Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 September 2012

Punca Kate Middleton Dimalukan Kerana Imej Mesra Islam Seperti Mendiang Diana ?


Berita oleh Harian Metro di sini http://www.hmetro.com.my/articles/SkandalgambarKateberterusan/Article/artikelMA




ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og HΓΈr.

LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.

Semalam, majalah gosip Denmark, Se og HΓΈr menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.


Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og HΓΈr, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer.

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og HΓΈr. - DM



Panglima : Kenapakah Kate Menjadi mangsa ? Adakah sesiapa mengetahui kisah di sebalik kejadian ini?

Selepas membuat semakan didapati ia mungkin berkaitan dengan imej mesra Islam oleh Kate Middleton yang menyamai apa yang dilakukan Puteri Diana yang menggerunkan musuh Islam.

Wajah mereka berdua juga tidak jauh bezanya.


Media-media Britain menyifatkan persamaan keduanya yang mungkin memberi imej positif terhadap Islam sehingga perlu dihapuskan dengan penyebaran gambar bogel paparrazi rakam untuk memalukannya. 

Laporannya :

Skandal gambar Kate berterusan


LONDON - Umum mengetahui bahawa ketika ini Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton sedang berada di Kuala Lumpur.

Mereka hadir ke Malaysia bagi melaksanakan sebahagian program jelajah pasangan diraja berkenaan sempena sambutan Jubli Intan, menandakan 60 tahun pemerintahan Ratu Elizabeth.

Putera William dan Kate telah melawat ke Masjid Assyakirin, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan jemaah Islam seramai 12,000 orang, semalam.

Menarik perhatian Media dan rakyat Britian, apabila penampilan Kate dalam lawatan mesra itu secara tidak langsung mengimbas kembali memori mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana pada 20 tahun yang lalu. 


Baca lagi laporannya di sini http://www.forblogger.net/2012/09/media-britain-sifatkan-imej-bertudung-kate-di-msia-imbas-memori-diana.html







Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate