Hari ini timbul isu Tarikat Ismailiyyah yang disiarkan dalam Berita Harian mukasurat 6. Saya tidak dapat membuat pengecaman siapakah tokoh tarikat tersebut kerana nama disebut ialah Mahmud Abdul Rahman. Sedangkan nama dikenali Syeikh tarikat tersebut ialah Syeikh Mahmud Al Majzub.
Untuk mendapatkan kepastian saya telah ke laman web Madrasah Nur Iman di sini ( http://www.nuruliman.com.my ) dan bertemu dengan nama sebenar beliau. Ternyata pengasas Madrasah Nur Iman ini adalah Syeikh Mahmud Abdul Rahman yang disebutkan dalam Berita Harian hari ini.
Menariknya Syeikh Mahmud Al Majzub ini pernah menyertai PAS tetapi tidak disenangi oleh ahli PAS yang lain seperti artikel ini http://www.nuruliman.com.my Sebab musabab anda kena baca sendiri di link yang telah saya carikan untuk anda di atas. Mungkin kerana beliau menekankan soal tasauf maka ia tidak disenangi oleh golongan dalam PAS yang menyukai soal kuasa/politik dari dakwah ke jalan Allah.
Jika saudara masih ingat sebelum Pak Lah memberi laluan kepada Datuk Seri Najib , kita pernah digemparkan dengan pertemuan Pak Lah dan Anwar Ibrahim di Madrasah Nuruliman ini sehingga banyak teori telah dikeluarkan. Ada orang berpandangan ia satu pertemuan yang dirancang untuk membuat Unity Government... Tetapi hakikatnya yang terjadi ialah tidak begitu. Dan anda sendiri tahu.
Usaha melaga-lagakan Pak Lah dengan Najib berdasarkan sekeping gambar di bawah telah gagal...
Dalam politik macam macam boleh terjadi dan tidak mustahil tujuan bergambar bersama Pak Lah dan Syeikh Mahmud juga satu strategi Anwar Ibrahim dan geng Pakatan Rakyat. Untuk menggambarkan Pak Lah ada hubungan rapat dengan Anwar dan boleh mencurigakan ahli-ahli Umno yang lain. Dan ternyata satu aspek yang lain ia MUNGKIN telah mempercepatkan pengunduran Pak Lah ( pada pandangan saya ) hasil penyebaran gambar tersebut.
Saya turut berkongsi pandangan tentang pertemuan tersebut di blog Kuda Kepang di sini http://kuda-kepang.blogspot.com yang ada mengulas tentang pertemua dua pihak sempena Majlis Maulidur Rasul di Madrasah Nuruliman, Hulu Langat tersebut...
Dalam berita yang disiarkan hari ini Tarikat Ismailiyyah ini didapati telah mengelirukan. Bahkan telah pun diwartakan sebagai sesat oleh Mufti Selangor sejak 1995. Seperti yang disiar di sini http://membelaislam.wordpress.com/
Warta itu berbunyi :
"Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman, didapati menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu. Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd. Rahman di mana jua berada, hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH subhanahu wata'ala".
Demikian Warta Kerajaan Negeri Selangor yang dibuat pada 25 Oktober 1995 memfatwakan ajaran tersebut.
Bahkan sudah ada 23 tarikat sesat diwartakan di Selangor. Namun setakat ini hanya Selangor sahaja yang mewartaka Tarikat Ismailiyyah itu sebagai sesat dan tidak diikuti oleh negeri-negeri yang lain.
Satu sumber yang saya perolehi memberitahu Syeikh Mahmud mempunyai 4 orang isteri di beberapa markas Nurul Iman dan mempunyai 30 orang anak.
Apa komen dan pendapat anda tentang tarikat ini ?
Bagi saya sudah sampai masanya Enakmen Tasauf dibuat di setiap negeri untuk memastikan rakyat dapat membezakan tarikat yang haq dan yang sesat. Setakat ini hanya beberapa negeri sahaja yang ada Enakmen tarikat seperti Negeri Sembilan dan Melaka. Ia penting bagi mengelakkan tohmahan kepada tarikat yang benar dan selari dengan syarak dan juga bertujuan untuk memudahkan rakyat mengetahui tarikat yang benar dan palsu.
Jika tidak maka selamanya rakyat akan dalam kekeliruan sedangkan mereka sangat dahagakan 'spritual' di zaman yang serba menghibur dan melalaikan ini. Apatah lagi di akhir zaman manusia sudah dihinggap penyakit 'cintakan dunia dan takutkan mati' termasuklah cinta kepada kuasa politik oleh golongan yang belajar dan ahli bab-bab agama....
Yang menarik dalam pembacaan saya tentang kisah Syeikh Mahmud Al Majzub ini berkenaan usahanya memohon kepada Allah agar dibukakan kepadanya jalan untuk menemui Guru Mursyid/ Rohani bagi membimbingnya. Memang setiap orang perlu memohon agar ditunjukkan kepadanya seorang Guru yang Arif Billah untuk mendidik hatinya agar menjadi Qalbun Salim.
Saya sangat bersetuju dengan tindakan tersebut kerana Allah pasti membuka jalan jika kita memohon dengan sepenuh hati untuk mendapat bimbingan Ulama yang Waris Kenabian di zaman ini..
Soalnya adakah pernah kita memohon 'orang soleh' sebagai Guru pembimbing rohani kita ? Rasanya tidak ramai kerana kita tidak 'diberitahu' untuk melakukannya.
Wali Allah masih ada di setiap masa dan zaman sehinggalah tamat riwayat dunia ini. Mana mungkin syaitan akan dibiarkan menggoda kita tanpa Allah lantik waliNYA untuk menyelamatkan kita yang sangat disayangi oleh KekasihNYA Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Yang penting Guru yang mengajar amalan menyalahi syariat bukan guru yang benar benar keilmuannya. Kerana syariat dan hakikat tidak terpisah seperti isi dan kulit atau lagu dan irama.
Mudah-mudahan kita bertemu dan bermunajat mencari siapakah yang dapat membimbing kita untuk menjadi 'Ahli-ahli' Allah atau digelar Arif Billah.
Sekian, tamat !
3 ulasan:
Sahabat bloggers,
Sekupangdua telah mengistiharkan perang ke atas blogger Parpukari di Perak. Layari blog beliau di http://sekupangduas.blogspot.com/2010/01/sekupangdua-isytihar-its-war-perangi.html
Salam,
saranan Panglima bahawa kita perlu mencari guru tasauf dan tarikat yang haq amatlah baik dan sangat dialu-alukan. Masyarakat kita dan mungkin diri kita sendiri sudah jauh dari ilmu mengenai tasauf dan sudah tidak dapat mengenal antara ulamak yang haq, tarekat yang haq dsbnya. Memang kita tidak menyalahkan musuh di dalam hal ini, kerana kita sendiri keliru di dalam berdepan dengan musuh yang ada dalam diri sendiri, kerana cintakan dunia dan takut mati, penyakit al wahan yang sangat ditakuti oleh orang-orang soleh.
benar puteri.
Nabi menyuruh kita mencari khulafa rasyidin.
yang berterusan mereka itu di kalangan hamba-hamba Allah bertukar tukar warisan.
menjadi pewaris yang waris.
Catat Ulasan