Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Julai 2013

#HanyaDiKualaBesut - Calon PAS Tidak Diberi Peluang Berceramah Depan Penyokong Semalam !!! #PRKKualaBesut

Ceramah Pas Gagal Tarik Pengundi Besut

Walaupun Pas membawa nama-nama besar bagi membantu jentera dan gerak kerja kempen Kuala Besut, namun ia tetap GAGAL menarik simpati dan sokongan rakyat khususnya para pengundi. Sebagai contoh, portal MyKMU sebelum ini pernah melaporkan ceramah 'ayam sambung' parti itu yang juga merupakan Timbalan Presiden Pas, hanya mampu mengumpulkan sekitar 200 orang sahaja.

Seperti tidak percaya dengan sambutan yang diterima itu, Pas terpaksa 'mengusung' Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membantu menarik sokongan pengundi. Walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan kerana keuzuran, bekas Menteri Besar Kelantan itu terpaksa memenuhi jemputan tersebut. Ini kerana dia terpaksa mengotakan apa yang pernah dikatakan suatu ketikia dahulu untuk membantu parti walaupun terpaksa mengunakan kerusi roda.

Namun mereka hanya mampu merancang, tetapi Allah swt adalah sebaik perancang. Ceramah yang disampaikan oleh Nik Aziz malam tadi turut GAGAL menarik sokongan masyarakat. Dianggarkan hanya sekitar 1,000 orang sahaja yang hadir di ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pok Abu malam tadi.

Lebih mengecewakan penyokong dan mereka yang hadir ialah, Nik Aziz hanya mampu bercakap sekitar 20 minit sahaja, sebelum terpaksa berhenti kerana kepenatan. Tambah menarik apabila majoriti yang hadir pada malam itu adalah merupakan rakyat Kelantan yang tinggal berhampiran Kuala Besut.

Salah seorang pengunjung yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Pok Ye mengatakan dia telah diarahkan oleh kepimpinan di kawasan Machang untuk hadir pada ceramah yang diadakan itu. Ia antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya ceramah yang diadakan mendapat sambutan.

"Kami dapat arahan untuk hadir. Mereka maklumkan Tok Guru akan datang untuk ceramah dan semua ahli parti diminta hadir untuk meramaikan program.

"Jentera kawasan dikatakan ada masalah, jadi penyokong dan ahli dikawasan sekitar perlu turun untuk bantu menangkan calon kita" katanya.

Namun apa yang menghairankan ialah, ceramah malam tadi turut dihadiri oleh calon Pas Azlan @ Endut, tetapi kehadirannya seolah tidak memberi sebarang makna dan kesan. Ini kerana dia langsung tidak diberi peluang untuki bercakap sepatah dua kata atau setidak-tidaknya menerangkan mengenai visi dan misinya sekiranya dipilih oleh pengundi pada 24 Julai ini.

Sedang umum mengetahui, dalam mana-mana pilihanraya kecil mahupun umum, faktor calon adalah menjadi keutamaan penting. Malah ada kalanya parti yang tidak popular juga mampu menang sekiranya calon yang diketengahkan diterima pengundi.

Persoalannya, apakah kepimpinan Pas tidak mengetahui akan perkara ini? Atau sememangnya mereka juga tidak berapa setuju dengan pemilihan 'calon cari makan' ini diletakkan bagi mewakili Pas. Tapi apakan daya, inilah yang dinamakan politik, siapa yang pandai melobi maka dialah menang. Atau mungkin juga perintah darurat yang dikenakan ke atasnya untuk mendiamkan diri masih belum berakhir.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate