Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Jun 2013

Anuar vs @Anwaribrahim @ Dewan Rakyat



Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menempelak ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berpada-pada ketika menyerang kerajaan dan tidak bersifat talam dua muka hanya kerana berada di pihak dan situasi berbeza.

Annuar menganggap ada tindakan Penasihat PKR itu menggambarkan masih tidak dapat menerima kenyataan kemenangan PRU-13 berpihak kepada BN.

Beliau berkata, perubahan ketua pembangkang begitu ketara sejak berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat, seolah-olah menjadi orang lain walaupun sebenarnya rakyat boleh menilai setiap tindakan, sama ada konsisten atau sebaliknya.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata ketua pembangkang bersikap memilih dalam menjunjung undang-undang negara apabila beliau berterusan mendorong anak muda mengingkari peraturan dan berdemonstrasi di jalanan.

Saya bimbang jika bersikap begini, negara akhirnya akan dipimpin orang bersifat talam dua muka dan hidup dua alam, siang lain malam lain, siang malaikat, malam jadi iblis dan akhirnya keseluruhan nasib negara diperjudikan dengan kata lunak manis tapi pada amalan tak begitu, katanya membahas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam.

Lebih faham pengurusan

Annuar yang menggambarkan ketua pembangkang seorang berpandangan hebat, sepatutnya lebih memahami aspek pengurusan kerajaan tidak semudah seperti digambarkan pembangkang.
Walaupun kita perlukan suara pembangkang untuk melengkapkan perjalanan pengurusan kerajaan dalam konteks demokrasi berperlembagaan, janganlah keterlaluan hingga hina orang lain, katanya.

Mengenai bantuan kepada Kelantan, Annuar berkata, peruntukan RM10.3 bilion yang disalurkan membuktikan dasar kerajaan BN tidak pernah menzalimi rakyat dan negeri yang ditadbir pembangkang sejak 23 tahun itu.

Katanya, jumlah terkumpul membabitkan 3,365 projek sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelapan hingga 10.

Kelantan bernasib baik

Kelantan bernasib baik kerana selama 23 tahun diperintah pembangkang yang tidak ada keupayaan yang mereka akui, tetapi syukur kerana rakyatnya menikmati hidup dan mendapat kemudahan daripada kerajaan BN. Soal Kelantan dizalimi itu adalah satu pendekatan politik hanya untuk Kelantan mendapat simpati rakyat, katanya.

Annuar berkata, dakwaan pembangkang mengenai rakyat dan negeri Kelantan dizalimi juga meleset apabila peruntukan yang diagihkan kepada negeri itu lebih tinggi berbanding jumlah kepada negeri diperintah BN iaitu RM381 juta tahun lalu.

Negeri lain seperti Pahang memperoleh RM359 juta, Kedah (RM333 juta), Melaka (RM294 juta), Negeri Sembilan (RM240 juta), Terengganu (RM227 juta) dan Perlis mendapat RM133 juta pada 2012.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate