Bola Sepak Kelantan nampaknya semakin cemerlang di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar Musa. Kegilaan penyokong berbagai aliran politik menunjukkan serba sedikit perpecahan ummat akibat perbalahan sesama sendiri merebut kekuasaan berjaya diubati di bawah nama The Red Warrior ini.
Meskipun Kelantan masih lagi diperintah bukan parti BN namun kesungguhan pemimpin BN Kelantan ini menjayakan sukan paling digemari orang muda sekarang ini menunjukkan keikhlasan mereka mendekati rakyat walau masih tebal sifat kebencian yang tertanam akibat politik kebencian pihak di sebelah sana.
Harap madu tidak dibalas dengan tuba dan penulis secara peribadi yakin kegemilangan ini akan makin hebat jika kerajaan yang sama diperintah di peringkat negeri dan Pusat.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-malaysia/bonus-jika-red-warriors-mara-final-piala-malaysia-1.91188
ROSALWANI CHE SOH
3 Oktober 2012

Tan Sri Annuar Musa
KOTA BHARU- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperuntukkan insentif RM200,000 kepada pemain The Red Warriors jika berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebanyak RM75,000 sudah diagihkan kepada pemain di atas kejayaan mara ke separuh akhir setelah menyingkirkan Felda United FC semalam manakala baki RM125,000 akan diberi jika Kelantan menewaskan Selangor seterusnya mara ke perlawanan akhir.
“Bonus diberikan atas budi bicara, jadi sekiranya berjaya bukan sahaja pemain, malah pengurus pasukan, jurulatih dan mereka yang terlibat secara langsung dalam menaikkan nama pasukan Kelantan akan mendapat imbuhan ini.
"Jika mereka berjaya menyandang gelaran juara, bonus selebihnya akan dibayar pada malam, selepas tamat perlawanan ketika bertemu Selangor nanti,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Annuar berkata, bonus terbabit diberikan atas dasar ingin melihat pasukan berkenaan berdasarkan pencapaian pemain setakat ini.
"Mereka ada mempamerkan aksi cemerlang namun kadangkala ada juga tidak konsisten.Namun saya harap pemain akan kekalkan prestasi bagi mengekalkan momentum perlawanan kerana jika tidak pasukan akan tewas dengan mudah dengan pihak lawan,"katanya.
Mengulas mengenai dakwaan pencapaian pemain yang tidak konsisten disebabkan bonus tidak dibayar kepada mereka, Annuar membidas sekeras-kerasnya dan menggangap itu hanya tomahan pihak luar yang tidak senang dengan pencapaian Kelantan buat masa ini.
"Bonus bukan gaji, ia sebagai ganjaran kepada pemain bagi meraikan kejayaan mereka setelah berhempas pulas dalam permainan. Kafa ada hak untuk tentukan sama ada pemain itu perlu diberikan bonus atau sebaliknya, jadi ia tidak langsung menjadi isu tentang tahap dan kualiti seseorang pemain itu,"katanya.
Beliau berkata, berdasarkan belanjawan yang dibuat Kafa sudah membayar lebih setengah juta kepada pemain.
"Sebagai pemain yang menerima gaji belasan ribu, mereka perlu memikirkan strategi permainan dengan lebih baik.
"Kelantan hanya akan menang jika pemain meneruskan cara permainan yang cemerlang dan usaha jurulatih tidak cukup jika mereka tidak cukup yakin,"katanya.
Annuar menasihatkan supaya pemain Kelantan berusaha bersungguh-sungguh bagi menghadapi pasukan Selangor Sabtu nanti, kerana kemenangan merupakan satu kejayaan untuk pasukan dan jika permainan bagus sokongan peminat akan lebih bertambah dan ganjaran akan menanti jika menjuarai perlawanan itu.
Ayuh kita sokong The Red Warrior serta memastikan ia lebih berjaya di bawah kepimpinan baru Kerajaan Kelantan PRU akan datang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan