Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Ogos 2012

Buka Puasa Bersama Datuk Ismail Kijo di Kelantan Delights meraikan Pengamal Media Baru dan Lama cc @NajibRazak

Sebentar tadi panglima baru sahaja selesai berbuka bersama Datuk Ismail Kijo yang diadakan di bangunan berhadapan KL Sentral Kuala Lumpur.

Di sebuah restoran menyediakan juadah negeri Kelantan yang bernama Kelantan Delights.

Hampir 50 orang pengamal media sosial turut hadir dan meluangkan masa bersama-sama menjamu selera. Kami juga sempat berjemaah Maghrib bersama-sama sebelum menimati juadah yang sangat enak di sana.

Sebelum beredar Datuk Ismail Kijo turut berucap memberikan semangat untuk kita terus berjuang di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri merampas kembali negeri yang kalah pada PRU yang lepas.

Meskipun pertama kali berjumpa namun layanan mesra beliau pasti diingati oleh kami khususnya panglima sendiri.

Terima kasih kepada rakan yang mengundang dan diharapkan majlis seumpama ini akan dibuat lebih kerap di masa akan datang bagi merapatkan saf perjuangan.

Semua yang hadir dari entiti berbeza seperti 1Agenda, UMB, Teh Tarik Bersama YB, The Mole selain media seperti Awani, TV3 dan juga Agenda Daily.

Alhamdulillah rakan yang sudah lama kenal di alam maya tetapi pertama kali bersua seperti Ariff Said juga ditemui dan kami merasa sangat gembira bertemu kali ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia.

Cari Blog Ini

Translate