1. Peristiwa semalam ialah kisah anak PEMANDU BEKAS MB PERAK mati lemas.
2. Peristiwa hari ini AHLI PARLIMEN PAS Bukit Gantang mati juga ekoran sakit jantung.
3. Kesemuanya kebetulan berlaku di Perak yang kini dipenuhi oleh mereka mereka yang sudah berani dengan jelas menderhaka kepada Raja.
4. Sebelumnya PAS juga telah hampir kehilangan ahli yang berani mati tidur tengah jalan raya
menghalang kenderaan Raja kerana termakan hasutan agar menderhaka.
4. Hari ini akhbar memaparkan berita Karpal akan tetap menyaman Raja dan dakwaan bahawa blog diguna oleh pembangkang untuk menghina Raja , kita melihat nampaknya PAS masih lagi tidak segan silu menjadi salah seorang rakan sebantal DAP dan PKR.
5. Hari ini juga Pakatan Rakyat sudah huru hara kerana Karpal lantang mengutuk Anwar Ibrahim yang sekarang bertaraf ketua Pakatan Rakyat - ekoran tabiat suka 'main belakang' dalam politik. Membayangkan krisis dalaman yang makin kritikal selepas ia mula dihidu ketika peristiwa Adun mereka mula melompat keluar menjadi Adun bebas tanpa parti yang sudah mula goyah dan hampir rebah.
6. Ketika Karpal selaku Pengerusi DAP membidas Anwar, Setiausaha DAP menyokongnya pula.
- 7. Ketika Anwar menafikan mahu menyaman Sultan dan menolak kritikan Karpal, Nik Aziz pula yang nampak kepeningan berkata dia akan meminta penjelasan dari Anwar.
8. Ketika PKR menerima konsep lompat parti ketika itu ulama PAS menghalalkannya dengan mengubah istilah lompat kepada 'balik kepada asal'
9. Ketika suasana masih kelam kabut di Perak, si Nizar sekali lagi menerima tamparan hebat apabila pengawalnya sudah mula samseng dengan menumbuk jurugambar hingga bengkak..
10. Ketika pemuda MCA membuat laporan polis untuk membela Raja Perak, PEKIDA turut mengeluarkan amaran agar Karpal segera memohon ampun kepada Raja secara terbuka...
11. Ketika Nizar masih lagi enggan 'bersara' menjadi MB, suku sakat keturuna Bendahara Perak @ Menteri Besar zaman kesultanan dahulu menyarankan agar mencontohi tindakan moyang mereka yang meletak jawatan ekoran perselisihan pendapat dengan Raja.
Ketika saya menulis artikel ini, saya masih tidak pasti apakah agenda tersembunyi PAS PKR DAP untuk sama sama menderhaka kepada Raja walau mereka akan kehilangan sokongan majoriti rakyat yang mula nampak di sebelah mana kebenarannya, pada PRU 13 akan datang....
27 ulasan:
Jangan dilawan kuasa tuhan.
Ni semua jawapan dan petunjuk Allah atas doa dan sembahyang hajat depa jugak. Tu pun ramai yang tak sedar diri lagi. Heran... heran...
1) dan 2) saya tak setuju. Tak elok beranggapan macam tu. Mungkin arwah2 tu langsung tak de kaitan.
Saya sekadar berandaian adakah perkara yang berlaku ini kerana kita menderhaka kepada Sultan.
Ketahuilah saudaraku bahawa menderhaka kepada Raja/Sultan adalah perbuatan amat besar dosanya.
Keamanan bergantung kepada ketaatan kepada Ulil Amri.
Kemakmuran dan kestabilan ummah bergantung juga kepada ulil amri.
Sebab itu azab berat kepada Ulil Amri yang khianat... Atau ganjaran besar kepada yang amanah kepada harapan rakyat.
Benar bahawa ganjaran besar diberikan kepada Ulil Amri yang amanah kepada harapan rakyat..
Jadi,bagaimana pula dengan harapan rakyat 3 DUN bermasalah itu yang dihancurkan kerana ADUN mereka melompat parti?Sia-sialah hak mengundi mereka 10 bulan yang lalu diambil oleh Sultan Perak yang enggan memberikan semula mereka hak mengundi ADUN yang baru..
Maaf,bukan niat saya untuk menderhaka kepada mana-mana Sultan dengan membangkang keputusannya itu,cuma saya meluahkan pendapat dari akal yang begitu mementingkan hak rakyat ini..Saya tidak mahulah digelar penderhaka([penderhaka negara atau penderhaka Melayu?)cuma bertanya bagi meluahkan isi hati..
Betulkan saya jika saya tersilap...
Ajal maut dari Allah,
tidak berakhlak sungguh kenyataan ini.1. Peristiwa semalam ialah kisah anak PEMANDU BEKAS MB PERAK mati lemas.
2. Peristiwa hari ini AHLI PARLIMEN PAS Bukit Gantang mati juga ekoran sakit jantung
Adakah apabila Abg Zek kembali ke rahmatullah ,kedengaran dr pihak yg bertentangan mengatakan seperti ini?
Menulis lah dengan iman, setiap ditulis akan dipersoal kelak
'Keamanan bergantung kepada ketaatan kepada Ulil Amri.
Kemakmuran dan kestabilan ummah bergantung juga kepada ulil amri.
Sebab itu azab berat kepada Ulil Amri yang khianat... Atau ganjaran besar kepada yang amanah kepada harapan rakyat.'
Minta 4 Adun atau wakilnya menjawab bab ni
Che,
*Jadi,bagaimana pula dengan harapan rakyat 3 DUN bermasalah itu yang dihancurkan kerana ADUN mereka melompat parti?*
Sila lihat fakta pilihanraya ini:
Changkat Jering
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd. Osman Mohd. Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334
Penyandang: Datuk Mat Isa Ismail (BN)
(Majoriti: 4,764 undi)
Sebagai contoh di Changkat Jering sebilangan besar "rakyat"nya sebelum ini memang memilih BN. Tetapi dalam PRU12 kemenangan diberi kepada calon PKR dengan majoriti yang bukanlah terlalu banyak. Mungkin kerana faktor mereka mahu cuba kerajaan baru dari pembangkang. Bayangkan betapa sesalnya 5,866 pengundi yang dulunya memilih BN tetap telah "menjual" undi kepada pembangkang. Rasanya mereka lega hari ini BN dapat kembali memerintah.
Saudara Ayor Lemuju,
Cara saudara menerangkan fakta ini seolah-olah kesemua mereka yang menjual undi kepada PR itu berbuat demikian atas faktor tsunami rakyat mac tahun lepas.. Saudara tidak cuba menerangakn bagaiman pula dengan aspek pengundi yang beranggapan "mana-mana pun takpe asalkan bukan BN" atau "saya mengundi PR bukan kerana calonnya tapi kerana partinya"..Jika dilihat dari aspek tadi,mereka pasti berasa apa yang mereka undikan sebelum ini sia-sia..Jadi di sini,bolehlah kita katakan sebenarnya pilhanraya semula DUN itu ADIL kepada kedua-dua belah pihak cuma oleh kerana Sultan enggan memperkenankannya,maka rakyat melihat baginda seolah-olah lebih berat kepada BN..
Maaf,betulkan saya jika saya tersilap...
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
HARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
Saudara,
Doa orang Pakatan yang nak sangat pilihanraya kecil di Perak telah dimakbulkan.
sy nk join jd BPN
Che, biar saya berterus-terang. Pilihanraya Umum 12, khususnya di Perak jelas menunjukkan 3 perkara:-
1) Sentimen kononnya PKR bersimpati dengan perjuangan Hindraf dan kaum India umumnya.
2) Kaum Cina hilang kepercayaan parti komponen yang mewakili mereka dalam BN iaitu MCA dan Gerakan dan bergantung kepada DAP dengan harapan gabungan DAP, PAS dan PKR dapat menumbangkan BN.
3) Sesetengah tempat rasa tidak puas hati penyokong BN terhadap calon yang diletakkan untuk bertanding.
Buktinya jelas melihat keputusan PRU tersebut di mana UMNO memenangi paling banyak kerusi (27) dengan peratusan kemenangan yang sangat tinggi. Manakala Gerakan, MIC dan PPP kalah semua kerusi dan MCA hanya memenangi 1 kerusi. PRK semula memberi peluang 50/50 kepada mana-mana parti yang bertanding. Saya suka PRK diadakan semula untuk mengetahui apa pilihan rakyat kali ini. Sebagaimana PKR atau PAS yakin calon mereka akan menang, saya pula yakin calon BN akan menang berdasarkan persepsi kaum Cina dan India tidak nampak ke mana perjuangan PR akan menjurus. BN tidak mahu PRK diadakan bukan kerana takut kalah, tetapi kerana proses ini akan melambatkan mereka merebut semula kuasa. Hujah saya mengambil kira Changkat Jering yang merupakan kerusi tradisi BN.
saya pun nk join jd BPN
BADAN PENYAMUN NEGARA ...kah..kah.kah
Saudara Ayor Lemuju,
Daripada komen saudara, saya faham bahawa saudara juga menyedari bahawa pilihanraya semula adalah satu proses fair n square..BN mahupun PR ada harapan untuk merebut kerusi tersebut..dan saya di sini bukanlah mahu menyokong PR tapi saya hanya mahu menegakkan hak rakyat 3 ADUN itu sahaja.
Bagaimanapun,alasan saudara berkenaan 'BN tidak mahu PRK diadakan bukan kerana takut kalah, tetapi kerana proses ini akan melambatkan mereka merebut semula kuasa'??
Jika benar BN menghayati erti hak rakyat dan perlembagaan pilihanraya yang adil,mengapa BN perlu merebut kuasa setelah hanya 10 bulan PR memerintah?Mengapa BN tidak menunggu sehingga PRU13 untuk kembali mendapatkan kepercayaan rakyat?Bukankah banyak isu di Perak yang boleh dimainkan oleh BN ketika PRU13 nanti?Saya cuma kesal kerana PR tidak diberi masa secukupnya untuk menonjolkan kemampuan mereka yang sebenar dan saya yakin itulah yang juga yang dirasakan oleh golongan yang menyokong pilihanraya semula 3 ADUN itu diadakan..
Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.
Che, jawapan saya mudah saja. BN perlu berkuasa semula dengan segera demi rakyat. Rakyat kali ini bukan rakyat mengikut persepsi DAP/PAS/PKR (iaitu hanya penyokong-penyokong mereka), tetapi rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan keseluruhannya. Percayalah cakap saya, hingga ke saat ini BN adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia walau ada sedikit sebanyak cacat celanya. Kita masih menunggu lahirnya satu parti yang lain untuk memberi keyakinan kepada rakyat terhadap sistem dua parti - ternyata bukan pakatan antara 3 parti ekstremis yang sentiasa berhelah dan bermuslihat.
Sekali lagi : andaian untuk menimbulkan persoalan.
kesilapan boleh terjadi dipihak umno atau pas.
cuma setakat mana kita nak salahkan orang hingga lupa salahkan diri sendiri.
maaf ketika abg zek meninggal blog saya belum ada lagi.
saya newbie dlm arena blogging ini selepas melihat kecelaruan politik yang sangat teruk sehingga membimbangkan dan mengancam nasib agama saya ini.
hilang harta tak apa lagi tapi harta termahal iaitu agama Islam tidak sesekali dapat ditukar atau dijual beli..
Salam.
Saudara ayor lemuju, pendapat saudara tentang parti manakah yang terbaik perlu diukur dengan prestasi semasa,bukannya kandungan lipatan sejarah 50 tahun negara..saya rasa (pandangan peribadi), BN mungkin bukan parti untuk rakyat Malaysia. Bagaimanapun, saudara dengan pandangan saudara dan saya dengan pandangan saya..siapa2 pun tiada menag atau kalahnya dalam hal ini kerana yang penting saudara berpandangan sedemikian bagi melahirkan Malaysia yang lebih baik dan saya juga berpandangan dengan saya unuk tujuan yang sama..
Oh ya. Fauzi (TopengPerak) tampal artikel yang sama (yang disedut entah dari mana) di blog saya dan saya telah menjawabnya. Sila baca jawapan saya pada link (nick)
Salam Panglima..
Sebagai pencerahan ke atas Panglima,seolah-olah Sultan dan Raja itu sangat maksum. Telitilah betul betul firman Allah mengenai ketaatan..
" 'Ati 'ullahu 'ati 'ur rosul wa ulil amri minkum"
Firman Allah ini sangat jelas,dimana ketaatan kita pada Allah serta Rosul tidak boleh di pertikai. Itu sebab ayat ini di turunkan. Persoalan di sini kenapa Allah s.w.t juga menurunkan kalimah "wa ulil amri minkum" ( dan juga kepada ketua pemerintahan kamu )?
Kaji...jangan tak kaji.
Untuk memudahkan Panglima,saya bagi terjemahan ayat ini.
" Taatlah kamu kepada Allah serta Rosul, dan juga kepada ketua pemerintah kamu"
Moga akan datang hidayah.
Saya tidak derhaka kepada Sultan,tetapi "Daulat Tuanku,hamba patik mohon derhaka".
Taasub Pada Allah
Solawat Atas rosul
Saya ada satu idea.. idea ini pun anuar bodo pasti tak nak buat punya.. kalau tak dia nak buktikan yang rakyat menyokong mereka.. apa kata kesemua 28 DUN letak jawatan.. buat pilihan raya semula.. jika mereka menang kembali 28 kerusi dengan majoriti yang lebih besar.. mereka telah membuktikan, yang mereka di pihak yang benar... pasti sultan akan mengarahkan BN letak jawatan dan bertanding semula untuk membuktikan pula mereka benar.. tapi kalau PR kalah teruk.. anuar perlu resign.. kasi balik kat isteri dia..
Wahai Umat Melayu berhentilah bersengketa sesama sendiri. Kaum pendatang DAP tu sentiasa tersenyum melihat segala taktik mereka berjaya melaga-lagakan umat Melayu.
Kepada Umat Melayu yang masih buta mata dan buta hati itu insaflah kerana belum terlambat lagi. Jangan nasi sudah menjadi bubur baru nak sedar.
Tidak taat kepada raja adalah derhaka - Mufti
IPOH 6 Feb. - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.
Katanya, di dalam al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja.
”Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati.
”Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu,” kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang enggan meletak jawatan walaupun dititah oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandang secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, seseorang yang tidak taat kepada raja selagi raja itu tidak melakukan perkara yang dilarang, bererti derhaka.
”Kita juga diwajibkan taat kepada ibu bapa serta guru dan jika tidak taat itu bererti menderhaka kepada mereka,” katanya.
harap komen ini cukup menerangkan isu ketaatan kepada Ulil Amri.
kerana Sultan Perak terbukti menjaga kesucian agama dengan menitahkan hanya Melayu Muslim sahaja menjadi MB dan Nizar terpilih kerana kepatuhan baginda sultan kepada undang2.
begitu juga kerana undang2 lah Sultan Perak meminta beliau meletak jawatan selepas berpuashati menemui 31 Adun BN dan bebas pro BN sebelum membuat keputusan meminta Nizar letak jawatan.
Tetapi ada juga bughoh (pemberontak) telah menderhaka kepada Raja dan menghasut rakyat agar turut menderhaka.
Siapa dapat buktikan perbuatan mereka tidak salah?Bughoh dosa besar dan patut dikenakan hudud..
Moga komen ini melengkapkan perbincangan kita tentang isu ketaatan kepada Ulil Amri yang jelas diperintah Allah dan disampai oleh Rasulullah..
Allahumma Sollu Ala Saidina Muhammad Waalihi Wasallim...
Daulat Tuanku !!!!!!
http://pkrpasdap.blogspot.com
anwar ibrahim hebat datuk.
liwat boleh
bini orang sapuh
anak dara orang 'culit'
lompat parti amal
disco, dangdut buat
rasuah jadi sedekah
'kencing' boleh jadi janji
dia raja-kita rakyat, dia bela
nak bagi free semua
nik aziz pun talsub...
hussam musa sahabat karib
hapus melayu untuk rakyat, mulia
sumpah Allah kata tak laku
mahkamah tak guna
boleh lantik MB tanpa sultan
rosak keharmonian kaum dihargai
hebatkan anwar...
TUN yang banyak berjasapun dikatakan orang tak baik dan kejam serta zalim.
Catat Ulasan