Semalam Panglima sempat mendengar penerangan tentang isu-isu semasa termasuk isu Perbadanan Fidlot Nasional atau disebut NFC. Semalam Panglima telah diberikan satu persepsi baru yang begitu jelas tentang isu NFC yang cuba dikaitkan dengan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Sesiapa yang terkena fitnah tentu akan marah dan jelas kemarahan tersebut kerana perkara yang difitnah tidak dilakukan oleh orang yang difitnah. Berbeza dengan yang jelas terkantoi dengan video tentu tidak akan menjawab dengan penuh emosi kerana dia sedar bahawa sesuatu telah berlaku dan ia telah tersebar kerana yang Maha Kuasa mengkehendaki ia berlaku. Seperti juga isu fitnah turut berlaku untuk menguji keimanan Ketua Wanita UMNO dan kesabaran beliau.
Fitnah yang dilontar oleh Pakatan sebenarnya tidak betul dan Panglima semalam telah diberikan input yang mantap di dalam menentang pembohongan NFC Pakatan yang hanya tahu memutar belit fakta untuk keuntungan pilihanraya. Tanpa mengambil kira perasaan orang yang difitnah.
Penerangan ini bukan dibayar tetapi demi memberi keadilan kepada pihak difitnah agar tidak teraniya dalam hal ini. Jika menulis kerana dibayar tidak ubah merendahkan diri sama dengan haiwan yang hanya bekerja jika diberi makan !
Hingga kini sebenarnya tiada bukti yang kukuh kecuali persepsi yang cuba dibina dan dengan butiran hujjah yang dibentangkan di bawah, rakyat tentu akan mula sedar perkara sebenar yang berlaku samada Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat bersalah atau tidak di dalam hal ini.
Fakta 1 : Di dalam laporan Audit 2010 pihak audit yang datang setahun sekali telah datang ke tempat projek NFC dan kebetulan ketika itu NFC baru dilanda banjir. Kerana itu laporan ditulis 'kelam-kabut' dan bukan bermakna ia gagal.
Fakta 2 : Tender yang dibuat bukan syarikat suami Datuk Seri Shahrizat semata-mata tetapi melibatkan 6 syarikat yang turut mengemukakan proposal bukan runding terus seperti yang ditohmah oleh pembangkang. Fakta ini ada di bawah :
Fakta 3 : Tender juga diputuskan semasa pemerintahan Pak Lah dan oleh Jawatankuasa lain bukan keputusan Kabinet.
Fakta 4 : Jumlah RM250 juta yang diberi bukan dalam bentuk geran tetapi pinjaman yang perlu dibayar balik setiap sen yang diperolehi dalam jangka masa 30 tahun.
Fakta 5 : Tuduhan 'salah guna kuasa' beli 2 kondominium mewah bernilai RM9.8 juta di Bangsar adalah tidak tepat kerana ketika itu tawaran harga yang ditawarkan adalah serendah 20% dari harga pasaran. Selain ia juga mampu melindung nilai wang yang ada untuk keuntungan syarikat. Kerana aset berbentuk rumah/kondominium sentiasa mencatat kenaikan harga dan nilai berbanding aset lain. Terbukti NFC mendapat RM3.12 juta setahun dari pembelian tersebut.
Fakta 6 : Pembelian Kondo One Menerung dua unit di atas juga bukan dibuat atas nama peribadi tetapi nama syarikat yang kemudiannya telah mendapat keuntungan sewaan. Penjelasan ini telah disebarluaskan dalam media massa kecuali di Harakah dan Suara Keadilan...
SPRM juga telah mengulas isu ini di sini dan menyerahkan kepada polis pada 16 hb November 2011 untuk siasatan lanjut. Polis juga mengesahkan perkara tersebut tidak wujud sebarang salah laku seperti link di The Malaysian Insider di sini http://www.themalaysianinsider.com/
Untuk makluman Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Ab Razak juga telah menjelaskan di Parlimen selain Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tentang isu ini yang anda boleh baca di bawah. Penjelasan yang dibuat di Parlimen membuktikan ketelusan Kerajaan untuk memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah bawaan pembangkang. Sekali lagi perlu diingatkan kepada anda semua bahawa setiap sen yang diberi kepada NFC perlu dibayar balik kepada Kerajaan dalam tempoh 30 tahun, bukan secara percuma.
Kenyataan pertama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.
Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.
Perkara tersirat di sebalik projek NFC yang tidak digembar-gemburkan ialah manfaatnya kepada 1.6 bilion umat Islam seluruh dunia di mana Pusat Fidlot Nasional akan menghasilkan gelatin halal berasaskan lembu dan 1.6 bilion pengguna muslim seluruh dunia boleh mendapatkan produk halal dan gelatin halal.
Berita ini ditulis pada 24 Mac 2010 di sini http://www.utusan.com.my/
Penjelasan panjang lebar isu ini oleh pihak NFC disiar Berita Harian, anda boleh baca di bawah ini :
Pembelian kondominium One Menerung bawa keuntungan RM3.12 juta setahun
GEMAS: Semua sembilan tuduhan berkaitan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) yang dilemparkan pelbagai pihak termasuk pembangkang dijawab Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, semalam.
Dalam taklimat diikuti sidang akhbar hampir dua jam di Ladang NFC di sini, Dr Mohamad Salleh, menjawab satu demi satu tuduhan itu terutama yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
Semua tuduhan termasuk mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dibacakan peguam NFC, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan dijawab Mohamad Salleh.
Tuduhan pertama - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa tidak bercakap benar apabila menyatakan NFC hanya memperoleh dana RM181 juta.
Mengulas perkara ini, Mohamad Salleh berkata, pengeluaran dana itu mempunyai dua tahap dan kedua-dua pemimpin itu berkata benar bahawa NFC hanya mendapat RM181 juta pada 2009.
Katanya, jumlah RM250 juta dimasukkan dalam Akaun Pinjaman Khas (SLA), tetapi proses pengeluaran baki dana memerlukan pengesahan dan perakuan daripada beberapa pihak sebelum NFC memperoleh keseluruhan pinjaman.
Tuduhan kedua – harga seekor lembu NFC RM4,481, berbanding lembu yang dijual di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,700.
Katanya, tuduhan itu berikutan kegagalan memahami prinsip pengurusan akaun yang menggabungkan modal dan kos operasi (OPEX) dalam harga seekor lembu. Ini menyebabkan perbelanjaan perjalanan dan utiliti juga dimasukkan dalam harga ternakan.
“Berikutan pengurusan akaun, lebih banyak lembu dijual, harga semakin rendah. Ini menyebabkan pada peringkat awal harga seekor lembu NFC adalah mahal,” katanya.
Bagaimanapun, perbandingan tidak boleh dibuat dengan lembu tempatan kerana ternakan NFC adalah antara 70 hingga 100 peratus lebih berat berbanding lembu tempatan.
Tuduhan ketiga – rangkaian Restoran Meatworks menerima diskaun RM2.9 juta daripada RFC (Realfood Company Sdn Bhd) iaitu syarikat pemasaran NFC.
Katanya, diskaun tiada kaitan sepenuhnya kerana Meatworks bersama 70 pembeli lain juga menerima diskaun sama daripada RFC dan jumlah RM2.9 juta itu sebenarnya diskaun dan promosi RFC kepada semua pembeli berdaftar.
Tuduhan keempat – NFC mencatat kerugian antara RM7 juta hingga RM11 juta pada 2009 dan akan menghadapi masalah menyebabkan kerajaan melupuskan pinjaman itu.
Menjawab tuduhan itu, Mohamad Salleh berkata, pandangan itu adalah rumusan tidak matang kerana perjanjian pinjaman tidak menyatakan jadual pembayaran balik dan syarikat masih dalam tempoh yang membenarkan bayaran balik dalam tempoh tertentu menyebabkan NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman.
“Perniagaan NFC sedang berkembang dan ini membolehkan harga seekor lembu diturunkan dan keuntungan meningkat. Dijangka syarikat akan mencatat keuntungan pada 2015 atau 2016. Oleh itu, menuduh NFC gagal adalah tidak adil pada peringkat ini,” katanya.
Tuduhan kelima – dakwaan Rafizi dana disalurkan dari NFC kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) dan RFC.
Beliau berkata, NMLC diwujudkan bagi membolehkan pengimportan lembu, penyembelihan dan pemprosesan diasingkan dari fungsi pengedaran dan peruncitan yang diuruskan RFC.
“Tiada dana yang masuk dalam poket individu, terutama secara langsung dikaitkan dengan Shahrizat. Tuduhan berlaku penyelewengan dan ketirisan dana adalah fitnah kerana semua pelaburan dibuat atas nama NFC dan NMLC,” katanya.
