri kepada pelajar.

Tetapi nampaknya mereka juga berubah nada bila isu ini timbul.

Baru gertak dah kecut perut !

Bukankah Selangor mempunyai berbilion wang dalam simpanan?

Macam mana nak turun harga minyak bagi free tol kalau macam ni.

Rakyat perlu sedar penipuan mereka bukan menyokong membabi-buta.

Jangan harap mereka makin senang bahawa Pakatan Haram.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEKAT PTPTN. KRJAAN SELANGOR PATUT SEKAT JUGAK HASIL KPD KRJAAN PPUSAT.
BARU MOLEK !

Skidrow Cross-Finger berkata...

http://pelatukparuhgading.blogspot.com/2012/06/dulu-kaki-songlap-sekarang-marah-orang.html

read please...
TQ

Cari Blog Ini

Translate