Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Disember 2012

BERNAMA - Pos Malaysia Laksana Waktu Operasi Baharu Mulai 1 Jan

Pos Malaysia Laksana Waktu Operasi Baharu Mulai 1 Jan

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pos Malaysia akan melaksanakan waktu operasi baharu untuk perkhidmatan mel dan kaunter mulai 1 Jan depan bagi Semenanjung Malaysia dan 1 Feb bagi Sabah dan Sarawak.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Shukrie Salleh berkata perubahan berkenaan melibatkan pertambahan waktu operasi selama 30 minit pada hari bekerja di kaunter cawangan pos seluruh negara bagi memberi lebih masa kepada pelanggan membuat transaksi serta menghantar mel dan kurier.

Pada hari Sabtu pula waktu operasi dikurangkan kepada setengah hari berbanding waktu pejabat sebelum ini dan tiada sebarang operasi mel dilakukan pada hari tersebut, katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan operasi waktu tersebut di sini pada Jumaat.

Berikutan perubahan itu, semua cawangan Pos Malaysia di Semenanjung Malaysia akan beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 1 tengah hari (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu).

Bagi Sabah dan Sarawak, cawangan pos akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pada hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=918075


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate