Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Julai 2013

Bekas ahli perniagaan gugur saman terhadap @Zahid_Hamidi - @Malaysiakini

  • Panglima bersyukur kerana kes ini telah diselesaikan luar mahkamah. Selepas ia disentuh oleh banyak Blogger dan cybertrooper mempertahankan DS Ahmad Zahid Hamidi dari tindakan tersebut.

Termasuk Panglima di sini yang mendapat lebih lima ribu hits yang jarang diperolehi sebegini.







Antara lain Panglima kait kes Anwar Ibrahim melarikan Wan Azizah.

Sudah tentu keduanya mempunyai persamaan. Iaitu seorang lelaki melarikan wanita dari bapanya. 

Sepatutnya lelaki tersebut patut didakwa atas tuduhan melarikan anak perempuan Zahid Hamidi bukan sebaliknya.

Baca artikel tersebut jika mahu mengetahui lebih lanjut.

Berikut berita pengguguran kes oleh ahli perniagaan hari ini seperti laporan Malaysiakini.

  • Bekas ahli perniagaan gugur saman terhadap Zahid
  • Hafiz Yatim | 4:33PM Jul 18 2013
  • Bekas ahli perniagaan, Ahmad Bazli Abdullah telah bersetuju untuk menarik balik tuntutan gantirugi terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


    Dalam saman yang difailkannya pada 4 Julai 2007 untuk menuntut gantirugi itu, Amir Bazli, 42, mendakwa pada 16 Januari 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.


    Ahmad Zahid juga bersetuju untuk menarik balik tuntutan balas ke atas Ahmad Bazli.

    Persetujuan berhubung perkara itu dicapai selepas kedua-dua pihak bertemu dalam proses pengantaraan yang berlangsung selama lebih satu jam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Ahmad Zahid diwakili peguam Shamsul Bahrain manakala Karpal Singh mewakili Ahmad Bazli.

    Ahmad Bazli memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid pada tahun 2007.

    Bulan lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes itu dibicarakan selepas ia enggan memberikan kebenaran untuk mendengar rayuan Ahmad Zahid untuk membatalkan saman itu.

http://m.malaysiakini.com/news/236067


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate