Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Julai 2013

@ShahrizatJalil tetap pertahankan jawatan Ketua Wanita dan Alukan Sesiapa Mahu Mencabarnya !!!






SHAHRIZAT Abdul Jalil (dua, kanan) mendengar penerangan mengenai penyakit dihadapi Abdul Mutalib Saipi oleh pegawai perubatan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sewaktu melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada kumpulan sasar di Kampung Nail, Kuala Besut, semalam. - BERNAMA

BESUT 19 Julai - Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatannya itu meskipun dicabar mana-mana pihak termasuk bekas Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pada masa sama, Shahrizat menegaskan, beliau tidak rela jika pencabarnya itu cuba membawa masuk elemen-elemen negatif ke dalam pergerakan Wanita sehingga berlaku perpecahan.

Beliau seterusnya memberi kata dua kepada pihak berkenaan agar jangan cuba membawa unsur-unsur keretakan, pergolakan dan perpecahan antara sayap Puteri dan Wanita UMNO.

Malah katanya, kempen cara demikian tidak akan membawa keuntungan kepada parti, sebaliknya akan wujud tiga puak iaitu Puteri, bekas Puteri dan Wanita, selain tiada keberkatan bagi parti.

"Saya gembira bila dengar ada yang nak tanding, saya alu-alukan. Tapi saya minta satu saja, tak kira sesiapa saja termasuk Azalina, kalau nak bertanding biarlah cara baik.

"Jangan bawa masuk elemen dan bibit-bibit perpecahan dalam Wanita UMNO. Saya tak nak tengok ada kumpulan bekas Puteri masuk dan bertembung dengan Puteri dan Wanita," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berkata demikian ketika mengunjungi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit orang kurang upaya (OKU), Abdul Mutalib Saipi, 10, di rumahnya di Kampung Nail, Kuala Besut hari ini.

Shahrizat mengulas hasrat Azalina untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO yang disandangnya itu pada pemilihan pergerakan parti itu nanti.

Shahrizat seterusnya berkata, adalah tidak manis sekiranya wujud unsur-unsur perpecahan seumpama itu kerana secara jelas merosakkan hubungan Wanita dan Puteri, umpama hubungan ibu dan anak.

"Kita nak minta Azalina atau siapa saja yang nak kempen agar jangan ada perpecahan antara Puteri, bekas Puteri dan Wanita.

"Ini tak cantik kerana akan bawa perpecahan dan perbalahan antara ibu dengan anak, ini tak berkat," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia bermuzakarah atau berbincang dengan Azalina tentang perkara itu, Shahrizat berkata, beliau tiada masalah dan sentiasa terbuka untuk berbuat demikian.

"Saya terbuka, kita satu keluarga dan Azalina macam anak saya sendiri. Cuma saya minta dia berhati-hati masa berkempen, takut boleh bawa perpecahan," ujarnya.










Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130720/po_02/Shahrizat-tetap-pertahankan-jawatan#ixzz2ZYclO5rg


© Utusan Melayu (M) Bhd









Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate