Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Jun 2013

PM @NajibRazak Bakal Hadir Forum Perdana Ehwal Islam Diraja Bersama @Ustazdondaniyal @UstazKazim Di Istana Negara Esok

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Orang ramai dijemput mengikuti kupasan Forum Perdana Ehwal Islam Diraja bertajuk 'Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong: Mendaulatkan Institusi Diraja' yang akan disiarkan secara langsung melalui TV1 pada pukul 9 malam Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata forum anjuran bersama Istana Negara, Jakim dan RTM itu akan menyentuh kedaulatan institusi diraja yang mesti dilihat relevan dalam mempertahankan kedaulatan Islam dan perlu dipertahankan oleh semua pihak di negara ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan mencemar duli menghadiri forum berkenaan yang julung kali diadakan bersama Seri Paduka di Istana Negara, Jalan Duta, di sini, katanya menerusi satu kenyataan Rabu.

Othman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan akan turut menghadiri forum perdana itu.

Tiga anggota panel dijemput bagi mengupas tajuk itu terdiri daripada Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Moderator forum ialah Ustaz Badlishah Alauddin.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=954245&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate