Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Julai 2013

Kenyataan Media | MUAFAKAT Ust Ismail Mina Bantah Perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim Pengerusi Tabung Haji


KENYATAAN MEDIA
4 Julai 2013


Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini. 

Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
Ismail Mina b. Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)



http://muafakatmalaysia.com/2013/07/05/kenyataan-media/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter



Kisah Datuk Azeez ke Myanmar baca di sini http://dukeofumno.blogspot.com/2013/07/70-keping-gambar-eksklusif-misi-pahala.html


Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika hanya melihat akedemik seseorang,aku rasa nabi muhammad s.a.w pun tak layak jadi nabi sbb tak tahu menulis dan membaca.jangan menilai seseorang hanya dengan melihat luaran sahaja.terkadang orang yg kena hukuman gantung mandatori lebih beriman drpd kita.

Cari Blog Ini

Translate