Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Julai 2013

Pembangkang termasuk @Anwaribrahim hipokrit bila bidas tindakan tentera Mesir guling Presiden Morsi

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/zORCiTPh1Tg


Panglima : jika di Malaysia kerajaan yang dipilih secara demokrasi yang dipantau puluhan NGO pemerhati dari luar negara, pun dituduh tidak telus memperolehi kemenangan atas dakwaan dibantu SPR kononnya maka tidak guna untuk Anwar dan pemimpin Pas membuat kenyataan mengutuk tindakannya tentera Mesir yang merampas kuasa selepas 48 jam masa diberikan kepada Mursi untuk berunding dan menyelesaikan bantahan penunjuk perasaan.

Merekalah yang membuat himpunan demi himpunan dengan memakai pakaian serba hitam dan melanggar peraturan dan ia adalah sama dengan perbuatan yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di sana. Maka apabila mereka yang mengutuk tindakan tentera Mesir juga melakukan perkara yang sama dengan penunjuk perasaan hingga mahu menggulingkan kerajaan melalui kata-kata berbaur hasutan oleh Husam Musa bahawa sesiapa yang mati menyertai Blackout 505 dikira mati syahid, sudah tentu kecaman tersebut dikira berbalik kepada mereka sendiri.

Ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.

Jangan cuba menunjukkan aksi lakonan memperjuangkan demokrasi jika prinsip demokrasi yang telah dipersetujui apabila menerima kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan namun menimbulkan kehairanan apabila mereka tidak dapat menerima kekalahan di negeri yang lain.

Tindakannya dibuat memandangkan situasi makin buruk di mana 50 orang dilaporkan telah terbunuh dan untuk mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa maka difahamkan pihak tentera di sana terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Perkara yang sama berlaku ke atas bekas Presiden Hosni Mubarak yang telah digulingkan dan diambil alih oleh tentera sebelum pilihanraya diadakan. Beliau ditahan dan dibicarakan walaupun berpuluh tahun telah menjadi Presiden Republik Mesir.

Jika Anwar mengecam tindakan Mursi dijatuhkan adakah ia juga nada kekecewaan God FATHER beliau dari Barat ?

Wallahu A'lam.


Sent from my iPad

1 ulasan:

hisemudinkasim.blogspot.com berkata...


Dalam menangani kemelut politik Mesir di mana Ikwanul Muslimin pimpinan Mursi tidak punyai kuasa untuk mendepani pembangkang serta memenuhi tuntutan mereka, maka cara yang ideal ialah rampasan kuasa tentera sebagai jalan penyelamat terakhir.

Ikutilah kupasan saya dalam,”Krisis Politik Mesir : Tentera rampas kuasa redakan Arab Spring II”

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html

Cari Blog Ini

Translate