Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Oktober 2012

AES bukan untuk beri keuntungan buat syarikat: Menteri

Wed, 17 Oct 2012 18:03:56 +0800
PUTRAJAYA: Pengguna jalan raya diminta supaya jangan memberi peluang kepada syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membuat untung menerusi kesalahan di jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ia hanya dapat dilakukan sekiranya semua pengguna lebuh raya mematuhi had laju yang ditetapkan di atas jalan raya dan tidak melanggar arahan lampu isyarat.
Katanya, setakat ini, 14 kamera dipasang di seluruh negara di laluan yang dikenali polis sebagai 'black spot' atau kawasan yang sering berlaku kemalangan jalan raya sehingga membawa kematian.

Beliau berkata hanya polis sahaja yang boleh mengenal pasti lokasi itu dan sistem ini sama sekali bukan ditampilkan untuk memberi keuntungan kepada syarikat konsesi AES.

"Bila kamera dipasang, kita iklankan di semua media, Bahasa Malaysia, Cina, akhbar Inggeris, Tamil, lokasi dipasang (kamera) juga diberitahu dalam iklan, kita tidak berhasrat untuk sembunyi kedudukan kamera itu," katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Kong berkata AES ditampilkan atas rasa tanggungjawab kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya, dan salah satu daripada caranya ialah menerusi usaha mengurangkan kelajuan kenderaan di kawasan tertentu dan memastikan orang ramai mematuhi lampu isyarat.

Beliau berkata penguatkuasaan AES hanya merujuk kepada kesalahan berkaitan had laju serta lampu isyarat, dan menurutnya beliau turut menerima banyak cadangan dan permohonan orang ramai bagi mencari mekanisme terbaik bagi menangani lain-lain kesalahan jalan raya seperti memotong kenderaan di garisan berkembar, memotong di sebelah kiri, meletak kenderaan dan sebagainya.
Sehubungan itu, beliau berkata pemimpin komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah ahli politik seharusnya menyokong usaha ini, dan bukannya bertindak sebaliknya, semata-mata bagi tujuan politik.

Katanya jika ada pihak yang tidak menyokong sistem AES ini, ia juga mungkin secara tidak langsung menggambarkan bahawa pihak berkenaan itu tidak prihatin dengan soal keselamatan jalan raya.

Sebagai contoh, Kong berkata beliau difahamkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili pengguna negeri menyokong pemasangan sistem itu, jadi beliau tidak faham sekiranya kerajaan negeri itu pula yang bertindak sebaliknya.

Menjawab soalan mengenai kritikan di beberapa blog berhubung lokasi kamera di jalan yang had lajunya serendah antara 30 dan 70 km sejam, Kong berkata ia bukan persoalan kerana lokasi kamera ditetapkan untuk dipasang hanya di kawasan 'black spot' yang dikenal pasti oleh polis sahaja.

Beliau berkata pemasangan kamera di tempat berkenaan masih tertakluk kepada kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, dan syarikat konsesi juga perlu mendapat kebenaran pihak tertentu seperti Jabatan Kerja Raya (jalan persekutuan), pihak berkuasa negeri (jalan negeri) dan juga syarikat pemegang konsesi lebuh raya (laluan di lebuh raya). - BERNAMA


Berita Harian



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate