Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Jun 2013

Sultan Kelantan rasmi tilawah al-Quran Antarabangsa 1434 Hijrah

Sultan Kelantan rasmi tilawah al-Quran antarabangsa

KUALA LUMPUR 29 Jun - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebanyak 72 peserta mewakili 42 negara menyertai majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga 6 Julai ini.

Malaysia diwakili qari, Anuar Hasin dan qariah, Hanimzah Jalaluddin. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate