Pengikut Blog Panglima

29 Jun 2013

Subhanallah! Tasik Paling Jernih Di Dunia (5 Foto) | Informasi Melayu Kini

Subhanallah! Tasik Paling Jernih Di Dunia (5 Foto) | Menyentuh tentang air tasik yang jernih, Melayukini.net juga pernah berkongsi gambar dengan anda tentang air sungai yang terjernih di dunia (LINK). Kali ini, kita akan melihat tasik pula yang diikiraf paling jernih di dunia. Keindahan tasik ini memang tidak boleh disangkal lagi apabila kejernihannya mampu dilihat sejauh jarak jampir 80 meter. Subhanallah! Anda boleh lihat gambar di bawah ini.

tasik1

Blue Lake atau Tasik Biru hanyalah sebuah tasik kecil di Taman Negara Nelson Lakes, berhampiran dengan Alps di selatan New Zealand. Namun menurut kajian yang dilakukan oleh National Institute of Water and Atmospheric Research (NIWA), kejernihan tasik ini boleh dilihat dari jarak pandang sehingga 80 meter.

Kejernihan ini mengalahkan Te Waikoropupu Springs di Golden Bay, New Zealand yang hanya boleh dilihat dengan jarak 63 meter.Warna airnya tidak biru toska, tapi biru keungungan.

tasik2

Warna biru keunguan ini merupakan warna yang hanya boleh dilihat di perairan yang benar-benar jernih. Sebenarnya, Blue Lake merupakan daerah pertemuan dua tasik gleyser. Kemungkinan inilah yang membuat tasik ini mempunyai air paling jernih.


Kredit:

http://melayukini.net/2013/06/subhanallah-tasik-paling-jernih-di-dunia-5-foto/


Sent from my iPad
Catat Ulasan