Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Jun 2013

PM @NajibRazak Tidak Mahu Ada Lagi 'Anonymous' Blogger Alam Maya

Panglima : dalam hal ini kita menyokong cadangan YAB Perdana Menteri kerana sudah banyak kali berita tidak bertanggungjawab telah disebarkan.

Untuk mengatasi masalah ini maka perlu blogger atau portal mendaftar dengan Kementerian Komunikasi agar mereka dikenali dan bertanggungjawab atas sebarang hasil tulisan yang disebarkan.Bukan sahaja blog dan portal bahkan twitter dan instagram juga wajib dikenakan syarat yang sama. 

Jika tidak sudah tentu semakin lama semakin hancur perpaduan yang kita bina selama ini dan tidak mustahil ia juga akan meranapkan ekonomi dan menjadikan masa depan negara kelam di saat hampir mencapai Wawasan 2020 yang digagaskan Tun Mahathir sebelum ini.

Satu kad perakuan juga boleh dikeluarkan oleh pihak Kementerian sebagai tanda pengenalan diri untuk memudahkan sebarang acara yang disertai dapat digunakan sebagai bukti pemilik sebenar akaun alam maya yang digunakan.

Berikut berita kenyataan Perdana Menteri tentang penguatkuasaan peraturan pemilik blog dan portal. Dalam hal ini blog kerajaan tidak ada masalah kerana mereka tidak menggunakan modal fitnah di dalam tulisan.

Dengan nama dan identiti sebenar sudah tentu blog ini juga akan ditutup kerana tidak menggunakan nama sebenar. Namun harap sedikit kelonggaran di mana jika ada blog yang tidak menggunakan nama sebenar namun berdaftar nama sebenar kepada Kementerian Komunikasi harapan kita ia juga akan dibenarkan dengan ada pemantauan yang menyeluruh oleh pihak bertanggungjawab terhadap isu dan artikel yang disebarkan.

Bukan semua yang menggunakan anonymous mahu buat jahat kerana mereka ini kadangkala tidak mahu identiti sebenar dikenali walau mempunyai kualiti penulisan yang tinggi.



Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling
Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/13
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadalagipenulis__8216_anonymous__8217_/Article/index_html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate