Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

Sultan Selangor Titah Semua Perlu Hormati Perlembagaan Persekutuan dan Negeri



SHAH ALAM 28 Jun - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak khususnya rakyat di negeri ini menghormati sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara serta akur dengan setiap peruntukan yang termaktub dalam undang-undang berkenaan.

Baginda melahirkan keyakinan bahawa seluruh rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati antara kaum dan mematuhi undang-undang dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

"Janganlah hendaknya ada pihak yang menyalah tafsir peruntukan undang-undang tersebut ke arah kepentingan dan manfaat sesuatu golongan tertentu sahaja.



"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap lebih tinggi mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing,'' titah baginda merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-13 di sini hari ini.

Sultan Selangor bertitah, wakil-wakil rakyat perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Tetap semasa bersidang supaya perjalanan sidang DUN berjalan teratur dan sempurna serta saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

" Ini kerana, matlamat setiap Ahli Dewan Undangan Negeri adalah sama iaitu untuk memberi perkhidmatan terbaik demi kebajikan rakyat dan negeri,'' titah baginda. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130628/dn_23/Hormati-perlembangaan-undang-undang---Sultan-Selangor#ixzz2XV5wzpHe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate