Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Artikel ini tentunya sangat mengejutkan. Di kala kita diulik dengan nama tokoh masyhur ini di saat itu juga kita dibom dengan hujjah dan fakta di bawah yang menolak keilmuan tokoh idola pemimpin dan pejuang PAS bernama Syed Qutb ini..
Dalam hal ini Panglima sangat berterima kasih kepada ayahanda Panglima yang telah mengenalkan tokoh ini sejak dari kecil lagi. pengalaman beliau bertalaqqi dengan Ulama di Wakaf Bharu yang menuntut puluhan tahun ilmu Islam hingga ke Mekah, memungkinkan perkara ini berlaku. seperti juga tokoh wahabi yang lain seperti Mohamad Abduh, Ibnu Qayyim, Ibnu Taimiyyah dan sebagainya.
Jika anda sukar menerima fakta ini nasihat Panglima, jangan berhenti mencari dan terus mencari fakta yang lebih kuat dari fakta ini. Mungkin anda akan menjadi orang yang lebih memahami melebihi pengetahuan panglima sendiri.
Pertama sekali untuk memahami siapa sebenar Syed Qutb maka anda perlu membaca bahan ilmiah dari blog Kekanda Panglima di alam maya yang juga orang kuat Group Facebooker 1Malaysia tentang penggunaan silibus dicedok dari Syed Qutb.
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/06/pengaruh-wahhabi-dalam-pas-tulisan.html?m=1
Katanya :
Susulan pendedahan saya berkenaan pengaruh Syeikh Qubt yang radikal dalam Ikhwan Muslimin dan PAS- Keterlibatan pemimpin PAS yang menyebarkan fikrah sesat Syeikh Qubt adalah dari peringkat pemimpin seperti berikut:
1- "Fadzil Noor yang pernah mengajar kitab Arab 'Fi Dzilallil Quran' [Karya Syed Qutb] di Markas PAS Kedah,
2-Abdul Hadi mengajar buku 'Ma'allim Fit Thariq' [Karya Syed Qutb] di Terengganu
3- Nik Aziz Abdul Aziz dengan buku-buku [Fiqh Sunnah karya Syed Sabiq] di Kelantan,
4- Yusuf Rawa tidak ketinggalan menyebarkan Ajaran Quthubiyah kepada masyarakat awam di Malaysia"
-sumber Blog PAS vs PAS
Hari ini PAS semakin berkuasa di Malaysia setelah menang 22 kerusi Parlimen, membentuk Kerajaan Negeri di Kelantan dan Kedah sementara di Selangor dan Pulau Pinang PAS maseh berupaya menyebarkan dakyah Wahhabi dan Syiah kerana menjadi rakan kongsi Pakatan selepas PRU12. Di Perak pengaruh PAS dan penyebaran ajaran Wahhabi maseh banyak almaklum Perak pernah dijajah rejim Wahhabi ini selama 11 bulan selepas PRU12.
Tamat.
Kemudian baca pula entri ini :
SYED QUTHB, "JEMAAH ISLAMIYAH", DAN PAS ; PEMIKIRAN DAN IDEOLOGI PELAMPAU AGAMA
Edisi Pertama
MANHAJ PENULIS DALAM PENULISAN
Fitnah dan tohmahan adalah sesuatu yang ditegah oleh syara'. Kesedaran akan perkara penting ini wajib ada pada mana-mana individu yang bergelar "orang yang menjaga amanah ilmiyah". Oleh itu, penulis dengan sedaya-upaya berpegang teguh dengan manhaj yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis sebagai panduan dan ikutan dalam membongkar jenayah-jenayah ilmiyah yang berlaku di dunia Islam, jauh daripada fitnah-memfitnah dan mengadakan kata-kata dusta.
Allah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين
Yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu".[1]
Allah juga Berfirman :
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً
Yang bermaksud :
" Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkannya."[2]
Sabda Nabi :
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Yang bermaksud ;
"Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah."[3]
SYED QUTHB DAN KEROSAKAN DUNIA ISLAM

Tidaklah menjadi keterlaluan sekiranya penulis mengatakan bahawa Syed Quthb yang merupakan ketua kepada Hizb (parti atau kelompok) yang dinamakan "Ikhwan al-Muslimin" adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri pelampau agama yang paling jelas dan terang sekali. Dia dilahirkan pada kurun yang ke-20 H. Kematiannya meninggalkan pengikut-pengikut yang taa'sub dan fanatik sehinggakan pengaruh pemikiran-pemikirannya yang berbahaya sudah meresap di dalam pelbagai organisasi di pelusuk dunia, khususnya di Negara Arab. Buku-buku karya peninggalan Syed Quthb adalah penulisan yang sangat bahaya, beracun, boleh merosakkan minda pemuda dan pemudi pada akhir zaman ini tambahan pula mereka yang masih lagi berjinak-jinak dalam mengenali Islam.
Di antara buku-bukunya yang memuatkan pemikiran-pemikiran yang melampau ini ialah buku yang berjudul "Fi Dzilal Al-Quran". Perkara yang amat mengecewakan Ahlus Sunnah Wal Jema'ah dan penulis sendiri apa yang berlaku di dunia Islam dan Nusantara kita ini, buku " Fi Dzilal Al-Quran" telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan disebarkan di kebanyakan negara terutamanya Mesir. Pengikut Syed Quthb atau Golongan Quthubiyah ini menjadikan buku " Fi Dzilal Al-Quran" sebagai perlembagaan agama mereka dan menjadikannya sebagai "brainwash' terhadap pengikut-pengikut baru supaya memberi sokongan kepada mereka dalam melakukan pemberontakan kepada mana-mana kerajaan yang tidak menyerahkan tampuk pemerintahan kepada mereka.
Perkara yang amat perlu diberi peringatan di sini dan wajib dititik-beratkan malah tidak boleh sekali-kali mengabaikannya oleh mana-mana individu Muslim yang menyayangi agamanya adalah nama kepada gerakan Golongan Quthubiyah [pengikut Syed Quthb] ini boleh bertukar-tukar mengikut tujuan dan kepentingan, nama kumpulan ini dibentuk dengan pelbagai jenama dan label bersesuaian dengan keadaan setempat, bahasa dan tabiat penduduk.
Kalau diperhatikan konsep wala' yang pernah dilaungkan-laungkan selama ini oleh golongan ini sebenarnya bukanlah sebagaimana konsep wala' yang kita fahami sebelum ini tetapi ia sebenarnya merupakan suatu usaha menanam ta'asub yang membabi buta ke dalam jiwa-jiwa pengikutnya dengan menyerahkan segala harta dan nyawa semata-mata demi memartabatkan pemikiran-pemikiran dan akidah-akidah sesat Syed Quthb. Dewasa ini, bukanlah menjadi suatu perkara yang aneh lagi apabila tersebarnya pemikiran pelampau agama ini yang bertitik-tolak daripada tersebarnya risalah-risalah, buku-buku, vcd di negara-negara seperti Mesir, Jaza-ir, Tunisia, sehingga tersebar di negara lain seperti lubnan, dan juga tanahair kita yang tercinta. Percetusan dan kacau bilau yang kian hari berlaku yang mana selain melibatkan pemikiran Wahhabiyah ianya juga adalah kesan daripada bukti dan hakikat sebenar ideologi Syed Quthb. Walaupun terdapat usaha-usaha licik sesetengah pihak yang ingin menutup hakikat sebenar gerakan ini tetapi apa yang berlaku dan menjadi realiti adalah angkara dari sikap ekstrem golongan Quthbiyah ini.
Perbincangan mengenai Syed Quthb yang merangkumi aqidahnya, pemikiran sesatnya, pendapat-pendapatnya yang pelik-pelik merupakan perbahasan yang panjang dan memerlukan kepada penyelesaian yang mendalam dan terperinci. Perbincangan ini juga akan membawa kita kepada perbahasan bagaimana kefasadan yang telah dilakukan oleh kuncu-kuncunya (pengikut-pengikutnya) ini dan bagaimana mereka mendokong segala pemikiran Syed Quthb yang kemudiannya membawa kepada pertumpahan darah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sehingga hari ini. Golongan Quthubiyah turun dalam masyarakat dengan membawa slogan "Perjuangan Islam", "Khilafah Islamiyah", "Negara Islam". Dari sini mereka menggambarkan Syed Quthb sebagai hero atau perwira di dalam misi-misi setiap gerakan dalam perjuangan. Mereka menjadikan Syed Quthb sebagai contoh ikutan dalam jihad dan perjuangan mereka dalam menentang mana-mana Kerajaan Islam, manakala sirahnya pula dijadikan pedoman dan sukatan sillibus usrah bagi kader-kader baru yang menceburi kumpulan mereka.
Walaubagaimanapun, melalui penulisan kali ini penulis ingin membawa anda kepada suatu pembongkaran dan pendedahan sebenar golongan ini secara eksklusif semata-mata bertujuan baik mencari keredhaan Allah dan rasul-Nya. Penulis bukanlah antara yang orang yang terbaik untuk mendedahkan kesesatan golongan Quthubiyah ini, dan tidak pula boleh berdiam diri membiarkan sahaja kefasadan dan kemungkaran terus bermaharajalela di sana sini tanpa melakukan Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. Oleh kerana tiada penulisan yang banyak dalam mendedahkan golongan ini khususnya penulisan berbahasa Malaysia, penulis mengambil peluang ini sebagai jihad di dalam Islam dan juga sebagai menyahut perintah Allah Ta'ala supaya dengan ini dapat membasmi pemikiran-pemikiran berbahaya yang menjadi kanser di dalam masyarakat Islam dewasa ini.
Mudahanah atau mendiamkan diri daripada menjelaskan kebenaran adalah suatu perkara yang amat keji dalam syara'.[4] Oleh itu, penulis menyeru kepada masyarakat Islam yang merasakan dirinya bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam ini supaya bersusaha keras menyampaikan mesej ini kepada keluarga sendiri, sahabat handai, jiran tetangga, orang kampung, masyarakat setempat di desa mahupun di kota dan seterusnya kepada pihak berkuasa. Ini adalah kerana diam daripada Al-AMR BIL MAARUF wa AN-NAHYU 'ANIL MUNGKAR adalah mainan dan bisikan Iblis di samping ianya menunjukkan kecintaan dan pergantungan kepada dunia lebih daripada Agamanya sendiri.
Baca seterusnya di
http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html?m=1
Sent from my iPad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan