Pengikut Blog Panglima

27 September 2014

Pembelaan terhadap kitab Ihya' Ulumiddin Imam Ghazali siri 2 cc @Mynewshub @NajibRazak @Ustazfathulbari


Sila baca Pembelaan terhadap kitab Ihya' Ulumiddin siri 1 dahulu. Scroll ke bawah. Atau tekan sini.

Topik berundur ke belakang kembali. Isu akidah saya tak mahu panjangkan. Jika neraca mereka untuk mengukur kebenaran akidah seseorang masih dengan pegangan yg lama, iaitu menganggap mazhab Asyairah sebagai bukan Ahlus Sunnah, maka bukan Imam Ghazali sahaja yg terkena bahkan jumhur ummah. Jadi mudah sahaja untuk mengenali individu-individu yg ditolak mereka. Kiaskan sahaja kaedah ini kepada mana-mana individu.

Rasa sayang pula jika tidak menulis yg ini. Haji Khalifah [1] menyebut, ketika kitab Ihya' memasuki Maghribi, terdapat sebahagian ulama Maghribi yg mengingkarinya, lalu mengarang kitab mengkritiknya iaitu, Al-Imla' fi Ar-Roddi 'alal Ihya'. Sehinggalah pengarang tersebut melihat kehebatan Imam Ghazali dan ketulusan niatnya. Maka pengarang itu bertaubat dan menarik semula penulisannya terhadap kitab Ihya'.

:: Takhrij hadith oleh Al-'Iraqi
Haji Khalifah juga menyebut bahawa Al-Hafiz Al-'Iraqi sebenarnya menulis dua buah kitab untuk takhrih hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Yang pertama, kitab yg besar yg beliau karang pada 751 H. Tapi beliau tidak menyiapkannya. Pada tahun 760H, beliau karang kitab kedua yg lebih kecil iaitu Al-Mughni 'an Hamlil Asfar yg akhirnya tersebar ke serata dunia bersama-sama kitab Ihya'. Apa yg mendorong Al-'Iraqi bersungguh berkhidmat kepada kitab Ihya'? Saya fikir, ini kerana beliau melihat kehebatan kitab Ihya' yg akan melata ke seluruh dunia satu ketika nanti. Maka, beliau akan berbangga di hadapan Allah kerana membersihkan kitab Ihya' yg yg menjadi pedoman ulama zaman berzaman.

Lalu murid beliau, Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani (wafat 852H) yg telah bertalaqqqi dengannya selama 10 tahun telah menyempurnakan apa yg terluput daripada karangan gurunya dalam satu jilid kitab. Imam Zainuddin Al-Qosim bin Qutlubugho Al-Hanafi (wafat 879H) pula telah mengarang kitab Tuhfatul Ahya' fi ma Fata min Takhariji Ahadith Al-Ihya' bagi menyempurnakan lagi takhrij terhadap hadith-hadith di dalam kitab Ihya'. Para ulama seolah-olah ghairah untuk melibatkan diri mereka dalam 'pembikinan' kitab Ihya' yg berharga ini.
Salinan kitab Ihya' Ulumiddin yg terdapat di Darul Kutub Al-Wataniyah, Tunisia.

:: Pujian para ulama terhadap kitab Ihya'
Imam Nawawi berkata, "Jika kitab-kitab Islam hilang (nauzubillah) dan yg kekal hanya Ihya', sesungguhnya ia akan menampung apa yg hilang."

Imam Abdullah Al-'Idrus berkata, "Aku duduk bertahun-tahun menelaah kitab Ihya' , setiap fasal dan huruf daripadanya. Dan aku ulanginya dan menghayatinya. Maka zahir kepadaku daripada perbuatan itu akan ilmu-ilmu, rahsia-rahsia dan kefahaman-kefahaman yg melimpah pada setiap hari berbeza dengan apa yg aku dapat pada hari sebelumnya."
Beliau juga mengatakan Imam Ghazali telah mensyarahkan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah dalam kitabnya yg hebat yg digelar, أعجوبة الزمان (Keajaiban Zaman) Ihya'Ulumiddin.

Anak beliau pula, Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus, pengarang kitab Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' memuji Imam Ghazali dan karyanya Ihya' dengan pujian yg amat baik.

Imam Muhammad bin Yahya berkata, "Al-Ghazali ialah Syafie yg kedua."


:: Penyalinan, Syarah dan Talkhis kepada kitab Ihya'
Penyalinan, Syarah dan talkhis para ulama terhadap kitab Ihya' juga dianggap satu pembelaan secara tidak langsung kepada kitab Ihya'. Juga dianggap satu pujian yg lebih bermakna berbanding pujian biasa. Ini jelas menunjukkan kehebatan kitab Ihya'. Orang yg mengkritiknya setelah proses-proses saringan yg dialaminya merupakan orang yg tidak tahu menilai.

:: Penyalinan kitab Ihya'
Kitab Ihya' dianggap kitab yg paling hebat yg merangkumkan pelbagai jenis ilmu. Penyalinan kitab Ihya' secara tulisan tangan sebagaimana yg disebut oleh Doktor Badawi, pengarang kitab Muallafat Al-Ghazali(Karya-karya Al-Ghazali) ialah hampir 120 salinan (makhtutot) yg terdapat di perpustakaan-perpustakaan dunia seperti di Darul Kutub Al-Misriyyah, Al-Azhar, Paris, Istanbul, Algeria, Tehran dan banyak lagi. Dan telah dicetak dengan banyaknya di Kaherah, Tehran dan Istanbul.

:: Kitab yg mensyarah kitab Ihya'
  • Ithaf Sadat Al-Muttaqin bi Syarhi Asrar Ihya' Ulumiddinkarangan Imam As-Sayyid Al-Murtadha Az-Zabidi. Kitab yg amat besar.
  • Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' karangan Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus. Biasanya dicetak bersama kitab Ihya'.
  • Tashyid Al-Arkan fi Laisa fil Imkan Abda' mimma Kankarangan Imam Jalaluddin As-Suyuti. Kitab ini masih belum dicetak dan masih kekal sebagai makhtutoh(tulisan tangan)
:: Talkhis (Ringkasan) kitab Ihya'
Terdapat 26 buah kitab Talkhis terhadap Ihya' dalam bahasa Arab sehingga tahun 1988. Sehingga sekarang saya tak tahu jika ada usaha yg dilakukan untuk mentalkhiskan kitab Ihya'. Tapi kawan saya menyebut ada sebuah kitab di Maktabah Darus Salam yg berjudul lebih kurang bunyinya Ihya' Ulumiddin Kurun ke-21. Saya akan memastikannya semula dan meletakkan maklumat mengenainya di nota kaki.

Sebahagian Talkhis ini masih kekal sebagai makhtutot di perpustakaan-perpustakaan dunia seperti di Kaherah, Berlin, Peshawar, Tunisia, Tehran, Istanbul, Az-Zahiriah di Damsyik, Paris, Iraq dan lain-lain.

Antara Talkhis-talkhis kitab Ihya':
  • Lubab Ihya' Ulumiddin. Talkhis paling awal yg dilakukan sendiri oleh saudara Imam Ghazali, Imam Ahmad bin Muhammad Al-Ghazali. (wafat 521H)
  • Minhajul Qosidin karangan Imam Ibnul Jauzi. Ditulis pada akhir kurun ke-6 Hijrah. Ini jelas menunjukkan kritikan Ibnul Jauzi terhadap Ihya' dalam kitab-kitab beliau semata untuk memberikan mutu yg sebenar kepada Ihya'.
  • Mukhtasar Ulumiddin.Karangan Abu Abdillah Syamsuddin Muhammad bin Jaafar yg dikenali dengan Al-Bilali. Beliau juga ada mengarang kitab lain iaitu, Mukhtasar Al-Ihya'.
:: Penterjemahan kitab Ihya' ke dalam bahasa lain
Kehebatan dan kepentingan kitab ini telah memaksa berlakunya usaha penterjemahannya ke dalam bahasa lain. Ihya' telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman, Bahasa Parsi, Bahasa Sepanyol, Bahasa Urdu dan Bahasa Turki. Menurut kawan saya, Ihya' juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Indonesia.

Yang menariknya, kitab Ihya' tidak pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Hebrew (Bahasa Yahudi) sedangkan kitab-kitab Imam Ghazali yg lain ada diterjemahkan ke dalam Bahasa Hebrew.

Sehingga sekarang, Masjid Al-Azhar menghidangkan pengajian kitab Ihya' Ulumiddin pada setiap hari Ahad, selepas solat asar. Tenaga pengajar ialah guru yg kukasihi, Al-Allamah As-Syeikh Ahmad Al-Hajin, salah seorang murid kepada Mufti Negara Mesir sekarang, Al-Allamah As-Syeikh Ali Jum'ah.

Alhamdulillah, selesai juga. Semoga tulisan ini diterima oleh Allah sebagaimana amal ibadat. Aminnn.

جعله الله خالصا لوجهه الكريم ووسيلة إلى النعيم المقيم

Rujukan:
Ihya' Ulumiddin
Taqrib At-Turath: Ihya' Ulumiddin karangan Dr. Islah Abd Salam Ar-Rifaie
Tulisan Haji Khalifah di ghazali.org
al-Ghazali website
Maqolat Al-Kauthari karangan Imam Al-Kauthari

Untuk mendapatkan kitab Ihya' versi digital sila ke sini.

Nota kaki:
[1] Nama sebenar beliau ialah Al-Allamah Mustafa bin Abdillah Al-Istanbuli. Dikenali di kalangan ulama dengan gelaran Katib Jalabi. Di kalangan rakan-rakan penulis kitab, dikenali dengan nama Haji Khalifah. Digelar begitu setelah beliau menunaikan haji dan naik pangkat yg lebih tinggi dalam jawatan berkaitan penulisan kitab iaitu Khalifahmengikut istilah masyarakat Uthmani. Dikenali dengan nama Haji Qolifah di kalangan orientalis. Ulama Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada kurun ke-11 Hijrah.

Pengarang kitab ulung, Kashfu Az-Zunun 'ala Asamil Kutub wal Funun. Kitab yg menghimpun maklumat tentang kitab-kitab Ilmu Islam. Dua jilid besar kitab ini membicarakan tentang lebih kurang 300 jenis ilmu dan seni. Mengandungi maklumat tentang 14501 nama kitab dan risalah, 9512 nama pengarang.


http://al-aman.blogspot.com/2008/12/pembelaan-terhadap-kitab-ihya-ulumiddin_22.html?m=1


Sent from my iPhone
Catat Ulasan