Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Oktober 2012

Info Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)

Berita sebelum ini

Rujukan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M)

Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.

"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.

Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.

"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.

"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.

Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.

"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.

"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.

Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.

Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.

"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya.



Info tambahan

Tarikh mula : 6 April 2012
Tarikh tamat : 6 September 2012
Kerjasama : SHEB & Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN)
Peserta : Lelaki & Perempuan (21 - 40 thn) - tertakluk kpd kelayakan


Sekretariat Hal Ehwal Bandar atau SHEB telah memperkenalkan sebuah program perintis 'BL1M' - Bantuan Lesen 1 Malaysia (bantuan utk lesen B2 tunggal) bertujuan utk meningkatkan taraf pengetahuan undang² jalan raya dan etika pemanduan bagi golongan sasaran sekaligus dapat merealisasikan hasrat kerajaan utk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Program perintis 'BL1M' telah diadakan di Pekan, Pahang dgn kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan Pahang (KAWAN) pada pertengahan tahun ini.

Golongan sasaran bagi program ini terdiri daripada mereka yang pernah dikenakan hukuman/tindakan oleh penguatkuasa trafik/Polis kepada penunggang tanpa lesen dan tidak memiliki lesen, tiada perintah mahkmah atau sedang menjalani hukuman serta individu dalam kategori kurang berkemampuan/miskin.

Program perintis pertama dilancarkan di Pekan pada bulan Mei lepas telah mendapat lebih 800 permohonan dan setelah ditapis, hanya 234 orang berjaya mendapatkan lesen kelas B2.

Menurut YM Tengku Azman, Pengerusi SHEB,  di antara objektif lain program ini adalah bagi menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang sah dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada pemanduan secara sah dan berhemah. Secara tidak langsung ia membantu agensi² kerajaan dalam meningkatkan kempen jalanraya selamat dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalanraya yang minimum.

Tambah Tengku Azman lagi, di sepanjang pelancaran program perintis tersebut, SHEB telah mendapat beberapa penemuan mengenai permasalah lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan. Menyedari tentang masalah² ini, SHEB akan meminta pandangan YAB PErdana Menteri berkenaan program ini yang bakal membantu dan menggalakkan golongan sasaran bagi mendapatkan lesen yang sah.

Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)
Pemuda UMNO Malaysia


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate