Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Ogos 2013

Harakah Kantoi Menggunakan Gambar Palsu - Ahli Parlimen Jerman Hormat Syuhada

HAPRAK DAILY KANTOI MENIPU !!!

Harakah hari ini telah menyiarkan sekeping gambar yng didakwanya ahli-ahli Parlimen Jerman berdiri memberi penghormatan kepada rakyat Mesir yang terkorban.

Dengan menggunakan tajuk "Gempar! Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada".., Harakah juga menerbitkan artikel seolah-olah Ahli Parlimen Jerman lebih baik dari Ahli Parlimen di Malaysia.

Malangnya, gambar yang disediakan oleh HarakahDaily tersebut terbukti gambar palsu yang telah disiarkan pada tahun 2009 melalui sebuah klip video yang bertajuk "Die heuchlerische Brut".

Harakah dilihat telah secara sengaja bertujuan membangkitkan kemarahan para pembacanya terhadap kerajaan Malaysia serta sengaja menghasut para pembacanya supaya membenci pihak pemerintah negara ini.

Pembohongan besar yang tertera di dalam HarakahDaily ialah:

Allahuakbar!! Orang bukan islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!! Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang yang syahid sekaligus tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.

Di bawah ini adalah bukti pembohongan besar artikel yang disiarkan oleh lidah rasmi parti PAS. SUNGGUH MEMALUKAN !

Di bawah ini adalah video klip yang mengandungi gambar palsu pada minit 1:30yang disiarkan oleh Harakah tersebut. Jelas tertulis bahawa video ini dihasilkan pada tahun 2009 dan tiada kaitan langsung dengan krisis yang berlaku di Mesir.

p/s: Tak tau pulak revolusi yang berlaku di Mesir hari ini rupanya berlaku tahun 2009 !!!

Photo





sumber :
http://wwwmegatpanjialam.blogspot.com/2013/08/haprak-daily-kantoi-menipu.html(3 photos)

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate