Kejadian yang berlaku ini tentu ada hikmahnya. Kuasa Allah akan timpakan apa dikehendakiNya kepada sesiapa sahaja yang disuka atau dibenciNya.
Mari kita lihat gambar ambil iktibar kehebatan Allah Maha Kuasa dan sentiasa mendekatiNya agar tidak lalai dalam maksiat...
DBKL: Pemaju diarah roboh banglo jejas teruk
31 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka mengeluarkan pada Jun depan peta bencana yang mengenal pasti kawasan tanah tinggi di Lembah Klang yang berisiko untuk didiami.
Menyatakan demikian, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya telah meminta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) menjalankan kajian mengenainya mulai Januari depan.
"Kita akan jalankan kajian dengan segera sebagai langkah keselamatan bagi kediaman yang sudah didiami mahupun yang bakal dibina (di kawasan tanah tinggi)," katanya kepada pemberita dekat lokasi kejadian tanah runtuh di Puncak Setiawangsa di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tinjauan ke kawasan kejadian yang berlaku pada 10 malam, Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata, peta bencana itu dapat menjadi panduan kepada pemaju perumahan dan penduduk bagi membolehkan mereka mengambil langkah keselamatan tertentu.
Ahmad Phesal menafikan dakwaan kononnya pemaju di sekitar Bukit Setiawangsa dan Puncak Setiawangsa membina kediaman tidak mengikut spesifikasi.
Beliau berkata, syarikat berkenaan telah mengikuti segala piawaian pembinaan dan keselamatan ketika membangunkan kawasan perumahan itu lebih 20 tahun lalu.
"Spesifikasi ini berubah dari semasa ke semasa dan apabila berlaku kejadian bencana alam seperti ini, kita tidak boleh menunding jari kepada satu pihak kerana insiden seperti ini tidak dapat dijangka.
"Namun Bahagian Siasatan Cerun, Jabatan Kerja Raya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca utama kejadian berdasarkan keadaan tanah dan struktur pembinaan oleh pemaju," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa pemaju diarah merobohkan segera sebuah banglo lereng bukit yang terjejas teruk dalam kejadian tanah runtuh itu. - Bernama
1 ulasan:
Kerosakan terhasil dari tangan2 manusia ... dah tahu cerun bukit, kenapa harus buat rumah lagi? Mana pegi pemantauan dari pihak berkuasa?
Catat Ulasan