Tuduhan keenam – pembelian dua unit kondominium One Menerung di Bangsar berharga RM13.8 juta, bagaimanapun dakwaan mengatakan RM9.8 juta diseleweng untuk tujuan itu yang tiada kena mengena dengan industri ternakan lembu.
Katanya, pembelian kondominium itu dibuat Lembaga Pengarah kerana ada dana yang tidak digunakan untuk projek pusat penyembelihan yang tertangguh disebabkan faktor bukan kesalahan NFC.
“Sebenarnya menempatkan dana itu dalam simpanan tetap adalah kurang kontroversi, tetapi tidak memberi hasil sepatutnya kepada syarikat melalui dana sebanyak itu.
“Kondominium itu diberi diskaun 20 peratus dengan jaminan sewa sebanyak RM30,000 sebulan yang dikreditkan dalam kumpulan NFC. Katakan memasukkan RM13.8 juta dalam simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus akan memberi pulangan sebanyak RM379,500.
“Sewa pula memberi pulangan RM360,000 setahun. Oleh kerana hartanah ini dibeli 20 peratus lebih rendah berbanding nilai pasaran maka diandaikan jika hartanah ini dijual semula pada harga pasaran, maka akan ada tambahan RM2.76 juta bersama sewa setahun RM360,000,” katanya.
Ini bermakna, jumlah keuntungan adalah RM3.12 juta, iaitu lebih tinggi 22.6 peratus dalam tempoh setahun berbanding simpanan tetap pada kadar 2.75 peratus.
Selain itu, katanya hartanah itu adalah atas nama syarikat dan tidak akan memberi kelebihan atau kekayaan kepada individu persendirian.
Tuduhan ketujuh – dakwaan NFC mendapat pinjaman mudah dan tanah sedangkan ribuan penternak berpengalaman lain layak mendapat geran itu.
Mohamad Salleh berkata, sebenarnya NFC mendapat pinjaman bukan geran dengan pinjaman mesti dibayar balik seperti mana-mana pinjaman komersial lain.
Selain itu katanya, NFC mempunyai tanggungjawab sosial mewujudkan ladang kontrak untuk industri penternakan di negara ini yang tidak semestinya menguntungkan.
Tuduhan kelapan – perbelanjaan perjalanan sebanyak RM827,579 sedangkan hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Oleh itu, kos perjalanan bagi setiap ekor lembu adalah RM511 atau 11 peratus daripada harga lembu sebanyak RM4,481.
Katanya, setakat ini perbelanjaan itu hanya kira-kira 0.3 peratus daripada RM250 juta, iaitu suatu jumlah kecil berbanding nilai projek.
“Pada peringkat awal NFC, pengurusan syarikat perlu pergi ke Australia untuk berjumpa perunding dan juga membeli lembu. Perbelanjaan begini memang dijangka dan dimasukkan dalam bajet,” katanya.
Tuduhan terakhir – Rafizi mendakwa bertemu pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menentang projek itu seawal 2006, tetapi pegawai berkenaan tidak mampu menyuarakan pandangannya kerana keputusan dibuat pihak atasan.
Katanya, NFC tidak wujud pada 2006 dan jika tentangan itu adalah berdasarkan daya maju syarikat itu, mereka tidak sepatutnya terlalu banyak merujuk kepada personaliti, tetapi terhadap daya maju syarikat.
“Ini menunjukkan secara terang-terangan serangan terhadap menteri, malah keluarganya,” katanya.
Sumber : http://beritaharian.org/9-jawapan-nfc.html
4 ulasan:
Pelik manusia sekarang. Apa yg orang lain buat semuanya salah sampai suruh isteri pengusaha ladang letak jawatan. Kalau dia dapat duit percuma, bolehlah kita nak hentak meja. Sy harap Shahrizat tak tunduk dengan desakan dari sesiapa pun sebab bukan mereka yang bekerja keras dan membayar hutang.
nak buat camana, dorang tu bukannya reti nak meniaga, explain panjang2 pasal aset ni bukannya paham pun , memang dah otak dangkal nak yang express saja, kalau dorang ni bijak tak terjajah otak dorang ni, dan dorang pun akan sedar tentang ancaman kuasa luar pro yahudi yang nak masuk menghancurkan Malaysia...
apa nak buat, dah dasarnya dungu, esok luasa dah terhantu barulah nak terngadah, time tu kita hantar jak dorang ni pu sungai rejang...
Hhehehehe..
Kesian UMNO dan kunco's kelam kabut nak carik taik sebab lubang nak kena tampal..
Anyway bro crita lu mcm kisah che det menipu rakyat la kes si nuar kena rembat kat mata, che det kata si nuar tu duk tumuih mata dia sendiri kat meja..
bleh plak tu lelambat pegi mahkamah sebut kes sbb takut rakyat tau mata si nuar dah kena rembat dgn mamat perkosa si rahim bukantabichik nor tu.. iskkk
ada akaiii punya story..
sama la story lu kat atas tu.. memacam cara nak MENIPUUUUUUUUUUU RAKYATTT jer kerja nyer org-org umno ni..
Aku heran la penyokong umno ni totok ni.. korang tak perasan ker semua "dinasor-dinasor" umno tu kaya raya?? korang apa adoooo.. korang tukang tambah dosa jer duk fitnah-menipu-hasad_dengki kepada pembaca..
Masssuuuk nyer takda.. yg blogger masuuk jadik kawan, yg blogger tak masukkk bergaduh sesama sendiri..
klakau sungguh laaa..
kehkehkeh.. adehhh kesian melayuuu..
Wa melayu islam, wa sorg bn dah hilang undi, apa kata lagi 20juta melayu islam malaysia???
Kalau semua blogger umno duk perangai mcm ni.. jgn harap la melayu nak pandang umno.. mamak mungkin kot.. kehkehkeh
lu tak caya tanya la si parpupariah tu duk maki seranah mencarut siang malam..
tak solat ker mamat tu ek?? kata islam???
org ISLAM tak mencarut memaki hamun menghasad dengki adu domba bro..
geng-geng blogger umno lu usha la sendiri kalau ada 1000 askar cyber umno, aku rasa kurang 10 jer yg "elok"..
kehkehkeh.. tanggungjawap wa bro sebagai islam utk akhirat.. haiya 'alal fhalaaaaaa''
marila menuju kejayaan bersama ISLAM!!!..
harap-harap u paham la bro...
Itulah jadinya jika x mendpt bukti dan info yg x tepat!lalu berok2 mcm gampang5 mendapat ajaran songsang yg mengaibkan dari makhluk songsang bernama rafizi...
Setakat ni xde satu dokumen yg rafizi nak tunjukan,malah dlm mana2 blog2 pembanggang xde satu pun bukti yg menyokong fitnah depa ni...yg ada hanyalah persepsi dan fitnah....tetapi berok2 mereka tetap mendondangkan fitnah tu sehingga mereka lupa bahawa mereka telah mencipta fitnah yg lebih luas...
Tetapi apa kan daya jika ularmak sendiri menghalalkan apa yg haram....cukup kesian bila ada berok2 mcm gampang5 sendiri terkinja2 menerima bulat2 fitnah tersebut...
Apakah dgn meletakan Islam dlm Parti dah melayakan mereka bercakap tentang Islam?..aduhai bero2k pembanggang..tlglah ...depa telah memalukan Islam....bagaimana hendak bercakap dgn bukti??..sdgkna bukti yg jelas seperti CCTV tidak diterima malah dikatakan besi....nauzubillah....hodoh sungguh pemikiran berok2 pembanggangg...
Itu sbb jika dilihat blog2 pembangkang lebih suka mencipta persepsi dan fitnah dgn niat nak memesongkan pemikiran org bodoh seperti gampang5....tanpa ilmu didada dgn cepat menerima sesuatu berita dgn lahapnya....!Seperti kata Rasullah bahawa diakhir zaman timbulnya org yg mengakui alim ularmak tetapi hatinya hitam seperti serigala....!mmg benar kata2 Rasullah tanda2 itu dah ada didlm Parti Anal dan Seks (PAS)...terutama nabi nik aziz dan berok2nya....
Kalo nak ikut ajaran yg betol ikutlah sunnah dan Al-Quran bukan ikut Ftwa songsang hadi dan nabi nik aziz..nescaya berok2 mcm gampang5 akan selamat dunia akhirat...x guna cakap Islam tetapi perwatakan lebih kepada hati serigala.....tlg la wahai berok2...berubahlah......
Catat Ulasan