Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2012

Luahan Hati : Bagaimana Memilih Pemimpin Sejati

As Salam sahabat2. I

ni adalah isi hati saya dalam perjuangan. Saya tegaskan ini bukanlah ditujukan secara peribadi dan ini adalah umum. Mohon maaf jika ada yang terguris.

Akhir tahun adalah proses pemilihan. Waima di pertubuhan, badan2 ngo, koperasi, persatuan, kelab2, komuniti2 kampung akan mengadakan pemilihan pemimpim.

Pesan saya sebagai seorang Islam:
Proses pemilihan pemimpin yang dilakukan dengan cara - cara yang kotor, niscaya akan menghasilkan pimpinan yang kotor. Pepatah mengatakan, dalam hal- hal kecil seseorang berbuat demikian dalam hal - hal besarpun dia akan melakukan tindakan yang sama.

Segala proses pencapaian, seperti proses produksi, rekayasa konstruksi, rekayasa genetik, perencanaan, pemilihan pimpinan institusi, dan lain- lainnya, jika berawal dari proses yang tidak baik akan menghasilkan produk yang cacat. Demikian halnya dengan pemilihan pimpinan negara, pimpinan lembaga/organisasi/parti, jika proses pencapaian atau pemilihan pimpinannya dilakukan dengan cara yang kotor, nescaya akan menghasilkan pemimpin- pemimpin yang kotor juga. Alam dan sistemnya telah nyata- nyata menunjukkan hal ini pada kita sedunia, sepanjang abad.




Kita mula berebut kuasa, masing-masing inginkan jawatan, pangkat, gaji yang besar sehingga kita sanggup memfitnah, mengaibkan sahabat-sahabat seperjuangan dulu yang cukup akrab hanya kerana kepentingan diri. Nampak daripada sini kita tidak ikhlas di dalam berjuang kerana kita mengharapkan ganjaran dunia dan bukan redha Allah SWT.
Memang tidak salah untuk memegang jawatan akan tetapi biarlah atas dasar iman dan taqwa kepada Allah SWT. Mengajar pangkat dan kuasa dengan cara yang kotor bukan ajaran Islam tetapi yang lebih teruk sikap demikian akan mengundang dan menyuburkan sifat kejahatan dalam diri setiap manusia walaupun dia seorang pejuang.  
    
"Wahai orang beriman, hendaklah kamu takutkan Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati  melainkan dalam keadaan Islam".[Ali-Imran:102]
Bertanding lah dengan adil dan saksama tanpa menafikan hak orang lain. Insyaallah akan aman. Menang Kalah adalah adat. Janji Allah itu pasti dan ada hikmah di sebaliknya.
Semoga dengan tulisan ini, saya sendiri dan umat Islam dapat merenung semula apakah sumbangan kita kepada Islam selama ini.Selamat berjuang di jalan Allah SWT.
RAHMAD TC PEJUANG YG SERING DI TINGGALKAN.

Panglima : politik parti politik, politik bloggers, politik pejabat swasta, politik penjawat awam, politik ahli agama dll

Moga kita jadi ahli politik yang tidak khianat sesama sendiri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate