Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2012

Karpal Sing Juga Layak Jadi PM - Tun Mahathir

Jawatan PM Perkara Kecil Bagi PR

Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik, semakin dekat
dengan PRU, semakin kelam kabut Pakatan Rakyat jadinya. Sebelum ini
semua pihak di dalam PR menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana
Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud
atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam. Berbagai-bagai
kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menjustifikasikan
keputusan yang diambil secara 'sepakat' ini.

Malangnya, PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang
sama. Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri,
dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana
masing-masing. Penyokong masing-masing pula berpegang kepada
keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat, yakni mendominasi
Pakatan Rakyat.

Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu
mereka berani memberi sokongan kepada DAP.

Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak
akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka
terus menyokong PAS. Lagipun, mereka gusar tidak dapat masuk syurga
jika tidak menyokong PAS.

Manakala, penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti
tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan, iaitu Anwar
Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan
harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila
beliau menjadi PM nanti.

Justeru, untuk sementara, PR berada dalam tenang dan stabil
bersandarkan senario di atas. Namun, segala-galanya kini berubah
selepas Muktamar ke-58 PAS.

Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong PAS telah
tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula
telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas. Lalu,
pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan
juga PR, mula terserlah. Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama
Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.

Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai
sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya
diambil-kira. Maka, berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua
Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM. Tidak mustahil
Mahfudz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM
berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai
siapa yang disokongnya sebagai PM.

Malah, saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga
tidak wajar diketepikan begitu saja. Karpal sudah lama berjuang dan
cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak
hudud dan Negara Islam. Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten
iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang
membela dan menjulang Anwar.

Namun, jangan lupa, jika Karpal dianggap layak, maka apa kurangnya Lim
Kit Siang? Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di negara
bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara
langsung dalam 'menangani' masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei.

Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat
serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT. Lagipun,
bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah, bak kata orang PAS?
.. err..suatu ketika dahululah..

Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar
umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Malah, Anwar sendiri
mengelak untuk memperbesarkannya. Mungkin Anwar yakin yang tidak
mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut. Mungkin juga
DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang
di belakangnya. Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa
kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU.

Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum,
maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap
sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan
kabur. Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh
dibincangkan semula selepas menang nanti.

Sedangkan, jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan
rakyat kepada PR. Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan 'rupa
paras' kabinet PR dengan lebih jelas, serta hala tuju negara di bawah
pemerintahan mereka.

Ini kerana, jika PMnya Anwar, maka Malaysia akan dibawa ke arah
liberalisme, jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah
jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam
konservatif.

Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti
komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung
perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja. Pun begitu, jawatan PM bagi BN
tetap penting, apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.

Dengan meremehkan isu jawatan PM, semakin terserlahlah sikap PR yang
melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu
perlumbaan merebut kuasa. Siapa yang paling bijak mengatur langkah,
maka dialah yang berjaya. Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah
tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka.
Kiriman email
Jawatan PM Perkara Kecil Bagi PR 
Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik, semakin dekat  dengan PRU, semakin kelam kabut Pakatan Rakyat jadinya.   Sebelum ini  semua pihak di dalam PR menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana  Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud  atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam.  Berbagai-bagai  kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menjustifikasikan  keputusan yang diambil secara 'sepakat' ini. 
 Malangnya, PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang  sama.  Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri,  dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana  masing-masing.  Penyokong masing-masing pula berpegang kepada  keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat, yakni mendominasi  Pakatan Rakyat.    Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu  mereka berani memberi sokongan kepada DAP.    Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak  akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka  terus menyokong PAS.  
Lagipun, mereka gusar tidak dapat masuk syurga  jika tidak menyokong PAS.    Manakala, penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti  tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan, iaitu Anwar  Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan  harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila  beliau menjadi PM nanti. 
Justeru, untuk sementara, PR berada dalam tenang dan stabil  bersandarkan senario di atas.  Namun, segala-galanya kini berubah  selepas Muktamar ke-58 PAS.    Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong  PAS telah  tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula  telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas. 
 Lalu,  pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan  juga PR, mula terserlah.  Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama  Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.    Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai  sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya  diambil-kira.  Maka, berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua  Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM. 
 Tidak mustahil  Mahfudz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM  berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai  siapa yang disokongnya sebagai PM. 
 Malah, saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga  tidak wajar diketepikan begitu saja.  Karpal sudah lama berjuang dan  cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak  hudud dan Negara Islam.   Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten  iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang  membela dan menjulang Anwar. 
 Namun, jangan lupa, jika Karpal dianggap layak, maka apa kurangnya Lim  Kit Siang?   Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di negara  bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara  langsung dalam 'menangani' masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei.    Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat  serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT.   Lagipun,  bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah, bak kata orang PAS?  .. err..suatu ketika dahululah.. 
 Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar  umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Malah, Anwar sendiri  mengelak untuk memperbesarkannya.  Mungkin Anwar yakin yang tidak  mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut.  Mungkin juga  DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang  di belakangnya. 
 Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa  kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU.    Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum,  maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap  sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan  kabur.    Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh  dibincangkan semula selepas menang nanti. 
 Sedangkan, jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan  rakyat kepada PR.  Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan 'rupa  paras' kabinet PR dengan lebih jelas, serta hala tuju negara di bawah  pemerintahan mereka.    Ini kerana, jika PMnya Anwar, maka Malaysia akan dibawa ke arah  liberalisme, jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah  jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam  konservatif. 
 Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti  komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung  perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja.  Pun begitu, jawatan PM bagi BN  tetap penting, apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.    Dengan meremehkan isu jawatan PM, semakin terserlahlah sikap PR yang  melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu  perlumbaan merebut kuasa.  Siapa yang paling bijak mengatur langkah,  maka dialah yang berjaya.  Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah  tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate