Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Oktober 2012

Mari Baca Bagaimana Jilat Dapat Jadi Ubat

Kata orang tua-tua Melayu dahulu, lahir beberapa petua tentang penggunaan air liur sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.

Petua menggunakan air liur untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya air liurnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Baca selanjutnya :



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate